Langkau ke kandungan utama

Catatan

Terima kasih Malay Mail

Terima kasih kepada saudara KHAIRUN NIZAM AB GHANI, wartawan Malay Mail. Petikan Malay Mail Passion for writing boosts his career By KHAIRUN NIZAM AB GHANI ZAMRI Mohamad can count himself fortunate to have ventured into something he likes most — writing. Malay Mail 14 May 2007 The 26-year-old from Gombak started writing articles for Utusan Malaysia when he was 16. He continued writing through varsity and during the final year at International Islamic University Malaysia, he decided to be a freelance writer. Today, at a time when many graduates are finding it tough to get jobs, Zamri has accomplished something that seasoned writers would be proud of — four books to his credit, including three bestsellers last year. “My books — Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki, and Megnet Cinta — were bestsellers for May and June last year under PTS Millenia,” he said. His other book, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, under PTS Professional is about career developm...

Magnet Cinta Top Ten April 2007

Bulan APRIL2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini.Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat.Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mac 2007 Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006

Sekitar Pentas Utama PBKL 2007

Saudara Amin Idris Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 telah pun tamat. Baru sekarang berkesempatan memuat turun gambar-gambar dari kamera video digital. Gambar-gambar dari satu kamera lagi akan menyusul selepas ini. Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof Tuan Shamsuddin Kadir Tuan Shamsuddin Kadir Dari kiri, saudaraAmin Idris, Puan Ainon Mohd, Tuan Hj Fadzli Yusof dan Tuan Fauzul Naim Ishak Saudara Ikram dari PTS Millenia Lagi gambar di sini http://picasaweb.google.com/c4kcib0/KLIBfPartDeux http://picasaweb.google.com/c4kcib0/KLIBf2007PartUn http://picasaweb.google.com/hishamsalmin/PestaBuku2007

Tuan Fauzul di UIAM

Catatan dari Akademi Penulis (saya berada di sana bagi tujuan berita untuk newsletter IIUM Bulletin) Alhamdulillah semalam bengkel sehari penulisan di Universiti Islam Antarabangsa anjuran WAFA berjalan dengan lancar. Walaupun suara saya berada di tahap kritikal (makin lama makin hilang), namun begitu ia boleh bertahan hingga ke akhir bengkel. Kehadirannya amat memuaskan dan tahniah diucapkan kepada pihak WAFA, UIAM di atas penganjuran bengkel seumpama ini. Ia khusus bagi melatih dan melahirkan lebih ramai penulis di kalangan remaja IPTA. Menarik lagi semalam, turut hadir seorang pegawai bank yang berpangkat kanan ke bengkel tersebut. Ini satu perkara yang mengagumkan saya. Dalam masa kami minum teh, beliau cukup bersemangat dan teruja dengan input bengkel tersebut. Beliau menceritakan apa yang beliau ingin tulis. Saya memberikan sedikit khidmat nasihat dan mencadangkan konsep buku yang bersesuaian dengan tajuk ingin ditulis beliau. Harapannya boleh jadi bukulah selepas ini. Pada pan...

Azizi Ali di UIAM

Sambutan ulang tahun ke 10 Information Technology Division (ITD) telah membawa bersama penulis dan penceramah bidang hartanah, pelaburan dan kewangan, Tuan Azizi Ali. Ceramah selama dua jam kali ini menyentuh tentang Jutawan Internet, iaiat asas kepada menjadikan internet sebagai sumber menjana kewangan. Ceramah yang ditaja oleh Time.Com (semestinya percuma untuk warga UIAM) memberi ruang kepada semua lebih-lebih lagi yang pertama kali mendengar tentang perniagaan melalui internet. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah komen beliau mengenai skim cepat kaya. Katanya, bakal pelabur mesti berhati-hati dengan skim yang memberi keuntungan melebihi 15 peratus. Skim cepat kaya cara internet ini adalah evolusi dari skim cepat kaya Pak Man Telo yang bertahan selama sepuluh tahun. Ceritanya tetap sama. Saya bersama Azizi Ali (tengah) dan saudara Mohd Izuwan Bin Mohd Nor , penulis buku Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan. Azizi Ali bersama saudara Alif Mohd Nor Azizi Ali bersama sa...

Pelita Samudera membuka pusat proses halal untuk keperluan restoran

Hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca salah satu pendekatan perniagaan mamak berasaskan restoran berangkai. Ini adalah salah satu bahagian dalam buku yang sedang disiapkan, Rahsia Bisnes Mamak . Sekali baca, ia mengingatkan saya kepada KFC dan pusat memproses ayamnya di Malaysia di bawah Ayamas. Apabila Pelita Samudera (M) Sendirian Berhad membuka cawangan restoran nasi kandar pertama luar negara di Chenai, India, mereka berhadapan dengan satu masalah. Resipi yang digunakan tidak sama dengan selera di sana. Tetapi dengan membawa resipi India Muslim dari Pulau Pinang ke negara tersebut memerlukan satu jangka masa dalam membuka ruang penerimaan masyarakat tempatan. Pelita mempunyai 12 cawangan restoran nasi kandar di Pulau Pinang, Kedah, Petaling Jaya dan di India. Percaya dengan pendekatan membuka pasaran baru, Pelita membuka langkah dengan memfokuskan Johor Bahru, Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur selepas membuka cawangan terakhir di Pulau Pinang iaitu berdekatan Bandar Auto berdeka...

Ingati identiti.

Majalah I merupakan majalah yang pernah saya jadikan medium untuk menulis dan mencari rezeki yang halal milik Allah. Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007, saya berkesempatan bertemu dengan editor yang juga orang kuat majalah ini, Tuan Ahmad Yani. Beliau mempunyai perwatakan yang tenang, manis dan murah dengan senyuman. Salah satu perkara yang sangat saya kagum dengan diri beliau ialah mengingati perkara-perkara yang menonjolkan identiti individu. "Tidak bawa kamera besar hari ini?" tanyanya kepada saya. jawab saya, "Tidak, hari ini bawa yang kecil sahaja." Sebenarnya saya pertama kali menemui beliau pada awal tahun lalu. Sekali sahaja berjumpa sehinggalah ke hari ini. Cerita kamera besar itu sebenarnya cerita kerja saya ketika membuat rakaman program beliau di UIAM. Itu pun kualiti kamera itu tidak begitu baik. Minta maaf Tuan Ahmad Yani, tidak berpeluang untuk saya memberi satu salinan kepada Tuan. Kualiti gambarnya memalukan. Satu lagi, beliau ini sanga...