Langkau ke kandungan utama

Catatan

Quasi-courtship Behaviour | Bagaimana lelaki memikat wanita

Pada tahun 1771, penjelajah Inggeris bernama Kapten Cook telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, masalahnya timbul apabila dia tidak dapat berkomunikasi dengan penduduk asli di kawasan tersebut. Satu-satunya cara untuk Cook berkomunikasi ialah dengan menggunakan bahasa isyarat, yakni menggabungkan pergerakan tubuh dan isyarat tangan. Begitulah halnya yang berlaku hari ini, penggunaan bahasa badan memainkan peranan dalam memperkuatkan mesej lisan, apatah lagi dalam hubungan percintaan. Kajian terhadap bidang ini dikenali sebagai kinesics. Melalui beberapa kajian mereka mendapati empat peringkat yang berlaku dalam proes membina percintaan menggunakan bahasa badan dikenali sebagai Quasi-courtship behaviour (kelakuan seakan-akan memikat). Peringkat persediaan (courtship readiness) Apabila sudah mula terpaut kepada seseorang, individu akan cuba mempamerkan fizikalnya dalam keadaan yang dirasakan terbaik dengan menegangkan otot, mengempiskan perut dan menegakkan tubu...

Bagaikan Aisyah | Apa yang didengar, dilihat dan di hati

Hawa berkata kepada suaminya, “Begitu banyak sekali abang belikan buku untuk saya. Tidakkah membazir kerana yang abang beli bulan lepas pun belum selesai saya mengkajinya.” Adam menjawab, “Apabila kita membeli buku yang bermanfaat tidak ada istilah membazir. Lagi pun abang tahu orang wanita akan berasa rugi apabila buku yang dibeli tidak dibaca. Sebab itulah orang wanita lebih suka membeli buku kecil dan nipis, manakala orang lelaki pula membeli buku sebagai simbol status intelek, jadi mereka lebih suka membeli buku yang tebal, lebih-lebih lagi yang berkulit tebal.” Hawa berkata, “Tetapi sekiranya novel cinta kami sukakan buku yang tebal. Banyak peristiwa dan plotnya pun kompleks, baharulah puas emosi.” Adam memotong, “Dan lebih banyak kali menangis!” Hawa tertawa dan berkata, “Aisyah isteri nabi Muhammad ialah seorang wanita yang pintar, bukan begitu?” Adam menjawab, “Benar, sayang. Di kalangan isteri-isteri nabi, beliaulah yang paling banyak menghafal hadis.” Hawa berkata, “Jika seta...

Bagaikan Aisyah | Isteriku si Mata Jeli

Tulisan Imran Yusuf Hawa bertanya kepada suaminya, “Kenapa abang suka panggil saya si Mata Jeli? Bukankah Jeli itu nama sebuah pekan kecil di negeri Kelantan? Atau jeli yang seperti agar-agar? Apa hubungan mata saya dengan pekan Jeli atau jeli agar-agar? ” Adam tersenyum seraya berkata, “Sayang, mata jeli itu ialah mata yang elok dan bercahaya, mencerminkan hati yang luhur dan ikhlas pula. Mata sayang memang elok dan bercahaya. Abang suka memandang matamu. Lagi pun nabi Muhammad memanggil isterinya, Aisyah dengan panggilan Si Pipi Merah kerana kulit Aisyah yang putih kemerah-merahan.” Hawa berkata, “Adakah di pejabat pun abang panggil wanita cantik dengan merujuk kepada rupa fizikalnya?” Kedengaran unsur-unsur cemburu dalam nada suara Hawa. Adam kelihatan dapat mengesan pertukaran nada suara isterinya. Seni memuji berbeza mengikut umur Dia berkata, “Bagi orang wanita yang sudah berusia kita puji pada sifat-sifatnya yang baik, seperti sifat dermawan, suka menolong orang miskin dan anak ...

Guru pemasaran internet saya menggalakkan saya gagal

Emel daripada guru pemasaran internet yang banyak mendorong saya iaitu tuan Adly Mukhtar dan tuan Ahmad Zafran. Kami pernah bekerjasama di seminar pemasaran internet anjuran Kursusperniagaan.com ---- Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hai Zamri mohamad, apa khabar dan bagaimana cuaca di sana? Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ketika kami menulis email ini, cuaca di sini hujan lebat. Kami ingin beritahu anda bahawa kami pernah gagal. Bukan sekali tetapi banyak kali! Mungkin kami sentiasa berhadapan dengan kegagalan kerana kami sentiasa bertindak untuk mencapai kejayaan. Kami rasa kegagalan yang kami hadapi juga lebih banyak dari anda! Zamri mohamad, kegagalan adalah sebahagian daripada perniagaan walaupun perniagaan yang kita semua jalankan adalah perniagaan Internet dan itulah yang kami sering hadapi ketika mula menjalankan perniagaan Internet sejak 2006. Ada kegagalan yang kecil dan ada kegagalan yang besar. Percayakah anda bahawa kami pernah kehabisan wang dan terpaks...

Motivasi kepada 500 kakitangan PETRONAS Melaka.

Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, penulis bestseller bersama Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah telah dijemput bagi memberikan motivasi kepada 500 kakitangan PETRONAS Melaka. Mereka bakal bekerja selama 12-24 jam bagi tempoh dua bulan bagi kerja pembersihan loji dan peningkatan infrastruktur yang melibatkan kos bilion ringgit. Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof mendukung amanat besar bagi mendorong pekerja dan mencetus perubahan kepada ahli keluarga kakitangan yang bakal berhadapan situasi kerja ini. Saya dan Tuan Haeqal Zulqarnain di sana mengiringi , mempelajari dan berguru dalam seni pengucapan umum dalam program kendalian Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Mini Parlimen | Menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu

Ini adalah Mini Parlimen tahun 1986 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya terlibat dalam Mini Parlimen. Diterajui oleh Tuan Jamal Mohammed sebagai Speaker Dewan. Ia dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah. Mini Parlimen menjadi ruang bicara spontan tanpa skrip yang meluahkan apa yang terkandung dalam fikiran kami. Jari kanan saya cedera kerana bermain api di kampung. Maka, saya satu-satunya berikrar menggunakan tangan kiri dan disiarkan dalam RTM1 ketika hari kemerdekaan pada tahun itu. Ingin mencari semula keratan akhbar tahun 1986. Terima kasih kepada Puan Sheila Jamal yang memaklumkan perkembangan terkini Tuan Jamal Mohammed , Speaker Dewan ketika saya menjadi 'wakil rakyat' 23 tahun lalu. Petikan ucapan Tun Dr Siti Hasmah, "Ambilah peluang ini untuk membincangkan isu-isu kepentingan kanak-kanak. Bincang isu-isu kepentingan negara dan keluarkan pendapat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia, dari kaca-mata kanak-ka...

Usrah bisnes dan seni mengurus impian hidup

Atas permohonan Tuan Azree, saya sertakan beberapa foto usrah bisnes dan seni mengurus impian hidup oleh Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan. Usrah lima jam (jam 8.00 malam- 1.30 pagi) ini memberi perspektif baru kepada kami dan menguatkan jiwa kami dalam perjuangan yang sangat mencabar kekuatan kami. Sepanjang lima jam, saya berkesempatan berkongsi tip-tip kepada rakan-rakan FB melalui status subjek Usrah via Celcom. Rujuk status sebelumnya . Mudah-mudahan dengan keberkatan ilmu itu dapat mendorong semangat kami dapat berjuang dalam dunia yang adakalanya kami berjuang dalam jemaah dan adakalanya berseorangan. Nota: Walau apa pun impian hidup, walau apa pun bentuk pengorbanan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Bermentor adalah perkara yang wajib dan perlu dibuat dari masa ke semasa. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang...