Langkau ke kandungan utama

Catatan

Roti Canai dan Perniagaan Mamak India Muslim

Tuan Zayu Hisham pembaca buku Rahsia Bisnes Mamak menulis, "Sekali lagi saya menyarankan pemilik dan pekerja di restoran ini membeli dan membaca buku tulisan Saudara Zamri Mohamad iaitu Rahsia Bisnes Mamak . Sebagaimana dicadangkan kepada sebuah restoran di entri sebelum ini.Bukanlah memuja bisnes yang dijalankan di restoran mamak. Cuma peniaga kita perlu belajar dan mempraktikkan apa yang mereka lakukan untuk menarik pelanggan kembali semula beberapa kali ke restoran mereka." Baca entri luahan hatinya, klik di sini.

Mudahnya Bisnes Blog Shop di Malaysia

Kini mudah diperolehi dengan hanya klik di sini dan di kedai-kedai buku seluruh negara. Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat: Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa. Isi kandungan Dedikasi Mulakan dengan apa di tangan Soalan peniaga kecil memulakan blog shop Bahagian1 : Cari idea jadi peniaga di internet 01 Cari idea bisnes blog shop 02 Awal Jana idea bisnes cara Abraham Maslow 03 Pilih dan jual produk Bahagian 2 : Buka pintu blog shop dengan Google 04 Dapatkan kunci pintu kedai kita sebelum berniaga Bahagian 3 Bina blog shop, kedai pertama kita 05 Men...

Sihir pemasaran internet pada waktu malam

Pengumuman penting daripada kursusperniagaan.com klik di sini Buku Mudahnya Bisnes dengan Blogshop stok simpanan saya yang terakhir dimiliki oleh peserta bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis. Dijaga oleh 'mouse' belaan. Buku ini akan memasuki kedai-kedai buku dua minggu lagi. Menyenarai kehendak, membentangkan kajian pemasaran dan menjalankan sesi soal jawab kreatif. Beberapa langkah dalam training di Akademi Penulis. Rahsia 'sebenar' tarikh lahir. Jika keluar Harian Metro, ada yang mahu mendaftar? Memperkenalkan elemen-elemen empat peta asas dalam pemasaran di internet dan tradisional kepada peserta bengkel penulis super di Pusat Latihan Penulis, Akademi Penulis, Wangsa Melawati. Buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop memberi strategi memasarkan produk termasuk buku. Pengumuman daripada kursusperniagaan.com klik di sini ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis...

Semakin Malaysia 'maju' semakin lewat bekerja

Hakikat makmur negara. Tiba di Kuala Lumpur jam 11.30 malam. Beginilah cara hidup orang Kuala Lumpur. Berkerja awal pagi dan balik menjelang tengah malam. Hampir jam 12 malam mereka bersesak pulang. Situasi sama seperti jam 7.00 pagi. ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Butir tasbih buku, zikir membaca

Membaca Quran sambil tersenyum tenang. Isteri pun membaca. Baca@ kita membaca di mana-mana. Baca@LRT | Sudah mudah melihat orang membaca dalam LRT meskipun pada hari Ahad. Seorang membaca akhbar, seorang lagi membaca buku. Baca@LRT kita membaca di mana-mana. Leader of BNP banned from Queen's garden party. Jika kedai ini wanita, dia berjaya menggoda saya berbelanja. What Customer Really Want tulisan Scott McKain menjadi pilihan. Boleh digunakan untuk presentasi bengkel pemasaran internet kelak. Berbual dengan karya bisu yang rancak berbicara dalam minda pembacanya. Kita membaca di mana-mana. Si bapa sedang membaca di kedai buku di ruang pelepasan. Kedai buku MPH pula di bahagian antarabangsa. ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki bu...

Terbang melayang terbang ke pulau

Ke KLIA | Berkenalan dengan Tuan Umar, berusia 21 tahun dalam perjalanan pulang ke Sarawak. Sedang mengikuti pengajian di kolej kesihatan. Bakal menjadi inspektor kesihatan. Tanggungjawab pencegahan penyakit termasuklah di kawasan kuarantin dan berisiko tinggi. Alhamdulillah mendapat ilmu dan pengalaman daripada Tuan Mad Yusof Yazid, Executive Vice President Head, Group Compliance, Maybank. Beliau duduk di kerusi bersebelahan. Beliau berkongsi mengenai perubahan perspektif survival generasi terdahulu dan sekarang, kesetiaan pada organisasi, bakat dan survival. Perbincangan mengenai sejarah buletin Berita Maybank dan nilai insan dalam penerbitan juga jadi bual bicara selama sejam. Pilihan buku dari KLIA hanya hasil tulisan Scott Mckain. Insya Allah, presentasi pemasaran internet untuk penulis di Akademi Penulis pada hari Ahad ini akan didedahkan dengan maklumat ini. Puan Nisah Haron membaca sementara menantikan waktu. ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah...

Tikar terbang pergi dan pulang

Menghadiri Seminar Penulisan dan Penerbitan Saintifik 2010, Langkawi, Kedah. Tuan Qahhar dengan jenaka petangnya, "Mereka sudah sediakan penunggu di airport." untuk mengiringi kami. Duduk semeja bersama seorang guru setelah meminta izin beliau makan bersama di gerai. Mengikut seni membina insuran sosial ajaran Puan Ainon dan Tuan SK. Cikgu Zuraidi dikenali ramai, dari peniaga sehingga yang lalu-lalang pun menegurnya. Beliau memberi nasihat kepada saya, adakalanya kita mesti bertimbang rasa atas kesusahan orang lain. Ada seorang guru, hilang rakan dan hilang hormat daripada guru muda hanya kerana sikapnya terlalu pada kertas. Sehinggakan situasi guru berhadapan situasi malang dalam keluarga pun perlu mengetepikan bagi mendengar arahan beliau. Buku 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia merekodkan cerita seumpama ini. Prof Dr Mohd Safar Hasim. Pengarah Komunikasi Korporat, UKM membentangkan kertas kerja bertajuk, Memahami Pasaran, Penerbitan dan Karenah Pembaca. Bel...