Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Tip Penulisan Diari | Dorong, rangsang dan rahsia

Menulis diari adalah satu praktis yang dilakukan majoriti pemimpin dunia. Kajian mendapati individu yang menulis diari 12 peratus lebih bahagia. Diari penulis mengandungi perkara-perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya. Juga intipati pertemuan dengan orang lain di sekitar. Ia dapat dijadikan bahan penulisan rencana atau buku. Jangan direkod, jangan ditulis catatan malang, negatif dan aib diri. Ia memberi kesan kepada imej diri pada masa akan datang. Malah, agama kita melarang perkara aib didedahkan. Cukup dengan azam dan bersungguh-sungguh berubah. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Tip Penulisan di Aidifitri | Pasang telinga catat semuanya

Hari Raya ini adalah hari terbaik untuk mendapatkan cerita pengalaman dan tip-tip daripada saudara mara sama ada berbentuk cerita keluarga, bisnes, kerja dan apa sahaja. Buka telinga dan catat secara kasar. Simpan dan tulis semula dalam buku atau rencana sebagai penambah rasa topik yang dibincangkan. Kaedah ini saya gunakan ketika menulis buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan 12 buku yang lain. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Enam tahun barulah buku-buku ini direalisasikan

Kertas kuning contengan mengandungi idea bisnes internet pada tahun 2003. Ketika itu saya hanya tahu gunakan Geocities sahaja! Masih lagi memikirkan offline dibawa ke online. Ditulis dalam Bahasa Inggeris, tidak tahulah kenapa begitu. ---- Lebih banyak membuka kotak dan fail buruk di rumah, lebih banyak bahan saya jumpa. Apa yang berlaku tahun 2009 seolah-olah sudah dirancang bermula tahun 2001 sehingga 2004 lalu. Banyak yang saya lupa! Rupa-rupanya terbitnya buku Internet Marketing pada tahun 2009 ( Buat Duit dengan YouTube , Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat duit dengan Google terbitan PTS Professional adalah angan-angan pada tahun 2003! ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Sembilan cerita di Aidilfitri

Tanya anak buah saya berumur 10 tahun kepada ayahnya, "Ayah kenapa ramai orang di kubur. Wajib pergikah setiap pagi raya?" Jawab ayah, "Kita ke kubur sebagai kasih sayang kita pada mereka. Pada hari ini seksa kubur sudah kembali. Doa ahli keluarga dapat mengurangkan beban itu. Keduanya, tanda kasih kepada diri kita, ingatan kita juga akan bersama mereka." Lampu merah bertukar hijau, kenderaan yang berhenti lama di simpang bergerak kembali. "Tapi kita mesti datang sebagai tetamu yang beradab. Iaitu dengan menutup aurat dan menjaga pergaulan," sambung si ayah. ------ Cerita dua Apabila berada di rumah itu. Saya melihat episod cerita lama. Dahulu penghuni rumah ini adalah guru kepada ibu saya, ketika mana mereka menggunakan papan batu dan kapur sebagai pen dan buku nota pelajar. Hari ini saya adalah anak kepada ibu itu melihat wajah guru yang pernah mengajar ibunya 50 tahun lampau. Guru ini jugalah yang menandatangani borang ketika kemasukkan saya ke universi

Tip Memulakan Perniagaan Cara Mamak

Rancangan Memulakan Perniagaan mendedahkan bagaimana peluang perniagaan berkembang dalam perniagaan India Muslim di Malaysia. Rakaman tiga siri video di bawah dipetik daripada buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional. Dapatkan naskhah terhad secara online di sini http://tinyurl.com/bisnesmamak Lontarkan komen saudara di blog ini Nota: Subscriber melalui emel mungkin tidak dapat menonton melalui emel. Klik di sini ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Puan Ainon | Penulis dan Bisnes Fiksyen

Petikan Bimbingan Panduan Menulis Cerita yang Sedap dibaca oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd pada 23 Ogos 2009 di Sekolah al Ikhlas, Taman Permata, Hulu Klang, Kuala Lumpur. Lontarkan komen saudara di blog ini ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dapatkah kita ubah orang lain menerima kita?

Tip Penulisan Seorang penulis tidak ada upaya mengubah orang lain tetapi berusaha merangsang perubahan dengan memberi buah fikiran. Mudah-mudahan dengan asbab usaha kita, Allah memperkenankan hasil itu menjadi hasil yang positif kepada diri dan orang lain. ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Siapa yang kaya dan siapa yang bergaya

Peribahasa untuk hari ini | Pelanggan bergaya, peniaga beraya. Maksudnya.... Klik untuk paparan imej lebih jelas Lontarkan komen saudara di blog ini ----------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Apa yang kita lakukan akan kembali semula

Sebahagian daripada apa yang kita lakukan akan kembali semula hari dalam bentuk hasil. Soalnya apakah yang kita lakukan dahulu merupakan usaha yang membawa hasil yang kita inginkan hari ini baik dalam soal berkarya mahupun dalam soal bisnes sekali pun. Apa yang kita buat hari ini juga akan menjadi sesuatu yang bernama hasil apabila tiba tempoh matangnya kelak. Bila, itulah tempoh yang sering menjadi tanda tanya. Saya temui catatan lama sekitar lima tahun lalu dan melihat apakah hasilnya selepas lima tahun itu berlalu. Ketika mengemas bilik di rumah kampung, terjumpa diari lama berwarna hitam. Rupa-rupanya buku pertama yang berjudul Memahami Bahasa Cinta Lelaki (judul yang diberi oleh mentor, Puan Ainon) yang ditulis pertengahan 2006 telah ditulis sejak Disember 2004 berjudul Fenomena Cinta. Sudah dua tahun ke hadapan sebelum ditulis semula dengan judul baru dan diterbitkan oleh PTS Millenia. ----- Masih lagi catatan dari diari hitam 2004. 10 Disember 2004, saya bertemu dengan saudara Z

Si dia yang sama, si dia yang berbeza

Gambar yang dirakam memberi perspektif yang berbeza apabila subjek diposisikan pada kedudukan tertentu. Begitu juga dua rencana yang menyentuh topik sama memberi dua maksud yang berbeza apabila kedua-dua penulis melontarkan pandangan dari dua sudut berbeza. Hal yang sama turut berlaku dalam dunia bisnes. Dua peniaga yang menjual produk yang sama, berniaga bersebelahan, tetapi seorang pelanggan akan melihat dua perniagaan yang sama ini menggunakan sudut pandang yang berbeza. Oh, si dia juga dilihat dari dua sudut berbeza oleh dua lelaki yang mahu menakluk hatinya . ------ Petikan KOSMO LONDON - Sebuah akhbar Britain menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan dengan menggunakan perspektif berlainan sekali gus membuktikan bahawa kamera boleh menyebabkan manusia terpedaya, lapor sebuah akhbar semalam. Perbezaan jarak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan imej yang menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain dengan belon udara yang terapung di atas rumahnya. Seorang kanak-kanak sedang

Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih

Petikan KOSMO LONDON - Seorang pesara guru, Valerie Hemsley-Flint berbelanja sehingga £500 (RM2,914) untuk membeli lebih 1,000 mentol lampu pijar untuk digunakan ketika dia membaca buku bagi tempoh 30 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan Hemsley-Flint, 62, menyimpan mentol 100 watt itu berikutan langkah Kesatuan Eropah (EU) yang mewajibkan penggunaan mentol jimat tenaga mulai 1 September lalu. Pada tarikh sama, negara-negara EU diharamkan mengimport dan melarang penjualan mentol pijar. Menurut Hemsley-Flint, mentol jimat tenaga itu tidak sesuai untuknya kerana ia mencetuskan penyakit sawan yang dialaminya. "Saya membuat perkiraan jika saya hidup sehingga 90 tahun seperti ibu saudara saya, saya memerlukan bekalan mentol untuk 30 tahun. "Kini saya menyimpan 1,100 biji mentol dalam stor rumah saya," katanya. Penduduk di Eropah digesa untuk menggunakan lampu jimat tenaga yang hanya memerlukan 23 watt tenaga elektrik tetapi mengeluarkan cahaya bersamaan 100 watt mento

Cerita seorang pelajar sekolah yang jahil mengurus program.

Satu cerita seorang pelajar sekolah yang jahil mengurus program. Pada tahun 1997, dalam keadaan jahil, saya menaip kertas cadangan program motivasi belajar menggunakan kertas A4 yang bergaris menjemput Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ke sekolah. Sepanjang Malacca High School beroperasi (1826-1997), inilah kali pertama beliau menganjurkan program di sini melibatkan pelajar tingkatan 5 ketika itu. Ia bermula daripada angan-angan sahaja. Selepas 12 tahun, saya berpeluang bertemu mentor jauh ini dalam program TAMRIN dua hari lalu. Sehelai kertas kajang berisi cadangan kemudian diluluskan oleh pengetua sekolah dan membuka tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru menaja separuh program ini menjadi satu cerita yang saya terkenang sehingga kini. Apa yang penting kita mencuba dan ada orang lain bersedia membawanya ke hadapan. Dalam hal ini, saya mesti ucapkan terima kasih kepada guru saya, Tuan Haji Rejab yang tidak malu membawa cita-cita saya pada kertas kajang itu. Meskipun ia melanggar cara form

Kursus Penulisan | Sembang maya melalui Facebook

Dalam beberapa keadaan saya bersembang maya melalui Facebook berkenaan strategi penulisan dan perniagaan online secara gerila. Mereka yang mengikuti Facebook saya dari masa ke semasa akan menerima tip penulisan yang saya kemaskini pada status. Sertai di facebook.com/zamrimohamad Hari ini saya berkongsi kepada para pembaca sembang maya bersama salah seorang pembaca di Facebook, Tuan Shukor Subahir. ----- Petikan blog beliau Sedikit informasi mengenai diri saya; nama penuh saya ialah Abd Shukor Bin Md Subahir..di internet saya dikenali sebagai Shukor. Saya sudah pun berumahtangga. Saya merupakan anak jati Johor, tetapi sekarang menetap di Kuala Lumpur. Saya merupakan seorang juruteknik di salah sebuah institusi perubatan negara. Di samping itu, saya menjalankan perniagaan internet secara separuh masa. Saya memang minat berniaga. Saya mempunyai impian untuk menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa. Pengalaman saya dalam bidang perniagaan bermula sejak dari bangku sekolah renda

Saya rasa seperti mahu mula menulis semula

Assalam alaikum wbt Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan dan diberi pertolongan Allah dalam perjuangan tanpa noktah ini. Tuan dan Puan yang saya hormati, Saya baru tiba ke rumah selepas program pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang menganjurkan majlis IFTAR Ramadhan 2009 (Berbuka Puasa) untuk penggiat industri latihan dan bina insan tanahair. Pencerahan minda dengan ilmu yang bermanfaat. Sekarang baru berkesempatan menyemak peti emel dan saya menerima emel di bawah. Saya berterima kasih kepada pihak PTS kerana memberi keizinan sehingga terbitnya buku T ip Menjadi Penulis Bestseller. Melalui respon pembaca ini, saya harapkan ia menjadi ibadah yang berpahala dan membantu lebih ramai lagi yang mahu mempelajari seni penulisan dan menjana pendapatan yang halal untuk diri mereka dan kepada ahli keluarga mereka. Di sini saya kongsikan emel pembaca tersebut yang saya baca pada jam 12.58

30 strategi menjadi individu berpengaruh

Buku terbaru Zamri Mohamad dan Haeqal Zulqarnain "Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis --- Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan. Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.” Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya. Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu