Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Pengurusan Media Sosial untuk Organissi

Mohon doa semoga organisasi ini mendapat manfaat dalam coaching selama dua hari untuk pegawainya. Ditambah lagi dua sesi susulan dan pemantauan pre dan post result. Semoga Allah permudahkan. Pengurusan Media Sosial sesuai bagi (1) Bisnes yang memerlukan penglibatan aktif dengan pengguna. (2) Guru yang mahu menjadikan ia sebagai medium pembelajaran (3) Organisasi kerajaan dan swasta yang mahu mengurus persepsi dan imej. Mereka yang berminat menyertai coaching emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek emel Coaching Media Sosial. Mohon doa semoga organisasi ini mendapat manfaat dalam coaching selama dua hari untuk pegawainya. Ditambah lagi dua sesi susulan dan pemantauan pre dan  post result. Semoga Allah permudahkan. Pengurusan Media Sosial sesuai bagi (1) Bisnes yang memerlukan penglibatan aktif dengan pengguna. (2) Guru yang mahu menjadikan ia sebagai medium pembelajaran (3) Organisasi kerajaan dan swasta yang mahu mengurus persepsi dan imej. Mereka yang b

Must Read, Peta Minda dan Penulisan

Alumni bengkel penulisan Must Read Sdn Bhd menggunakan bulan Ramadan bagi menyiapkan manuskripnya dan mengaplikasi kaedah peta minda bagi mengurus kerja-kerja penulisan. Ini adalah contoh kerja Tuan Syihabudin Ahmad bagi buku praktikal solat. Klik bagi paparan lebih jelas. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Nilai yang jelas menjadi pilihan pembaca

Mengapa pembaca membaca karya saudara? Soalan ini dijawab dengan mengenalpasti apakah nilai yang diberikan oleh penulis kepada pembaca. (1) Karya saudara memudahkan saya. (2) Karya saudara murah untuk saya miliki (3) Karya saudara mempunyai pakej yang menarik perhatian saya (4) Karya saudara membezakan dan mengangkat saya apabila memilikinya (5) Karya saudara mengurangkan kos yang perlu saya tanggung (6) Karya saudara mengurangkan risiko yang saya hadapi Karya kita membawa satu atau lebih sebab mengapa mereka membacanya. Kita akan perhalusi satu persatu agar kita jelas bagaimana karya kita dibangunkan secara keseluruhan. Dari segi penulis, memilih nilai yang jelas untuk pembaca membantu kita menulis dalam keadaan lebih terarah dan menepati subjek. Pembaca dapat mengenalpasti dengan jelas nilai karya kita berbanding karya lain. Nota : Kami mengolah semula dan mengadaptasi elemen di dalam Model You Business. Maka kami akan mengubah berdasarkan kesesuaian. Bagaimana

Kenal penulis, mudahlah penulis berkarya

Siapakah penulis? Penulis memberi khidmat kepada pembaca. Perkhidmatan diberikan melalui subjek yang ditulisnya dalam buku. Penulis wujud selagi mana pembaca membaca buku yang ditulis. Penulis adalah satu komponen yang penting dan terus memainkan peranan menarik perhatian pembaca melalui penulisan. Mengapa penulis masih relevan? (1) Adakah kita menulis pada status Facebook? (2) Adakah kita membaca pada status Facebook. (3) Adakah kita mengklik butang share selepas membaca apa yang ditulis oleh seseorang? (4) Adakah kita mengklik butang like pada Facebook? (5) Adakah kita sama-sama menulis dengan meninggalkan komen pada hasil status orang lain? Bukankah semua ini berpunca daripada kerja seorang penulis? Memetik kata-kata mentor bisnes penerbitan saya, "Beza aktiviti sesama penulis adalah, berapakah duit yang terhasil daripada penulisan itu?" Siapakah pembaca? (1) Pembaca adalah individu yang membaca karya penulis sama ada secara berbayar atau pun percu

Siapakah pembaca menentukan gaya penulisan

Mereka yang mahu menjadi penulis perlu menjawab soalan ini (1) Siapakah pembaca? (2) Apakah perkara dalam buku kita yang dapat memudahkan tindakan pembaca? Orang membaca novel bagi memenuhi cawan emosi dan imaginasinya. Orang membaca buku tip kewangan bagi mencari cara menambah wang dan mengurangkan hutang. Siapakah pembaca bagi kedua-dua kategori ini adalah berbeza. Isi kandungan dalam dalam kedua-dua buku yang dapat memenuhi tindakan pembaca juga berbeza. Karya mesti mempunyai model yang jelas bagi memenuhi kehendak pembaca. Peraturan yang sama tertakluk dalam teknik penulisan rencana. Pelanggan kita berbeza mengikut ruangan dan jenis majalah. Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini      

Semakin ditulis, semakin hilang pembaca

Saya menerima emel mengandungi satu artikel pendek untuk dinilai. Apa yang saya lakukan, saya letakkan ia di tempat terbuka biar pembaca menilai. Ini adalah tajuk dan perenggan pertama artikel pengirim tersebut. Bayangkan orang sedang membelek artikelnya dalam majalah atau ia merupakan bab sebuah buku. Saya bertanya kepada para pembaca yang sanggup mengeluarkan duit bagi membeli. Apakah perasaan pembaca lelaki dan wanita apabila membaca sebuah buku dengan ayat, "Makanan nafsu bagi lelaki adalah wanita." Saya hanya memetik sebahagian ayat dalam satu perenggan sahaja Ini sebahagian jawapan mereka. Agak kasar dan sepertinya tiada etika dalam berbahasa. Saya boleh terima faktanya tapi ayat itu boleh dimurnikan supaya sesiapa yang membaca 'tidak terasa hati'. Kalau ayat lebih sopan maksudnya akan mudah diterima. Ini ayat pendapat. Tidak persuasif. Perasaan membaca: Penulisnya kurang pendidikan. Perkara realiti, tapi ditulis tanpa menggunakan ayat berlap

Tulis bersama-sama, untung bersama-sama

Menjadi penulis buat pertama kali adalah satu perkara yang sukar. Situasi sukar disebabkan beberapa perkara. (1) Tidak ada pengalaman menulis sebelum ini yang dapat dijadikan pendorong. (2) Penulisan bukan perkara penting kepadanya. Jika tidak menulis pun, individu itu masih boleh mendapat gaji daripada pekerjaan sedia ada. (3) Percaya bahawa karyanya tidak sedap dibaca. (4) Terasa bahawa menulis merupakan proses yang mengambil masa lama. Semakin lama semakin kurang daya menulis. Salah satu perkara yang dapat dilakukan bagi mengatasi situasi ini adalah bermula dengan menulis secara bersama. Ketahui siapakah di kalangan individu yang kita kenali mahu berkolaborasi menulis bersama-sama. Saling mendorong dengan menyiapkan bab demi bab dari masa ke semasa. Manuskrip dapat disiapkan segera dan kita dapat mengawal emosi kesukaran dalam diri. Zaman 'kedekut' menulis seorang diri kerana mahu royalti seorang diri sudah lama berlalu. Apa gunanya menulis seorang diri sehi

Seni mengurus komunikasi dengan editor

Acapkali saya bertemu dengan editor, mereka akan memberitahu saya sikap penulis yang menyebabkan karya bagus ditolak mentah-mentah tanpa menilai kualiti manuskrip terlebih dahulu. Saya bertanya, adakah penting menguruskan manuskrip yang baik berbanding sikap penulisnya? Jawapan adalah, "Apabila ada seorang penulis yang jauh lebih baik kualitinya dan sikapnya, beliau lebih diutamakan berbanding yang lain." Ini memberi jawapan kepada kami mengapa ada sesetengah penulis yang standard karyanya biasa-biasa sahaja tetapi diberi lagi dan lagi ruang menulis dan diterbitkan. Apakah ciri-ciri yang disukai oleh editor? (1) Bakal penulis tidak menggunakan singkatan perkataan ketika menulis emel. "tk...bnyak idea2 terjana tapi x tau bagaimana, mana nak tnya, mna nak mula, mana nak dimajukannya." Singkatan perkataan memberitahu editor bahawa dirinya tidak penting. Maka singkatan perkataan sudah mencukupi bagi memberitahu tujuan penghantar kurang ambik kisah terh

Pengalaman orang lain sumber idea penulisan

Tip penulisan Ramadan kursuspenulisan.com Setiap individu adalah sumber idea sama ada penulisan fiksyen mahupun non fiksyen. Cuba senarakani tiga nama individu yang dapat kita kaitkan dengan pengalaman Ramadan kita. Pada bulan Ramadan ini, saya teringat seorang lelaki yang menahan saya daripada menaikki lif di ruang legar KLCC. Pakaianya berbau masam, wajahnya menunjukkan umurnya awal 40-an dan dia membawa beg sandang bersamanya bersama keratan akhbar. Sepanjang sebulan dia berada di Kuala Lumpur selepas gagal mendapatkan pekerjaan pengawal keselamatan yang tertera pada iklan tersebut. Ramadan adalah rezeki kepadanya kerana dapat berbuka di masjid bagi menjimatkan perbelanjaan. Tetapi semakin lama dia di Kuala Lumpur, semakin susut wang belanjanya. Seminggu sebelum Aidilfitri dia berazam mahu pulang ke Johor. Akhirnya dia menebalkan wajah memohon pertolongan sedikit biaya pulang untuk bertemu dua orang anak dan isterinya. Dengan sedikit wang belanja pulang yang diberi

Rantaian memori dalam penulisan

Bermula dengan mencari rantaian memori. Ketika bersahur apakah rantaian memori yang dapat kita kaitkan dengan situasi ini. (1) Saya teringat lelaki yang melaungkan perkataan sahur sambil mengetuk tin seawal pagi di kampung. (2) Saya teringat lelaki tua yang melaungkan perkataan sahur melalui mikrofon di masjid. Sepuluh minit sebelum Subuh beliau berkata, "Imsak, cepat bersahur!" Suara pertama seawal pagi di kampung Sungai Cincin. (3) Saya teringat sekumpulan kanak-kanak yang melaungkan perkataan sahur sambil berbasikal. Lama-kelamaan hanya tinggal seorang sahaja. Mungkin anak bilal masjid. (4) Saya teringat niat sahur yang ditampalkan oleh ayah setiap kali Ramadan. Lama kelamaan ia kekal di situ dan tidak beralih tempat. Apakah rantaian memori saudara yang dapat dipanjangkan menjadi sebuah cerita atau pun anekdot rencana? Bagaimana meminimakan risiko penolakan karya.?  Klik di sini  

Unsur dialek mengganggu Bahasa Melayu Tinggi

Dipetik semula daripada Professor Emeritus Abdullah Hassan. Dalam entri FB Tuan Zamri Mohamad, saya menemui dua contoh tentang Bahasa Melayu Tinggi yang mahu saya jelaskan. 1. Sendi nama "atas" bukan "di atas" Hari ini rakan FB saya menulis di status dan membuat keputusan membotakkan kepalanya "atas" sebab yang murni. Isterinya mula kehilangan rambut sedikit demi sedikit kesan daripada kimoterapi. (Penggunaan kata sendi nama "atas" ini betul, bukan "di atas".) 2. Unsur dialek yang "mengganggu" Bahasa Melayu Tinggi Saya "duduk" berfikir, betapa menjadi botak juga mempunyai mesej kasih sayang juga dalam menghadapi situasi di luar jangka ini. (Kata bantu kerja "duduk" di sini datang daripada kelaziman dalam dialek, terutamanya Kedah dan Perak utara, yang menggunakan "duduk" sebagai menggantikan "sedang". "Saya duduk berfikir" itu adalah "Saya sedang berfikir", ... mu

Adakah menulis buku motivasi mudah?

Mengapa mahu menulis buku motivasi atau sesetengah melabelkan sebagai karya inspirasi? Soalan ini dijawab dengan beberapa jangkaan. Menulis kerana diinspirasi dengan kemunculan selebriti motivator di televisyen.  Percaya motivasi adalah subjek yang mudah ditulis berbanding subjek lain. Melihat motivasi adalah subjek yang popular didedahkan dalam program institusi sama ada dalam bentuk ceramah dan kursus. Berasa percaya bahawa buku motivasi dapat mengubah orang lain. Dijadikan terapi diri apabila berhadapan situasi dengan menulis buku motivasi. Kerana kepercayaan-kepercayaan ini, maka menulis buku motivasi menjadi pilihan. Menulis buku motivasi tidak semudah menulis, "Kita dapat berubah dan percaya."  atau berkata, "Saya mahu menulis buku motivasi." Ada perkara yang diambil kira oleh penulis agar buku motivasi relevan dalam pasaran. Pembaca mesti dapat mengesan tema yang jelas buku motivasi yang ditulis. Semakin jelas, maka semakin yakin pembaca

Bertahun bekerja, beban disalurkan ke mana?

Apakah yang akan kita lakukan apabila berhadapan situasi pejabat yang membebankan hati selama 10 tahun bekerja?  Tukarkan setiap satu karenah yang konsisten menjadi sebuah buku panduan untuk persediaan orang ramai. Itulah cara tim kursuspenulisan.com

Kuasa dorongan dalam berkarya

Kita mahu menulis dan berminat menulis, pernahkah kita ceritakan minat dan kemahuan kita kepada seseorang? Apakah respons yang diberikan? Apakah perasaan kita selepas mendengar respons itu? Dengan siapa kita kenal dan bercerita memberi kesan produktiviti karya dan motivasi menulis kita. Semakin kita dengar semakin kita bersemangat menulis dan semakin kita dengar semakin hilang daya motivasi kita. Itu dinamakan kuasa dorongan. Bagaimana mendapatkan kuasa dorongan dalam berkarya. (1) Kenalpasti siapakah rakan-rakan yang positif terhadap kita selepas kita menyatakan hasrat menulis. (2) Senaraikan rakan-rakan dan ahli keluarga yang menambah baik idea kita selepas berkongsi angan-angan karya. (3) Ingat semula siapakan di kalangan mereka yang pernah membaca karya kita, memberi komen membina meskipun karya kita biasa-biasa sahaja. Mereka adalah kuasa dorongan. Mereka bukan kumpulan yang memuji kerana mahu menjaga hati dan memberi harapan kosong, sebaliknya berfikir, "Apa

Kursus Penulisan Jabatan Alam Sekitar

Jabatan Alam Sekitar konsisten dalam usaha memberi maklumat kepada masyarat berkenaan isu alam sekitar. Melalui penulisan artikel bagi buletin Impak dan Era Hijau, ia mencapai sasaran ke sekolah-sekolah, institusi dan organisasi bagi memberi momentum kepada khalayak dengan input yang segar dan berimpak tinggi. Paling menarik, buletin yang diterbitkan terbuka kepada sumbangan orang ramai. Artikel yang berkualiti diberikan honorarium dan disiarkan dalam kedua-dua buletin ini. Kami akan bersama-sama dalam peperangan menawan hati dan fikiran rakyat bersama Jabatan Alam Sekitar, membekalkan kemahiran penulisan berimpak tinggi bagi mencetus gelombang ilmu dan kesedaran kepada pembaca.

Kursus Penulisan Jabatan Perpaduan Negara

Sebahagian peserta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyambung bengkel pada malam ini sehingga dua hari seterusnya. Topik dan trainer yang berbeza. Tim ini dalam jumlah kakitangan yang terhad, tetap komited dalam tugas. Memastikan setiap kawasan komuniti dalam keadaan yang aman dan kesedaran adanya warna dalam hidup antara kaum. Isnin sehingga Jumaat adalah hari kerja kita. Penulis menjadi wadah menyampaikan maklumat ke setiap komuniti dan kawasan. Kerana itu mereka di sini. Isnin sehingga Ahad adalah hari kerja mereka. Itu adalah pilihan sumbangan hidup yang mereka ambil. Kita doakan kesejahteraan dan kesihatan serta keceriaan mereka dalam perjuangan ini. Bertemu semula pada bulan Ramadan jika diizinkan Allah. Jemputan zamrimohamad@gmail.com Nota: Peranan melatih mereka dalam penulisan adalah penting kerana penyebaran maklumat yang bersifat keutamaan nasional dan mengimbangi cara media komersial yang melaporkan hal ehwal yang sama, khususnya berkenaan ant

Ramadan bersama kursuspenulisan.com

Sentiasa fikirkan, pengalaman-pengalaman peribadi yang dapat ditukarkan menjadi karya. Tulis dan teruskan menulis. Pada bulan Ramadan ini, kita akan mengisi waktu lapang dengan berkarya.

Covey dan motivator Malaysia

Apabila memikirkan Stephen R Covey, sebagai guru pengurusan kualiti hidup, saya berfikir betapa jauhnya disiplin ilmu yang dibangunkan oleh beliau. Elemen tim pengkaji yang membantu, penguasaan teori-teori, kajian kes, ini adalah tiga perkara yang memberi kualiti kepada mana-mana penulis, trainer dan motivator. Oh, sudah lama mencari-cari punca hilangnya teruja mengikuti motivasi tempatan. Kali terakhir mengikuti motivasi tempatan ketika usia 25 tahun. Kemudian tarikan itu semakin lama senakin longgar. Adakah kerana tiada ketiga-tiga elemen ini?