Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tip Penulis Bebas | Tip Menjadi Penulis Bestseller

Hari ini rakan-rakan di blog memberi ulasan mengenai buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Kepada rakan-rakan yang baru pertama kali mendengar judul buku ini. Berikut merupakan pengenalan buku tersebut. Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen. Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca. Buku ini telah banyak membantu pemilik blog ini, dalam meningkatkan kualiti penulisan, serta menghasilkan karya-karya berkualiti berbentuk Seterusnya di sini   Aku dalam proses menulis ebook keempat bertajuk ‘Tips Mudah Lulus’. Seterusnya di sini Secara asasnya penulisan yang menggunakan KJ method tidak menggunakan kaedah penulisan secara linear. Kaedah ini dijadikan sebagai panduan untuk penulisan buku bagi ahli keluarga PTS (rujuk Forum PTS). Zamri Mohammad juga menerangkan cara menggunakan kedah ini di dalam buku Tip Menjadi Pe...

Kecantikan sosial | Menolak tetapi membantu

Tip Kecantikan Sosial di Facebook, menjadikan personaliti yang disukai ramai Dalam ruangan event, selalunya yang tidak dapat hadir akan memberi sebab kenapa tidak hadir. Tukarkan kepada ayat, "Meskipun saya tidak hadir kerana... saya akan hebahkan di Wall FB saya sekarang." Kesannya, kita dilihat mempunyai kooperatif skil yang tinggi. Inilah formula penulisan , kreativiti dan kempen online ---- Zamri Mohamad merupakan trainer penulisan buku, buletin organisasi online dan offline. Beliau juga membantu dalam kempen online. Telah membangunkan program kreativiti dan inovasi untuk agensi kerajaan dan swasta. Telah menulis 21 buah buku. Bagi maklumat lanjut berkenaan jemputan kursus hubungi zamrimohamad@gmail.com

Tip Penulis Bebas | 'Obama Bachan' dan 1000 patah perkataan

Tip Penulis Bebas | Mengekalkan momentum adalah ciri penulis bebas. Sebagaimana dilakukan oleh Amitabh Bachchan. Beliau menulis 1000 patah perkataan sehari di dalam blognya. Paling penting! Beliau meraikan kejayaan menulis blog untuk tahun ketiga. Ya, raikan kejayaan kita membuka blog dan menulis di blog. Klik dan baca artikel di sini Tip Penulis Bebas | Meskipun penulis mempunyai kuasa maklumat yang dipercayai pembaca. Penulisan yang homofili (serupa) mengikut gaya bahasa pembaca menjadikan penulisan lebih berpengaruh. Homofili dapat dilihat daripada perbuatan Obama menanggalkan kot yang dipakai apabila dia tahu pengasas Facebook itu tidak suka memakai kot. Klik dan baca artikel di sini ----  Catatan hidup bermula Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan. Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes.  Klik di sini. Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah.  Klik d...

Diari Penulis | Dulu dia pembaca kini penulis

Melihat senarai kaver buku di bawah siri Dari Pembaca Menjadi Penulis membuat saya berkata wao! apabila melihat   idea tim PTS Professional. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Ini sudah dianggap set lengkap kepada mereka yang mahu menjadi penulis sambilan atau sepenuh masa. Tujuan menulis, kembali kepada diri. Ia ada berbagai-bagai sebab yang mendorong kita ke hadapan dan mengekalkan kita pada momentum. Apa yang penting, kita bermula. Bayangkan dua keadaan ini. Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini tidak ada tindakan sama sekali. Selepas 20 tahun saya berkata kepada diri, "Kalau 20 tahun lalu saya menulis, agaknya tersiarkah?" Soalan yang tidak akan dapat dijawab sampai bila-bila. Atau pun Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini disusuli dengan tindakan. Mencipta kejayaan kecil dengan mula menulis di blog, surat pembaca akhbar, rencana majalah secara konsisten. Ditolak ter...

Diari Trainer | Humble makes you hungry

"Never assume I have all the answer. It wouldn't spark the creativity. Check, test, see and  experiment it," kata Tuan Sajith Sivanandan. --- Ya, saya menulis buku mengenai Google. Saya ada kesukaran melihat di mana fungsi sesuatu aplikasi apabila digunakan bagi tujuan bisnes. Maka buku aplikasi internet tidak saya sentuh dalam keadaan teruja. Sehingga saya menyenaraikan soalan-soalan peniaga kecil mengenai penggunaan di internet, barulah saya dapat melihat dengan jelas bagaimana sesuatu berfungsi. Bukan sekadar berfungsi, tetapi berfungsi secara cepat, mudah dan praktikal. Apabila menulis buku Urus Bisnes dengan Google, ia menggunakan gaya fikir seorang peniaga yang mencari cara bagaimana Google dapat meningkatkan potensi bisnes, mengurus maklumat dan menyusun cara kerjanya. Alhamdulillah, para pembaca memberi respons yang baik apabila buku ini diterbitkan. Dilihat sebagai buku perniagaan internet yang paling mudah diikuti. Dengan izin Allah, pada Pesta Buku Ant...

Diari Trainer | Apabila trainer dikursuskan peserta sendiri

Kata-kata ini menjadikan berulang kali saya sebut kepada tim yang bersama-sama mengendalikan kursus ini, "Realitinya kita tidak mengendalikan kursus, tetapi kita yang dikursuskan. Hati kita sedang dilatih oleh mereka." Selepas pembentangan kertas kerja, bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Keesokan harinya bermula Kursus Professionalisme Orang Kelainan Upaya (OKU) . Ia dikendalikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Seramai 60 orang peserta OKU penglihatan dari jabatan swasta dan kerajaan menyertai. Bagi mereka yang baru mengetahui mengenai PERTIS, berikut merupakan sedikit catatan. Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran PERTIS : 2388). Ia berperanan memberi perkhidmatan bagi faedah masyarakat cacat penglihatan beragama Islam di Malaysia. Bermatlamat memperbaiki taraf kebajikan, pendidikan, so...

Diari Trainer | Apabila internet di hadapan para imam dan ustaz

Ketika dihubungi melalui telefon kali pertama, lelaki itu berkata, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri?" Jawab saya, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz." Dalam kepala saya berkemungkinan beliau mahu bercakap dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin atau pun Ustaz Zamri Mantop. "Oh, maafkan saya ya," kata pemanggil itu. Kemudian saya dihubungi sekali lagi, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri Mohamad?" Sekali lagi saya berkata, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz." Katanya membalas, "Adakah ini nombor.... diberikan oleh pegawai kami ...." Oh! Itu adalah saya, benarlah dia menghubungi orang yang tepat. Kebiasaan beliau bertugas dengan para agamawan menjadikan perkataan ustaz itu sebagai satu skrip kepada semua. "Nama Tuan dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja pada 14 April ini bagi seminar Pemantapan Dakwah peringkat negeri Melaka di auditorium al Azim, Masjid Al Azim. Tuan berkelapangan pada hari...