Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Tip Penulis Bebas | 'Obama Bachan' dan 1000 patah perkataan

Tip Penulis Bebas | Mengekalkan momentum adalah ciri penulis bebas. Sebagaimana dilakukan oleh Amitabh Bachchan. Beliau menulis 1000 patah perkataan sehari di dalam blognya. Paling penting! Beliau meraikan kejayaan menulis blog untuk tahun ketiga. Ya, raikan kejayaan kita membuka blog dan menulis di blog. Klik dan baca artikel di sini Tip Penulis Bebas | Meskipun penulis mempunyai kuasa maklumat yang dipercayai pembaca. Penulisan yang homofili (serupa) mengikut gaya bahasa pembaca menjadikan penulisan lebih berpengaruh. Homofili dapat dilihat daripada perbuatan Obama menanggalkan kot yang dipakai apabila dia tahu pengasas Facebook itu tidak suka memakai kot. Klik dan baca artikel di sini ----  Catatan hidup bermula Diari program saya akan datang. Berminat menyertai program di bawah? Klik program pilihan. Kursus Minda Kreatif, menjana idea gila-gila bagi organisasi dan bisnes.  Klik di sini. Kursus Penulisan Ekspress untuk Penulis Bebas Akhbar dan Majalah.  Klik di sini

Diari Penulis | Dulu dia pembaca kini penulis

Melihat senarai kaver buku di bawah siri Dari Pembaca Menjadi Penulis membuat saya berkata wao! apabila melihat   idea tim PTS Professional. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Ini sudah dianggap set lengkap kepada mereka yang mahu menjadi penulis sambilan atau sepenuh masa. Tujuan menulis, kembali kepada diri. Ia ada berbagai-bagai sebab yang mendorong kita ke hadapan dan mengekalkan kita pada momentum. Apa yang penting, kita bermula. Bayangkan dua keadaan ini. Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini tidak ada tindakan sama sekali. Selepas 20 tahun saya berkata kepada diri, "Kalau 20 tahun lalu saya menulis, agaknya tersiarkah?" Soalan yang tidak akan dapat dijawab sampai bila-bila. Atau pun Saya berkata, "Saya mahu menulis," kemudian ayat ini disusuli dengan tindakan. Mencipta kejayaan kecil dengan mula menulis di blog, surat pembaca akhbar, rencana majalah secara konsisten. Ditolak ter

Diari Trainer | Humble makes you hungry

"Never assume I have all the answer. It wouldn't spark the creativity. Check, test, see and  experiment it," kata Tuan Sajith Sivanandan. --- Ya, saya menulis buku mengenai Google. Saya ada kesukaran melihat di mana fungsi sesuatu aplikasi apabila digunakan bagi tujuan bisnes. Maka buku aplikasi internet tidak saya sentuh dalam keadaan teruja. Sehingga saya menyenaraikan soalan-soalan peniaga kecil mengenai penggunaan di internet, barulah saya dapat melihat dengan jelas bagaimana sesuatu berfungsi. Bukan sekadar berfungsi, tetapi berfungsi secara cepat, mudah dan praktikal. Apabila menulis buku Urus Bisnes dengan Google, ia menggunakan gaya fikir seorang peniaga yang mencari cara bagaimana Google dapat meningkatkan potensi bisnes, mengurus maklumat dan menyusun cara kerjanya. Alhamdulillah, para pembaca memberi respons yang baik apabila buku ini diterbitkan. Dilihat sebagai buku perniagaan internet yang paling mudah diikuti. Dengan izin Allah, pada Pesta Buku Ant

Diari Trainer | Apabila trainer dikursuskan peserta sendiri

Kata-kata ini menjadikan berulang kali saya sebut kepada tim yang bersama-sama mengendalikan kursus ini, "Realitinya kita tidak mengendalikan kursus, tetapi kita yang dikursuskan. Hati kita sedang dilatih oleh mereka." Selepas pembentangan kertas kerja, bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Keesokan harinya bermula Kursus Professionalisme Orang Kelainan Upaya (OKU) . Ia dikendalikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Seramai 60 orang peserta OKU penglihatan dari jabatan swasta dan kerajaan menyertai. Bagi mereka yang baru mengetahui mengenai PERTIS, berikut merupakan sedikit catatan. Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan sukarela berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran PERTIS : 2388). Ia berperanan memberi perkhidmatan bagi faedah masyarakat cacat penglihatan beragama Islam di Malaysia. Bermatlamat memperbaiki taraf kebajikan, pendidikan, so

Diari Trainer | Apabila internet di hadapan para imam dan ustaz

Ketika dihubungi melalui telefon kali pertama, lelaki itu berkata, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri?" Jawab saya, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz." Dalam kepala saya berkemungkinan beliau mahu bercakap dengan Ustaz Zamri Zainal Abidin atau pun Ustaz Zamri Mantop. "Oh, maafkan saya ya," kata pemanggil itu. Kemudian saya dihubungi sekali lagi, "Boleh saya bercakap dengan Ustaz Zamri Mohamad?" Sekali lagi saya berkata, "Mohon maaf Tuan, saya bukan seorang ustaz." Katanya membalas, "Adakah ini nombor.... diberikan oleh pegawai kami ...." Oh! Itu adalah saya, benarlah dia menghubungi orang yang tepat. Kebiasaan beliau bertugas dengan para agamawan menjadikan perkataan ustaz itu sebagai satu skrip kepada semua. "Nama Tuan dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja pada 14 April ini bagi seminar Pemantapan Dakwah peringkat negeri Melaka di auditorium al Azim, Masjid Al Azim. Tuan berkelapangan pada hari

Diari Pembaca | Terima kasih kepada pembaca Johor dan Sabah

Inilah trainer Bengkel Kursus Usahawan Borong China, bisnesborongchina.com sesi kedua, peserta dari Sabah dan Johor datang. Sesi pagi dan petang berlangsung di sini. Dikendalikan oleh peniaga dan pengamalnya. Trainer pun persis peniaga cina, makan dalam pejabat dan terus sediakan sesi petang. Hadiah untuk surinya  sempena hari jadi adalah, "Pilihlah kursus yang dapat meningkatkan diri." Kemudian isterinya memilih kursus ini Petang menghampiri jam 7.00, para pembaca Urus Bisnes dengan Google. Puan ini tinggal dekat sahaja di Ukay Perdana. Dalam berbadan dua pun masih mahu menaiki pejabat dua tingkat ini mengikuti kursus. Semoga Allah permudahkan usahanya. Buku Urus Bisnes dengan Google terbitan PTS di bawah PTS Pro pimpinan Tuan Aizat Razak dan timnya. Kedua-dua pembaca ini datang dari Johor dan Sabah, semata-mata mahu menghadiri bengkel separuh hari bisnesborongchina.com dikendalikan oleh Tuan Muhammad Nizar Jamaludin . Esok beliau akan terbang semula. Sem

Diari Pembaca | Terima kasih pada hari Ahad

Di pejabat ketika ini, rakan trainer saya Tuan Muhammad Nizar Jamaludin sedang mengendalikan bengkel bisnesborongchina.com yang mendapat sambutkan full house pada minggu-minggu diadakan di Dewan Ainon Mohd. Kemudian, Allah izinkan saya bertemu dengan para pembaca Urus Bisnes dengan Google (foto buku) di sini. Semoga Allah permudahkan dengan dilimpahi rezeki halal dan berkat. Amin ---- Klik imej di atas bagi paparan lebih jelas Julian Presaud berkata, 500,000 daripada 600,000 SME tempatan tidak ada apa disebut sebagai 'kewujudan di internet'. Kerana itu Google akan menggempur habis-habisan SME Malaysia dengan kerjasama Matrade. Bagaimana pula perusahaan kecil sederhana selepas ini? Buku Urus Bisnes dengan Google , sebuah buku yang berfikir seperti peniaga kecil di Malaysia. Di negara-negara maju, senario menunjukkan, penjimatan besar-besaran diraih dengan gembira oleh usahawan bisnes kecil, kerana mereka berpeluang sama-sama bersaing promosi dengan syarikat gerga

Diari Trainer | Lima tahun dan muncul di televisyen

Saya tidak ada satu sangkaan pun bahawa buku yang sudah 'lima tahun' di pasaran akan muncul di televisyen nasional dan diperbincangkan selama 15 minit.  Satu tempoh 'emas' bagi sesiapa sahaja menyampaikan mesej. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki terbitan PTS Millenia sudah menjangkau usia 1825 hari. Semoga Tuan dan Cik Puan mudah menemuinya di kedai-kedai buku atau di Book Cafe PTS. Ia adalah judul yang diberikan oleh Puan Ainon Mohd di bawah tajuk Melembutkan Hati Lelaki yang mengandungi 77 bab. Sepanjang proses ini saya mengumpulkan tip-tip daripada responden yang menjangkau usia perkahwinan yang panjang.  Malah ada yang sudah pun meninggal dunia tetapi masih dikenang pasangan.  Keindahan dan kecantikan usaha mereka bersama-sama pandangan kajian dipermudah dan disusun dalam buku ini. Semoga saya dan semua mendapat manfaat daripada buku ini.

Diari Trainer | Ideator kursus kreativiti ke seluruh negara

Bengkel Ideator, Berfikir Gaya Muslim Kreatif akhirnya disempurnakan dengan izin Allah.  Bengkel disertai orang awam dan kumpulan penggerak NGO. Mudah-mudahan ia dapat dipraktikkan dan diberikan kefahaman. Kreativiti tidak memerlukan pengamalnya menjadi genius.  Sebaliknya dengan menggunakan alat berfikir yang bersesuaian dengan situasi, pengamal dapat mengeluarkan idea-idea yang dapat mengatasi situasi yang dihadapi. Apa pentingnya kreativiti kepada saya? Dari aspek bisnes , kreativiti membantu dalam aspek produk, harga, promosi dan pencarian pelanggan. Dari aspek keluarga , kreativiti memberi kelebihan dalam menentukan keputusan-keputusan penting melibatkan semua. Dari aspek sosial , penggerak pertubuhan dan wakil organisasi, kreativiti dapat memperkenalkan sesuatu yang baru dalam mengendalikan rutin yang sama kepada khalayak. Kreativiti menghidupkan mentol idea baru bagi mengatasi situasi, mencipta jalan keluar dan menghidupkan pendekatan yang dahulunya gagal. Saya akan

Diari Trainer | Mesej kepada para professor, "Jika mahu menulis."

Berkampung di Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) Selepas presentasi Editor Perolehan Tuan Yusry dari PTS Pro dan Prof Emeritus Abdullah Hassan, saya menyampaikan mesej kepada para professor univerisiti ini berkenaan tiga perkara Bagaimana buku non fiksyen difiksyenkan, Kaedah menjadikan pelajar sebagai penulis bersama sebagaimana dilakukan oleh mentee, Tuan Aizuddinur Zakaria melalui buku Jejak Bisnes Rasul (bersama pensyarahnya). Kaedah kerja 2.0 melalui kerjasama secara online. Meskipun tidak pernah bertemu pun. Insya Allah pada Mei ini saya akan membuka satu lagi kelas penulisan berita dan rencana . Tetapi kali ini saya hanya terhadkan kepada empat orang sahaja. Hanya dua tempat kosong sahaja . Informasi klik di sini . Sejak tiga tahun diperkenalkan atas permintaan ramai, bengkel ini telah melahirkan barisan penulis bebas akhbar dan majalah. Meskipun ada sebahagian daripada mereka tidak pernah menulis untuk media sebelum ini. Bengkel ini diadakan hanya apabi