Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalam alaikum wbt Untuk semua yang dikasihi Allah dicintai Nabi. Salam Aidilfitri daripada saya, mohon maaf sekiranya sepanjang ini saya ada terbuat salah dan silap kata dan perbuatan. Mari kita sama-sama doa-mendoakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat. Moga-moga Allah menghidupkan, menidurkan dan membangkitkan kita kembali bersama sebagai Muslim dan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Salam Aidilfitri ZAMRI MOHAMAD Nota: Eid ini mengingatkan kita kepada keluarga dan rakan-rakan yang kita sayangi yang telah pergi meninggalkan kita. Al Fatihah kepada mereka yang kita ingati

Ah-long dan Gangster berhari raya pada bulan syawal ini

Petang raya, dua orang lelaki masih lagi duduk di kaki lima berdekatan Pertama Complex. "Engkau tak balik kampungkah?" "Aku? Nanti dahululah, kerja belum selesai?' "Kau tak ada keluarga di kampungkah?" "Ada, orang tua aku." "Kau sudah kahwin?" "Aku bujang lagi." "Kau tak mahu balik kampungkah?" "Hei, aku di sini sedang cari orang tahu. Kalau aku tak dapat dia, aku belasah kau sampai jadi arwah." "Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?" Lelaki itu diam dan meninggalkan dia. Pagi raya, lelaki itu tiba di kampung. Dalam kepalanya masih terdengar-dengar ayat itu berulang kali, "Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?" Lelaki itu akhirnya beraya di kampung. Dia tidak dapat mencari orang yang sepatutunya di'selesai'kan. Mungkinkah pada minggu hadapan dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur...

Puaka telaga buta pada malam Ramadan

Tidak beberapa hari lagi Aidilfitri akan disambut. Bagi sekumpulan kanak-kanak kampung, mercun adalah perkara wajib bagi memeriahkan hari-hari akhir ini. Sedangkan yang dipanggil makcik, pakcik, atuk dan nenek serta anak-anak belia lain pergi ke surau menunaikan ibadah terawih. Kumpulan kanak-kanak ini sibuk dengan mercun mereka tanpa mereka sedar jam sudah hampir sebelas malam. Ahli jemaah surau sudah pun selesai menunaikan sembahyang witir. Masing-masing turun dari tangga surau dan menuju ke rumah. Kumpulan kanak-kanak tadi masih leka menghidupkan sumbu mercun dan membalingnya sana-sini. Mereka bermain berhampiran dengan telaga buta. Kemudian salah seorang daripada mereka melihat kumpulan jemaah surau sedang menuju ke arah mereka. "Jom, buang mercun mereka sudah sampai," katanya kepada mereka yang masih terpinga-pinga, "Berikan kepadaku," katanya merampas semua mercun di tangan mereka. Cepat-cepat mercun dibuang ke dalam telaga buta di sebelahnya. Kanak-kanak itu ...

Selamat Tahun Baru Cina atau Salam Aidilfitri?

Tahun Baru Cina atau Aidilfitri? Menjadi perkara biasa di negeri Melaka Bandaranya Bersejarah ini apabila dikunjungi teman-teman pelbagai bangsa pada hari pertama Aidilfitri. Sehinggakan ia sudah kelihatan lebih kepada sambutan Tahun Baru Cina berbanding Aidilfitri di sini.Keadaan yang berbeza di sini dari segi sambutan dan penerimaan. Bak kata Tuan Ann Wan Seng (perkataan Tuan tidak digemarinya kerana bunyinya seperti kolonial), "Hanya di Melaka sahaja itik gantung masakan orang Cina dijual menjadi masakan halal di restoran orang Melayu Islam." Fanomena dakwah melalui budaya ziarah Aidilfitri membantu kita memberi sedikit gambaran kehidupan orang Islam melalui dakwah perbuatan. Keterbukaan dan penerimaan tanpa prejudis menjadi formula kepada hubungan kaum yang lebih baik. Kefahaman mereka terhadap kepercayaan dan cara hidup kita adalah usaha kita sendiri dengan membuka fikiran seluas-seluasnya, tidak bersikap prejudis dan bersangka baik. Sikap takut-takut mereka dan diam ter...

Bob KU2, Jangan Tidur Lagi dan cerita realiti

Rancangan Jangan Tidur Lagi bukanlah siri wajib tonton yang saya ikuti di televisyen. Dua minggu lalu, Bob KU2 dijemput dalam rancangan ini. Dalam perbualan mereka mereka sepanjang sejam. Saya terkejut dengan keberanian Bob KU2, "Bro, kau kalau ada skrip hulur-hulurlah pada aku. Enam bulan aku tak ada job," katanya kepada Adlin. Penonton ketawa. Caranya bersahaja penuh humor memberi respon. Kemudian diulang sekali lagi apabila Adlin meminta beliau menyampaikan kata akhir, "Bro, kalau ada skrip janganlah lupa aku." Saya diam lama memikirkan keberanian Bob KU2 berkata-kata. Memikirkan inilah satu-satunya medium beliau menyampaikan hasrat hatinya untuk diberi peluang berlakon lagi sejak enam bulan tanpa apa-apa tawaran. Penonton ketawa dengan jenaka Bob KU2, saya juga ketawa. Adakah Bob KU2 dapat ketawa sepanjang enam bulan lalu sehingga Aidilfitri ini? Dia sedang bercerita mengenai realiti. Masih kita ketawa lagi? Nota: Kali terakhir bertemu Bob KU2 ketika beliau menj...

Al Ghazali Moden berbicara mengenai karya Melayu di The Star

Para guru sukakan buku ini begitu juga remaja. Cuma mereka mahu kulit buku yang lebih segar dan ceria. Saya menggelarkan sahabat penulis ini sebagai Al Ghazali moden. Kerana ceritanya mengenai falsafah hidup dan agama adalah keindahan dalam karyanya berjudul Akademi Kehidupan dan Hidup Sebagai Sebuah Akademi. Kerana karyanya adalah karya untuk remaja yang mantap isinya dan mencerah pemikiran, saya mencadangkan bersungguh-sungguh nama beliau kepada editor PTS M, Cik Siti Nor Fadilah Salleh untuk membawanya bersama-sama dalam promosi buku Local Author di MPH. Itu adalah penampilan beliau pertama selepas hampir tiga tahun buku di pasaran. Saya percaya buku tulisannya dapat mengubah persepsi hidup manusia sebagaimana saya diubah melalui kata-kata dan bicara dalam bukunya. Saya optimis, jika diizinkan Allah buku ini dapat membawa nyawa dan harapan baru (Harapan baru?) kepada remaja bagi melihat hidup ini. Saya lebih gembira kerana berkat kesabaran beliau, akhbar The Sta r mengetengahkan b...

Beraya pertama kali dengan anak-anak kampung 1993

Kali pertama saya beraya dengan budak-budak kampung adalah pada tahun 1993, dua tahun selepas saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Budak-budak kampung yang dimaksudkan adalah rakan sekelas di SMK Tinggi Melaka. Ketika itu kami di tingkatan tiga. Beberapa hari sebelum cuti bermula, masing-masing sudah berpakat untuk beraya ke salah sebuah rumah rakan kami. Dari rumah rakan kami bernama Yusran Omar, kami akan beraya di rumah-rumah lain termasuklah rumah saya. "Ibu, kawan-kawan akan datang ke rumah hari raya ini," kata saya dengan harapan adalah juadah untuk mereka ketika mereka datang menziarah. Kami berjanji berjumpa di stesyen bas awam di tengah-tengah bandar Melaka pada jam 10.30 pagi. Hari ini, stesyen bas awam telah berpindah ke Melaka Sentral. Kawasan itu kini dijadikan restoran sate. Ada lima orang semuanya. Salah seorang daripadanya rakan sekampung. "Kamu tahukah jalan ke rumah Yusran?" soal salah seorang daripada kami. Kata rakan saya, "Tahu, kata...