Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Penerbit menggila dengan inovasi 'kenal saya'

Analisa tim latihan penulisan dan penerbitan makmal http://kursuspenulisan.com/ | Pembangunan jenama diteruskan oleh para penerbit buku melalui kaedah ini yang semakin meriah dari aspek kualiti, membina alternatif baru dan konsisten. (1) Telaga Biru melalui buku dan majalahnya dijadikan bahan tazkirah. Misalnya majalah Solusi pernah digunakan di ILIM sebagai bahan tazkirah oleh imam sementara menantikan solat Isyak selepas Maghrib. Buku Telaga Biru mudah diperolehi di surau kementerian dan digunakan imam bagi tazkirah Zohor serta pada bulan Puasa. Kesanya, hadirin mencari buku ini di kedai-kedai buku. (2) Karangkraf (dan TV Hijrah) kini membangunkan rangkaian kerjasama M2M (Media dan Masjid) dengan program pembangunan perpustakaan Karangkraf di masjid-masjid (seperti dalam foto). Sebagai rekod, di Kuala Lumpur, JAWI menguruskan 60 masjid seluruh wilayah. (3) Pembangunan usraf professional oleh penerbit sudah bermula dengan membangunkan usaha usrah yang memberi peluang kumpul

Seminar Penulis Azhari Hasilkan Penulis Baru

Saya akan terus mengingati Tuan Syafiq Zulakifli kerana beliau antara yang pertama membina hubungan persaudaraan dengan saya ketika beliau masih menuntut di Mesir. Emel demi emel dan buku menjadi ikatan persaudaraan empat tahun lalu. Esok jam 10 malam akan memulakan perjalanan mengikat persaudaraan dengan mereka di Kaherah http://bit.ly/cairomust 7 Februari Tanta http://bit.ly/tantamust 8 Februari Iskandariah http://bit.ly/alexendriamust 9 Februari Tim pembangunan penulis bersama Must Read. Ya Allah permudahkan, lebih banyak karya baru yang mudah difahami dan mendekati pembaca fasa Mekah. Modul terbaru berdasarkan kajian psikologi pelanggan akan digabungkan dengan psikologi pembaca. Terima kasih Allah kerana menjemput saya ke sana. --- Zamri Mohamad merupakan penulisan dan membangunkan penulis baru yang percaya dengan angan-anganya,  gila-gila dan kreatif melalui kursuspenulisan.com

Penulis bebas diserang lewat malam

Alumni penulis bebas diserang lewat malam Alumni penulis bebas diserang lewat malam melalui respons terhadap rencana yang dihasilkan. Satu persatu perenggan dibaca dan diberi cadangan sebagaimana tertera pada imej di bawah. Apakah pemerhatian saya mengenai alumni Januari lalu?' Mereka mahu menjadikan tahun ini tahun mereka muncul di media melalui penulisan yang mempengaruhi pembaca. Insya Allah, saya percaya kita mahukan penulis yang memandaikan bangsa bagi pelbagai subjek menulis dalam akhbar dan majalah.  Kita mahu mereka menggantikan penulisan 'cucuk-cucuk' yang menghilangkan ketenangan dan meningkatkan curiga. Kami di dengan usaha menghasilkan penulis yang berkarya dan membuat hidup kita bermakna. Mohon doa semua. Saya suka bahan yang ditulis beliau kerana ia memberi senarai semak apakah bentuk status rumah dan bentuk perjanjian serta profiling pemaju sebelum membeli rumah.  Ia difokuskan kepada pasangan suami isteri yang mahu benar m

Sesi 'bercinta' di Jabatan Perdana Menteri

Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012 Pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2012 Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meraikan dunia buku dengan menganjurkan bicara penulis, Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga. Buku terbitan PTS edaran ekslusif POPULAR ini menyentuh beberapa isu berkenaan komunikasi dari aspek kajian perhubungan yang dilakukan oleh pakar komunikasi dan kekeluargaan. Mengapa buku seperti ini diterbitkan? Kajian menunjukkan apabila perempuan menjangkau usia 16 tahun, ia merupakan umur bermula mereka membaca karya-karya cinta seperti novel. Ia berdasarkan respons kedai-kedai buku berkongsi dapatan ini. Adalah sukar bagi menghalang buku ini daripada dibaca, jadi apakah solusinya? Ditambah lagi dengan isu lambakan novel cabul, iaitu novel yang mempunyai adegan suami isteri sebagai komponen yang dibenarkan ditulis dalam novel. Sedangkan pada usia 16 tahun mereka membaca novel seperti ini. Buku ini dan buku-buku sebelum dan selepasnya

Mahu menjadi penulis novel cinta?

Projek pembangunan novel cinta (serius atau pun humor) berdasarkan buku non fiksyen yang terpilih (diulang cetak). Mereka yang berminat emelkan (subjek emel novel adaptasi) ke zamrimohamad@gmail.com bersama-sama contoh tiga halaman langkau sebaris penulisan fiksyen saudara dan saudari. Insya Allah, kita usahakan bersama.

PTS Media Group dan QR Code

PTS Media Group  PTS Media Group  PTS Media Group  PTS Media Group QR Code adalah cara memberi lebih maklumat kepada bakal pembaca. Caranya; (1) Aktifkan QR Code Reader pada hanfon atau tablet melalui carian di App Store dan Android Market. (2) Ambil imej QR Code menggunakan aplikasi itu. (3) Dapatkan maklumat dari laman web yang dipautkan pada QR Code Analisa kami di kedai buku mendapati QR Code masih belum difahami secara menyeluruh oleh pembaca. Mereka tidak tahu bagaimana QR Code berfungsi kerana kit pengiklanan tidak memberitahu caranya. Sedangkan mereka mempunyai fon yang mempunyai aplikasi internet ketika itu. Maka pendidikan bagaimana mengaktifkan QR Code mesti diberitahu (melalui kaedah tiga langkah seperti di atas) dipaparkan pada poster, buku, kad bisnes dan modul. Teknik arahan simbol dapat digunakan. Selagi mana mereka tidak dididik dengan tiga langkah ini pada kit maketing, pembaziran ruang berlaku. Tiga penerbit, tiga jenis iklan iaitu daripa

Baca@LRT sumbang idea aktiviti Kota Buku Kuala Lumpur

Kredit Foto : Professor Emeritus Abdullah Hassan Slideshare sumbang saran Kota Buku (1) Baca@LRT http://slidesha.re/kotabukubaca (2) Kursuspenulisan.com http://slidesha.re/kotabukukursus Catatan dalam sumbang saran sesi tiga. Survival Kota Buku apabila penerbit, penulis, pencetak, pengedar buku memainkan peranan dalam menggerakkan mekanikal di dalamnya. Kota Buku mesti mengenalpasti dengan jelas siapa pelanggan. Barulah peraturan meraikan mereka dicipta, bukan peraturan yang menyekat mereka. Konsep muzium jika wujud dalam Kota Buku bukanlah muzium menghimpunkan barang lama, tetapi interaktif tinggi dan menghimpunkan pesona kegilaan dunia buku di luar jangkaan manusia. Bagaimana orang sanggup membunuh kerana buku lebih wao sifatnya berbanding watak normal orang suka membaca. Fun, Fast, Fresh adalah tiga F dalam menggerakkan orang muda menyertai sesuatu gerakan termasuk gerakan ilmu di Kota Buku Mengurus persepsi adalah strategi merangka minda masya

Mahu menjadi penulis skrip drama tempatan?

Melalui Kursuspenulisan.com dan Manteraworks, kursus meja bulat, asas penulisan skrip drama telah diadakan di Wangsa Melawati. Kursus dalam kumpulan kecil ini mendedahkan secara spesifik keperluan bagi menjadi seorang penulis skrip di Malaysia. Kursus tertutup ini akan diadakan pada bulan seterusnya dan ia terhad kepada enam orang sahaja. Pendaftaran segera bagi mendapatkan tarikh dan tempat melalui http://bit.ly/penulisbebas pada hari ini.

UPM anjurkan kursus penulisan untuk siswa siswi

Universiti Putra Malaysia serius bagi menjadikan warga kampus mereka sebagai jenama institusi pendidikan melalui penulisan rencana akhbar dan majalah. Melalui bengkel penulisan akhbar dan majalah anjuran Akademi Penulis bimbingan saudara Zamri Mohamad, sasaran adalah memastikan; (1) Pendedahan kepada peserta mengenai penulisan rencana akhbar dan majalah (2) Menerapkan skil kepada para peserta yang dapat digunakan sepenuhnya. (3) Mewujudkan duta-duta UPM yang dikenali melalui nama dan penulisan mereka di media tempatan. Strategi membangunkan penulis sebagai duta organisasi diteruskan melalui bengkel-bengkel lain kepada organisasi dan institusi lain di seluruh negara. Jemputan melalui info@fineacademy.com.my dengan subjek emel, Jemputan Bengkel Penulisan Rencana. Berbengkel sekali, menulis berkali-kali.

Kursus penulisan rencana jadi angan-angan tahun baru

Ketika ini saya sedang meneliti sebuah rencana undang-undang perumahan untuk bacaan awam. Membacanya dan memberi maklum balas minggu ini. Pasangan suami-isteri yang seterusnya menjadi pembaca Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-33 dengan memilih menghadiri kursus penulisan anjuran kursuspenulisan.com. Isteri bakal bersara daripada menjadi pengetua di sekolah menengah di Putrajaya. Suami sebelum ini berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri. Allah rahmati, Allah berkati dan Allah kasihi Sehingga akhir tahun lalu, beberapa penulis sudah mula menjana harta intelek mereka sama ada menulis di akhbar mahu pun di majalah. Antaranya; Tuan Hazlam Anuar, "Saya menghadiri bengkel penulisan rencana, kemudian buku berjudul Mudahnya Google Skecthup pula yang terbit." Tuan Mohd Shamsuriyadi, bermula dengan perjalanan pergi balik dari Perak ke Kuala Lumpur pada hari yang sama untuk menghadiri kursus penulisan. Kurang tiga hari m

Kursus penulisan Must Read hasilkan buku baru

Kursus Penulisan Must Read bertujuan mendorong dan membantu membangunkan penulis melalui formula Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Para peserta yang berpotensi selepas kursus menghantar manuskrip dan diterbitkan oleh Must Read. Klik di sini bagi menonton video Antara perkara yang didedahkan dalam kursus pembangunan penulis professional Must Read. (1) Memahami keperluan pembaca dan bagaimana mengikat hati pembaca. (2) Teknik trailer buku yang mencetus 'filem' dalam minda pembaca. (3) Merancang buku secara bersiri tanpa tekanan dan menulis buku yang dicari ramai. Maklumat lanjut kursus dan penghantaran manuskrip emelkan ke admin@mustread.com.my --- Zamri Mohamad merupakan penulis buku yang menjalankan bengkel penulisan melalui kursuspenulisan.com .

Festival Penulis Karangkraf raikan penulis dan pembaca

Pemerhatian tim kursuspenulisan.com. Apa yang diusahakan Karangkraf sepanjang Karnival Buku Karangkraf (1) Booth penulis-penulis mapan disediakan pada pintu hadapan. Mereka secara konsisten berkarya dalam niche yang sama, mempunyai jualan yang tinggi dan kumpulan pembaca yang ramai. Setiap booth mempunyai tema tersendiri dan bukan tapak menjual buku. (2) Kerjasama Karangkraf dengan peniaga-peniaga lain yang tidak berkaitan dengan buku diasingkan mengikut zon. Kewujudan mereka menjadi alasan kepada pengunjung berkunjung selain daripada membeli buku. Kerjasama media seperti TV Al Hijrah mendorong sebaran massa melalui televisyen. (3) Jualan buku terbitan Karangkraf melibatkan buku baru dan stok yang perlu dihabiskan. Bagi buku-buku yang mahu dihabiskan stoknya, ia dijual secara pakej dan lebih menguntungkan pembaca. (4) Penglibatan para pembaca yang menjadi sukarelawan memudah cara usaha karnival ini. Seperti tim pembaca Ramlee Awang Murshid. (5) Forum-forum yang diadakan berb