Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Kursuspenulisan.com | Merancang kejayaan tahun baru

 Catatan kursuspenulisan.com Januari adalah bulan terbaik bagi mencipta kejayaan selama 11 bulan seterusnya. Bertindak awal memberi ruang penulis baru yang konsisten menjajah ruang yang kosong dan tidak perlu berebut-rebut mencari peluang. Cipta peluang dengan merancang awal. Dimaklumkan dua siri bengkel di bawah kursuspenulisan.com akan diadakan seperti berikut 14 Januari 2012 (Sabtu) Bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah 15 Januari 2012 (Ahad) Bengkel penulisan skrip Mendaftar di sini

Ke manakah kita pada tahun baru ini?

Ke manakah kita pada tahun baru ini? Mahu mempelajari kaedah mengurus gaji agar makan gaji tapi kaya daripada pakar kewangan peribadi? Mahu meng'upgrade' solat agar hati tenang dan gembira rukuk dan sujud kepadanya? Mahu memperkenalkan kepada anak-anak bahawa masjid adalah padang permainanya? Mahu membeli buku-buku pada harga diskaun dan memilih buku koleksi tahun baru? Mahu bertemu para penulis daripada pelbagai penerbitan Islami? Mahu melihat secara live persembahan muzik basking? Program untuk kita semua. Mini Karnival Indahnya Islam di Masjid Jamek 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2012 Pagi 9.00 Pameran dan Jualan Buku Pameran NGO Islam Pertandinagn Melukis dan Mewarna Kuiz dan Game bersama para penulis Karangkraf 11.00 Bedah Buku 'Sifat Solat Nabi' bersama Ustaz Hj Zamihan Md Zin Tengah hari 12.00 Bersama PTS Publications Petang 2.00 Kuiz Indahnya Islam Pendaftaran Sukarelawan Dakwah Indah Islam 3.00 Diskusi b

Kursus Keusahawanan | Mendapat Notifikasi Pelanggan

Membina borang pesanan pada Google Docs melalui Form adalah salah satu kaedah yang ditunjukkan dalam buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS Professional. Mengapa kaedah ini ditunjukkan? Ini adalah kaedah mudah, cepat dan praktikal serta percuma kepada bisnes kecil mengumpul senarai pelanggan yang membuat pesanan produk. Kepada seorang penulis, ia dijadikan borang pesanan buku dan borang hubungi kami yang diletakkan pada laman web. Seorang pembaca bertanya, selepas beliau mengikuti satu persatu kaedah membina borang pesanan di Google Form, beliau mahukan teknik tambahan. Setiap kali borang diisi pelanggan, notifikasi dihantar melalui emel. Bagi menjawab soalan ini, kita meletakkan situasi pembaca dalam dua keadaan. (1) Ada yang mahu menyemak sendiri di dalam borang pesanan yang dibina menggunakan Google Form. (2) Ada yang mahu diberitahu melalui emel daripada Google setiap kali borang diisi. Kaedahnya adalah seperti berikut (1) Klik pada form yang telah dih

POPULAR, Cinta; Raikan Kasih di Langit Syurga

Hebahan umum. Kami para penulis PTS, merindui dan ingin benar bersilaturahim dengan saudara-saudara kami, yakni Tuan dan Cik Puan di Ipoh Parade, Ipoh pada 17 Disember ini. Dorongan Tuan dan Cik Puan memperkukuhkan kami dalam agenda memandaikan bangsa. Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu) Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusuf (Cinta: Meraikan Kasih di Langit Syurga) Aktiviti: Sesi bertemu peminat, bicara buku dan bengkel mini Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu) Masa: 2.00 - 4.00 petang Penulis: Shamsuddin Kadir (Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya dengan Rumah, Buat Duit dengan Rumah) Aktiviti: Sesi bertemu peminat dan bicara buku bersama Shamsuddin Kadir Semoga Allah permudahkan. Amin.

Aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Mereka memanggilnya pesta buku, book fair, PBAKL pada tahun 2012 ini. Nama yang sama sejak berbelas tahun lalu. Harapan pengunjung lebih tinggi mahu melihat sesuatu. Apa yang kita mahukan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 nanti? Ada idea? Buku Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga akan berada di booth jualan rangkaian kedai buku POPULAR di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Selain itu buku-buku yang dicadangkan dimiliki adalah buku terbitan PTS, Cerita dari Syurga dan SMILE oleh Irma Hasmie. Program di Pesta Buku Acara Kota Buku, Dari Pembaca Menjadi Penulis. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. PWTC Berlangsung di bilik Kedah Johor jam 3.00 sehingga 5.00 petang. Kecuali acara pada hari Ahad 29 April 2012 diadakan di Bilik Kuala Lumpur, tingkat 5 PWTC Ia bermula 27 April sehingga 6 Mei. Ini adalah senarai jadualnya. Masuk percuma. Jumaat 27 April Dari Blog Menjadi buku Ahad 29 April Gerakan buku bawah tanah, bagaimana kami laku

Kursus Penulisan | Jabatan Pertanian Kedah Bina Imej Baru

Di mana saya berada hari ini? Hari ini saya bersama-sama 26 orang peserta dari 11 cawangan Jabatan Pertanian Kedah, FINE Academy mengendalikan bengkel penulisan berita dan rencana sebagai persediaan buletin rasmi mereka pada tahun hadapan. Pada hari pertama, didedahkan mengenai perkara berikut. Bagaimana menentukan foto yang sesuai bagi tujuan penerbitan berdasarkan prinsip kewartawanan. Tiga prinsip menulis kapsyen foto yang menarik perhatian pembaca Apakah dimaksudkan buat sekali makan berkali-kali dalam merancang kejayaan penulis. Melindungi karya dan etika penulis berdasarkan Akta Hakcipta 1987. Menggali situasi diri dalam penulisan tekanan tinggi. Memenuhi prinsip tajuk rencana berdasarkan prinsip pengiklanan bilboard Meninjau perkembangan bahan cetak sehingga menjadi ebook. Esentral.com menjadi rujukan contoh percubaan pembangunan untuk buku dalam bahasa Melayu Penulisan berita rencana membantu meningkatkan imej organisasi dan memberi wajah positif

Kursus Penulisan | Berani bereksperimen dan mencuba

Seronok membaca hasil tulisan peserta yang melangkaui 'bimbingan trainer'. Mereka mencuba-cuba bereksperimen dengan gaya pendulu berbeza. Sedangkan ia akan didedahkan pada hari ini di dalam kursus penulisan sesi kedua. Ya, keberanian ini yang diperlukan dalam berkarya. Ini bukan sekadar buletin jabatan, ini adalah legasi yang mereka akan simpan untuk keturunan mereka. Menuju ke KL International Hotel bersama-sama 24 artikel pecutan bebas yang dihasilkan semalam. Kerana itu dalam training jumlah tidak perlu ramai, agar mudah dilihat satu persatu. Berani bereksperimen adalah usaha jaya penulis. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Kursus Penulisan | Soalnya, adakah kita percaya?

Pada pagi ini saya mengenangkan cerita di bengkel penulisan rencana anjuran FINE Academy semalam. Salah seorang peserta memberitahu dia pernah mengikuti kursus penulisan daripada seorang wartawan televisyen. Itu adalah kursus yang dihadirinya 20 tahun yang lalu. Kemudian beliau hadir lagi sekali lagi apabila impian menulis yang belum tertunai kerana hambatan persoalan-persoalan yang tidak terjawab sehinggalah selepas kursus semalam. Jabatan Pertanian Kedah pula merencanakan bengkel penulisan rencana. Pelbagai situasi dilalui sehinggakan ia mengambil masa dua tahun barulah kursus ini dapat diadakan. Walau apa pun, mereka tetap mahukan kursus ini meskipun mengambil masa. Cerita-cerita mereka ini membuat saya terfikir. Baik individu mahu pun organisasi, sekiranya mereka mahukan mimpi mereka jadi benar, mereka lakukan apa sahaja sehingga memperolehinya. Saya berfikir. Sejauh mana saya memenuhi mimpi saya dan berusaha membantu memenuhi mimpi orang lain sama ada melalui kerj