Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Sesen wang saya tidak berbaki kerana dia

Sementara menunggu sesi woksyop pemasaran Facebook, saya singgah sebentar ke MPH di Mid Valley. Terdorong mencari buku Positioning tulisan Jack Trout sebagaimana dicadangkan oleh Tuan Hilmi Isa, penulis buku Rahsia Kalimah Berkuasa terbitan Truewealth. Buku yang dicari ditemui, membelek bahagian dedikasi dan membacanya; Dedicated to the second best advertising agency in the whole world. Ayat dedikasi kepada yang kedua terbaik membuat saya tersenyum. Bukan kedudukan pertama sahaja yang perlu dirai, di mana sahaja kedudukan yang didudukinya, ia selaras dengan prinsip kamu dapat apa yang kamu usahakan. Buku setebal 210 halaman dengan perbincangan mendalam mengenai positioning dalam 25 bab keseluruhan dibawa ke sana sini. Kemudian kedengaran suara sedang bercakap kepada sekumpulan pengunjung MPH.  Ceramah disampaikan oleh seorang penulis sedang berlangsung. Penulis itu bernama Andrew Chia. Beliau menulis buku berjudul Money Secrets. Kini buku itu sudah empat siri diterbitkan.

Demam anak, ayah tahu sendiri

Diari Ramadan. Lelaki itu menarik kerusi di hadapan kami dan kemudian duduk. Dia menghembuskan nafas seolah-olah melepaskan kepenatan. Satu jam tiga puluh minit berbaki sebelum azam Maghrib, sebelum kami berbuka puasa. Lelaki itu kemudian mencondongkan tubuhnya ke hadapan dan bercerita. Mula-mula dia bercerita mengenai kerjanya pada bulan puasa. Kemudian bercerita mengenai kerjanya esok. Tidak lama bercerita mengenai keluarga. Dia menggosok-gosok keningnya, kemudian mengurut kecil pada bahagian dahi dengan dua jari, lalu bercerita, "Apabila saya fikirkan, kita tidak mampu melebihi apa yang ayah kita lakukan. Meskipun kita sudah bergelar ayah." Saya mendiamkan diri. Dia menyambung cerita, "Saya masih ingat lagi bagaimana ayah menjaga adik kami. Perkara yang membimbangkan dirinya apabila anak jatuh sakit. Jika demam sebelum usia tujuh tahun dapat memberi kesan kepada sarafnya dan boleh mengakibatkan kecacatan." Saya mendiamkan diri. Dia memandang dengan

Sepuluh atau penuh? Ramadan si air kosong

Baru pulang dari restoran Cina Muslim. Dipesan air asam kedondong. Dibawa pulang, apabila dilihat bungkusan, diberinya air kosong. Senyum sahajalah. Kedondong 'kosong'. Mungkin bunyinya hampir sama antara kedondong dan kosong sehinggakan itulah yang diberikan mereka. Seingat-ingat saya perkara yang bersama berlaku dahulu, tetapi yang paling diingati ketika bekerja di stesyen minyak di jalan Munsyi Abdullah pada tahun 1999. Panggilan popular kepada kami ialah pump attendant atau 'budak pam'. Tugas kami adalah mengisi minyak mengikut jumlah yang diperlukan oleh pelanggan, membersihkan cermin hadapan kenderaan dan melihat sama ada air bateri dan minyak hitam kenderaan mencukupi. Selain itu perlu memujuk pelanggan membeli air bateri yang diletakkan dalam rak pamer di hadapan. Dengan harapan mendapat komisen lima puluh sen bagi setiap jualan. Teksi adalah ganti nama kepada kereta sewa yang beroperasi di sekitar Melaka. Mereka adalah antara pelanggan tetap kami. Mereka