Langkau ke kandungan utama

Catatan

Semak, semak dan semak. Saya sendiri semakin keliru.

Laporan penuh IMD, klik gambar atau di sini Laporan Utusan Malaysia Cerita beberapa orang pelanggan di restoran mencuit perhatian. Kata mereka yang duduk di meja berlainan, sudah tentu pelanggan yang tidak dikenali, katanya, "Kata kita keenam kompetitif terbaik di dunia. Perdana Menteri umumkan, akhbar nasional terpampang di muka hadapan. Aku semak, lain pula kedudukannya." Si pendengar menghabiskan beberapa cucuk sate yang berbaki. Dia pulang dan meminta rakannya membuka laman web rasmi World Competitiveness Year Book IMD. Dalam hatinya masih sangsi, mungkin pelanggan itu salah menyemak maklumat. Dibukanya laman web IMD. http://www.imd.ch/research/publications/wcy/index.cfm Kemudian si rakan mengklik pautan, http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf Dipetik daripada laman web rasmi. WCY overall scoreboard The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the ...

Al Fatihah

Allahyarhamah Che Kamariah binti Abdullah, nenek kepada penulis PTS, Amin Idris telah meninggal dunia jam 1 pagi tadi. Klik www.aminidris.com

Bestseller bukan sekadar pada jualan sahaja

Menjadi penulis bestseller atau penulis buku jualan terlaris di pasaran menjadi cita-cita peribadi mana-mana penulis. Ia bertindak seperti tanda aras kejayaan dan pencapaian seorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya yang dimiliki ramai. Perkataan bestseller disandarkan kepada satu nilai dan nilai ini dilihat dari sudut pandang yang berbeza. Ia tidak bersifat mutlak dan berubah-ubah. Erti buku bestseller dilihat dalam beberapa keadaan. Buku bestseller di kedai-kedai buku. Bagi sebuah kedai buku, bestseller diukur melalui jumlah jualan tertinggi melalui rekod jual-beli dalam premis perniagaan. Maka, senarai buku-buku bestseller dikeluarkan melalui carta mingguan sebagai panduan kepada bakal pembaca memilih buku-buku yang dianggap popular dan dicari-cari ramai. Pada masa sama ia memudahkan pekedai mengenalpasti buku-buku yang berpotensi dijual dan dipesan kepada penerbit. Buku bestseller dari kaca mata penerbit. Bagi penerbit, bestseller juga diukur melalui prestasi jualan buku yang ...

Penulis ada kemahuan dan pengetahuan

Empat tahun lalu, penulis berkekesempatan berkenalan dengan seorang editor di sebuah penerbitan tempatan. Editor perolehan ini berkongsi ceritanya. Katanya, apabila beliau memperkenalkan diri sebagai editor di penerbitan itu, kebanyakan teruja hendak menulis. Kata editor perolehan ini, “Idea-idea mereka memang menarik dan mempunyai potensi bagi diterbitkan. Maka saya mohon kepada mereka menghantar manuksrip.” Editor ini menunggu. Kad tertera nama dan alamat penerbit sudah diberi, tetapi tidak seorang muncul bagi menghantar manuskrip yang dikata. Komitmen tinggal janji dan editor ini tidak menunggu lagi. Pengalaman ini diberitahu oleh editor sebagai menceritakan apakah yang dilalui oleh editor apabila berhadapan dengan potensi-potensi penulis yang tidak bertindak memenuhi komitmen. Penulis ada kemahuan dan pengetahuan. Dua perkara apabila bakal penulis bercita-cita hendak berkarya ialah adanya kemahuan dan pengetahuan. Kemahuan datang dari dalam diri. Rasa teruja melihat karya orang lai...

Remeh-temeh

Antara sedar atau tidak, saya merasakan hidup ini semakin disempitkan oleh perkara remeh dan yang remeh inilah yang dijadikan keutamaan buat ramai. Kita tidak mahu berfikir panjang. Kita mahukan jalan pintas - cepat dan mudah. Yang remeh diutamakan dan yang penting dijadikan tidak penting - tidakkah ini menyatakan sesuatu tentang dunia zaman ini? Dipetik daripada www.helmysamad.blogspot.com

Dua kali hatiku berdarah kembali.

Buku yang disediakan bersama CD kompilasi ucapan pemimpin-pemimpin dunia. Sekali lihat, nampak seperti mahal. Harganya RM38.80. Saya cuma boleh memegangnya sahaja kerana rakan saya membelinya terlebih dahulu. Sungguh cemburu dan sakitnya hati apabila beliau datang membawa buku dan cd ini semalam. Hanya tinggal satu sahaja di Borders, The Garden. Lagi sakit hati, buku fotografi koleksi pemenang Pulitzer Award juga dibelinya pada harga yang sama. Dua kali hatiku berdarah kembali.

Isu KOMSAS, Pak Samad dan SN

Video ini dirakamkan oleh saudara Firdaus Arif. Melalui kenyataan Pak Samad, hari ini apabila Pak Samad dijemput bagi mana-mana program, jemputlah beliau atas kapasiti beliau sebagai A. Samad Said, bukan lagi sebagai Sasterawan Negara (SN). Jemputan dengan kapasiti SN akan dijawab dengan tidak. SN, di mana kedudukanmu di tanahair Malaysia?