Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Komen Pembaca "Urus Bisnes dengan Google Menambah Pelanggan!"

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini 8 Jun 2010 Urus Bisnes dengan Google Setiap hujung minggu, tempat yang wajib saya dan isteri kunjungi ialah kedai buku. Dan kedai buku yang paling kerap dikunjungi ialah di MPH Apha Angle. Bukan setakat kunjungi kedai buku je kat situ, tapi makan-makan sambil relax melepaskan penat-lelah kerja sepanjang minggu. Kat Alpha Angle ni, walaupun sibuk, tetapi rasa tenang je. Pelik juga ye.. Di situ, saya perhatikan begitu banyak buku-buku PTS dipamerkan dan ianya menjadi bahan-bahan bacaaan yang sering dikurumuni oleh orang ramai. Satu perkembangan yang amat positif kerana 3-4 tahun lepas, yang ada, majoriti buku bermutu adalah hanya buku-buku dalam Bahasa Inggeris. Kini, buku-buku dalam Bahasa Melayu pun tidak kurang hebat kualitinya. Dan yang paling menonjol adalah buku-buku keluaran PTS. Tahniah Puan Ainon! Berbalik mengenai buku yang nak saya review, judulnya, Urus Bisnes Dengan Google, di tulis oleh saudara Zamri Moham

Komen Pembaca "Urus Bisnes dengan Google Berbaloi!"

Petikan entri asal pembaca Urus Bisnes dengan Google, klik di sini 19 Jun 2010 Urus Bisnes dengan google Hari ini aku pergi merayap keliling bandar. Sudah menjadi minatku tempat yang aku paling suka adalah kedai buku. Salah satu yang sering ku kunjungi adalah sudut komputer. Pengetahuan aku mengenai bidang komputer tidaklah begitu luas, jadi aku tercari-cari buku komputer yang boleh menambah pengetahuanku. Aku terjumpa satu buku bertajuk Urus Bisnes dengan Google tulisan En. Zamri Mohamad yang diterbitkan oleh PTS Professional Publilishing Sdn. Bhd. Walau pun aku selalu menggunakan google tapi pengetahuanku terhadap google tidaklah begitu luas. Aku terpegun rupa-rupanya google boleh digunakan untuk berbagai-bagai fungsi. Terima kasih En. Zamri kerana memberi maklumat yang berguna kepadaku. Aku membeli senaskah dan dengan penuh minat aku membacanya. Memang berbaloi membeli buku ini kerana memberi maklumat kepadaku yang sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet. Kepada siapa

Wahai pembaca buku Melayu, sudikah kita mencipta perubahan ini?

Sedang menghantar emel kepada MPH Alahai! Mutiara Minda. Selesai membaca majalah Mutiara Minda yang diterbitkan MPH. Majoriti adalah mereka yang menyokong dan menyertai Baca@LRT. Syukur, inilah sumbangan rakan-rakan kita di Baca@LRT dalam usaha memandaikan bangsa. Majalah Mutiara Minda kini di rangkaian kedai buku MPH. Sumbangan karya oleh para penyokong Baca@LRT juga dipaparkan dalam edisi kali ini. Paparan karya Tuan Ahmad Fedtri Yahya di majalah Mutiara Minda. Terbitan rangkaian kedai buku MPH. Mudah didapati di rangkaian kedai buku MPH. Tanyakan sahaja di kaunter pembayaran. Insya Allah ada. Selepas ini, dengan izin Allah, dari rencana menjadi buku Antara ulasan buku yang ditulis oleh penyokong Baca@... yang turut serta dalam Baca@LRT, aktiviti membaca secara spontan di LRT. Muncul dalam majalah Mutiara Minda terbitan MPH. Tahniah kepada anda yang menyokong Baca@LRT Sekiranya kita tanya apa yang diusahakan bagi memberi tujahan kepada industri buku bahasa kebangsaan. Apakah sumbang

Cerita peserta bengkel Blog Shop. Pecutan pertama

Apabila peserta menunjukkan momentum yang tinggi, saya pun terkesan sama. Bengkel sepatutnya tamat jam satu, tamat hampir jam empat petang! Enam orang peserta terdiri daripada peniaga kecil dari Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Buku akan diterbitkan tidak lama lagi. Saya bertanyakan kepada peserta datang dari Johor. Jawab mereka, "Kami bertolak awal pagi. Suami yang memandu membawa kami dan anak-anak ke sini." Selepas bengkel mereka bertolak pulang semula ke Johor. Mudah-mudahan dengan usaha mereka, berkati perjalanan jauh mereka ini. Kurnia dan limpahkan rezeki yang halal kepada keluarga ini melalui apa yang diusahakan pada hari ini. Salah seorang peserta dalam kumpulan hari ini adalah jiran bisnes saya. Iaitu perniagaan beliau terletak di hujung blok bangunan kedai di hadapan kami. Beliau mendapat maklumat daripada internet mengenai bengkel blog shop. Hari ini kami berjumpa buat pertama kali. Beliau adalah usahanita yang membeli bangunan empat tingkat di sini yang dijadika

Bagaimana mahu mentafsir, tulisan orang yang keras jiwa seni bahasanya?

Bagaimana mahu mentafsir, tulisan orang yang keras jiwa seni bahasanya? Hari itu bilang, hari itu silang, hari itu hilang. Mana satu hari itu? Hari yang merangkak apabila ditinggalkan. --- Hari damai panggil agar dekat pada kalbu. Pesona jadi sulaman, lestari syurga setia menunggu. Siapa yang jejak sudah hampir. Rindu itu memuncak. ---- Hujan pagi mendamaikan resah, meminggirkan sunyi subuh. Dengan titisan yang berbicara sesama mereka. Wahai Tuhan, biarkan suara itu bergema bercerita. Kisah manis yang kemudian jadi warna hayatku. ---- Senja di Ancol Bicara kenang-kenangan Buat dahulu disapa teman Untuk hari ini berdampingan saudara akrab Mentari bicara rasa Awan melakar kata-kata. ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui

He is not just that into you

Buku He is not just that into you bukanlah novel, tetapi buku pembangunan diri hasil tulisan Greg Behrendt dan Liz Tuccillo. Kemudian buku terbitan tahun 2004 diterbitkan jadi filem pada tahun 2009. Lima tahun selepas itu. Melihat buku ini di MPH tadi mengingatkan saya nasihat Cik Puan Nurismaliza Ismail, editor di PTS Pro agar menjadikan buku-buku kecil saya itu ditulis menjadi novel. ---- Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini? Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Kita adalah aset daripada Allah. Di mana pelaburan kita?

Sebelum program Puan Wardina Saffiyah, seorang penulis Al Juan Rusli memperkenalkan buku beliau terbitan Truewealth, Learn While Your Earn. Beliau menulis buku setebal 60 halaman ini berkongsi teknik bagaimana beliau belajar secara separuh masa selama lapan tahun bermula dari diploma, ijazah dan sarjana dalam tiga bidang berbeza. Tuan Al Juan Rusli berkata, "Sistem mengurus matlamat adalah berangan-angan, diikuti dengan mencipta matlamat jelas dan fokus bekerja ke arah itu." Selain itu, seni belajar secara separuh masa ada lima perkara, iaitu; 1. Konsistensi 2. Pengorbanan masa sosial 3. Kesabaran 4. Motivasi dari dalam 5. Fleksible. Beliau juga menasihati, ramai yang mahu sambung belajar tetapi kekal dengan alasan ini, 1. Tiada masa 2. Tiada wang 3. Tidak mahu komitmen Kata-katanya, "Belajar itu adalah gaya hidup bukan aktiviti!" Bagi mengekalkan tumpuan membaca agar mudah apabila sambung belajar kelak, Tuan Al Juan Rusli berkata, "Baca buku non fiksyen 15 mi

Enam perkara kami belajar daripada Puan Wardina Safiyyah

Assalamualaikum wbt Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dirahmati Allah, Saya doakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kebaikan mendadak dalam apa jua urusan yang dilakukan. Tuan dan Cik Puan yang sentiasa meletakkan semangat perubahan melalui Baca@LRT , Seperti biasa, gerakan membaca di tempat awam Baca@LRT turut membaca semasa menunggu pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter. Kami dalam perjalanan ke majlis buku Mama Saya Lapar dan Siapa Alien, tulisan seorang selebriti yang juga pembaca. Tiba di majlis buku yang juga hos Malaysia Hari Ini TV3, Puan Wardina Safiyyah, kami mendapat nilai tambah apabila hadir ke program ini. Enam perkara kami di Baca@LRT belajar daripada Puan Wardina Safiyyah. Pertama Selepas rakan-rakan penyokong Baca@LRT mendengar bicara buku Puan WarDina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley, barulah kami faham seni membaca buku cerita kepada kanak-kanak di rumah dan amalan pemakanan kanak-kanak serta kesan kartun te

Coaching perniagaan internet untuk peniaga kecil

Adakah bengkel ceramah atau bengkel latihan membantu kita? Pertama, apa jua jenis bisnes yang kita ingin usahakan, formulanya adalah, "Mulakan dengan apa di tangan." Ada satu cerita dari laman web kursusperniagaan.com , Dia menguruskan dari kafe kegemaran sambil menikmati teh tarik dan roti kegemaran. Dia telah melakukan meskipun tidak ada pengetahuan internet pada tahap pakar, melainkan sebelum ini hanya tahu emel dan enjin carian sahaja Perkara paling penting, dia hanyalah peniaga biasa sahaja. Sebelum ini dia tidak percaya, produk dan perkhidmatan dapat dijual di internet. Formula Mulakan dengan apa di tangan dibongkarkan. Kemudian rahsia peniaga kecil blog shop dedah cara bagaimana. Mari kita bertanya soalan ini. Percayakah, kita tidak perlu menjadi pakar internet untuk memulakan bisnes di internet? Mahukah kita tahu cara menjalankan perniagaan kecil di internet menjual produk sendiri atau produk orang lain pada kos rendah? Meskipun kita tidak ada pengetahuan membuat blog

Perniagaan Internet dengan blog shop pilihan peniaga

Syukur kepada Allah kerana dibukakan hati kita terhadap ilmu baru. Mudah-mudahan dapat kita manfaatkan ilmu yang diberikan oleh Allah sebagai usaha meningkatkan cara hidup kita. Bercerita mengenai ilmu, saya terdorong berkongsi kepada pembaca mengenai salah satu bengkel yang dikendalikan pada bulan ini. Ilmu menjual melalui blog kelihatan sudah mendapat momentum yang tinggi baik dari segi penerimaan dan kesedaran. Sebelum buku mengenai bisnes melalui blog atau blog shop ditulis, saya telah mengendalikan bengkel blog shop, dengan tema mulakan apa di tangan. Iaitu menjalankan bisnes bukan dengan meminjam tetapi gunakan apa yang ada terlebih dahulu bermodalkan blog. Dengan izin Tuhan, bengkel ini benar-benar mendapat impak baik dari segi penyertaan dan permintaan, termasuklah jemputan institusi. Ini menunjukkan trend yang positif. Saya mengendalikan bengkel perniagaan internet menggunakan blog shop kerana masih ada mereka yang tidak dapat menguasai skil membina web bagi menjual produk. In

Google pecah kebuntuan penulis cari idea penulisan

Saya memetik kata-kata Tuan Irfan, ia diambil dari sebuah buku, "Apabila kita berkata kita sudah tahu, terus dinding kebodohan akan dibina." Para peserta bersetuju dan kulit buku Baka No Kabe tulisan Takesyi Yoro ditunjukkan kepada peserta. Ia juga menjadi resipi kepada penulis. Kemudian sesi pada malam itu mengenai Google saya dedahkan. Dunia Google untuk penulis bebas terus didedahkan. Satu persatu kaedah disampaikan. Pertengahan tahun 2010 ini menunjukkan betapa penting kita sebagai penulis menguasai seni pencarian maklumat menggunakan Google. Ia bukan lagi dengan cara masukkan kata kunci dan tekan butang search. Kemudian dilambakkan dengan beribu-ribu maklumat yang tidak relevan. Sesuai dengan terbitnya buku Urus Bisnes dengan Google, dengan izin Allah saya telah menggunakan semula kaedah ini dalam dunia penulisan. Bagaimana kita mencari maklumat yang relevan sahaja bagi tujuan penulisan. Seni mencari maklumat ini merangkumi lebih daripada satu aplikasi yang ditawarkan Go

Komitmen tentukan kejayaan penulis dan penulisan

Dalam usaha memastikan alumni Akademi Penulis terus menerus berkarya dan menghasilkan karya komersial mereka yang pertama, klinik penulisan dianjurkan oleh pihak Akademi di Wangsa Melawati. Ini adalah satu komitmen besar kepada alumni yang bersedia selangkah lagi dan secara serius benar-benar mahu menerbitkan karya mereka. Dengan itu, kita akan berpeluang membaca lebih banyak buku-buku yang dapat memandaikan bangsa. Melalui pakej komersial, ia dapat disebarkan kepada khayalak. Bagi memenuhi fungsi klinik penulisan yang merupakan lanjutan kepada bengkel utama di Hotel Vistana anjuran Akademi Penulis sebelum ini, alumni mesti menyediakan pelan operasi karya mereka. Di dalam pelan operasi mengandungi informasi lengkap cadangan karya mereka. Pelan operasi ini akan menjadi bahan perbincangan dalam sesi klinik penulisan. Dengan izin Allah, selaku jurulatih kanan di Akademi Penulis, juga dengan izin Tuan Fauzul Na'm yang mengendalikan sebahagian besar klinik penulis ini, saya berkesempat

Kreativiti melanggar hukum penulisan

Assalamualaikum wbt Selesai tiga hari berkampung di Ancasa Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan membawa kepada perkenalan dengan para peserta seramai 23 orang. Mereka yang datang menggunakan bas jabatan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) bertolak selepas waktu bekerja. Itu pasti perjalanan yang memenatkan. Tetapi mereka tetap segar dan bertenaga kerana Malam pertama, para peserta didedahkan dengan kreativiti dalam dunia penerbitan. Secara umum, kreativiti dunia penerbitan berdasarkan formula idea oleh Fredrick Harsen dipecahkan kepada tiga iaitu; Kreativiti penulisan Kreativiti persembahan buku Kreativiti jualan buku Akhir sekali kreativiti pencarian maklumat oleh penulis. Satu lagi formula tambahan dalam dunia kreativiti. Saya menekankan pentingnya kreativiti dalam pengkaryaan kerana beberapa sebab. Kreativiti menjadikan penulis belajar mengikuti peraturan dalam pengkaryaan. Kemudian kreativti mendorong penulis melanggar peraturan itu dengan menjadikan ia fleksible berdasa