Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Apa yang adik kecilku baca nanti?

Apakah bacaan bulan Ramadan dan bacaan Syawal yang dapat kita hadiahkan kepada adik kecil, anak buah dan anak-anak kecil di rumah sepanjang bulan puasa dan menjelang Syawal ini. Pastinya sesuatu yang memberi nilai tambah yang mendidik dan menghiburkan sepanjang kedua-dua bulan ini. Bulan yang menjadi keseronokan kepada anak-anak kecil dan menjadi bulan-bulan yang ditunggu-tunggu menjelang usia dewasa mereka. Pengisian mengenai keindahan Ramadan dan Syawal yang menyeronokan. Koleksi cerita penuh kenangan mengenai keluarga dan harapan keceriaan dalam hati yang akan sentiasa subur. Semuanya menjadi pakej lengkap dalam satu hadiah istimewa buat mereka. PTS One memperkenalkan Remaja@ptsone 2009. Bakal berada di kedai-kedai buku seluruh negara menjelang Ramadan ini. Boleh jadi, ia dapat menjadi hadiah galakan buat anak-anak yang baru pertama kali berpuasa. ----- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran pernia

Seni menulis rencana yang berpengaruh (2)

Dalam bengkel penulisan rencana kendalian wartawan NSTP diberikan tip-tip berikut. General Features atau rencana umum terdiri daripada pelbagai kategori seperti isu, trend, cara hidup dan cerita-cerita yang menarik perhatian manusia. Sebagai contoh, rencana isu melibatkan peristiwa seperti serangan virus H1N1, jerebu dan kemalangan jalanraya. Ia adalah sesuatu yang menjadi paparan utama akhbar dan kerap menjadi berita hadapan yang dipanjangkan melalui siri berita dan rencana. Rencana trend melibatkan aktiviti yang menjadi ikutan ramai seperti kitar semula dan seumpamanya. ------ Adakah entri ini bermanfaat kepada saudara? Jika ya forward atau sebarkan pada rakan-rakan di emel. Dapatkan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas di sini -------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki bu

Seni menulis rencana yang berpengaruh (1)

Dalam bengkel penulisan rencana kendalian wartawan NSTP diberikan tip-tip berikut. Penulisan rencana adalah cara kita mengembangkan sebuah berita menjadi sebuah cerita yang lebih panjang yang mempunyai perkara baru. Penulis membuat analisa terhadap berita dari pelbagai sudut. Rencana mengandungi suara orang ramai dan pandangan peribadi. Rencana terdiri daripada pelbagai kategori iaitu rencana umum, ulasan, temubual dan cerita perjalanan. ------ Adakah entri ini bermanfaat kepada saudara? Jika ya forward atau sebarkan pada rakan-rakan di emel. Dapatkan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas di sini -------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Diari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 | 19 - 28 Mac 2010

Senarai buku sempena Diari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 daripada 19 hingga 28 Mac 2010 di gerai PTS Publication and Distributor. Semak senarai ini dari masa ke semasa. PBAKL 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC. Kategori Bisnes Rahsia Bisnes Mamak Kategori Buku Pengurusan dan Motivasi Kerja Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart Mengurus Konflik Gaya Streetsmart Kategori Buku Pengurusan Diri Kategori Buku Kerjaya Penulisan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas Tip Menjadi Penulis Bestseller Kategori Buku Pemasaran Internet Internet Marketing Internet Marketing untuk Bisnes Kecil Buat Duit dengan YouTube Kategori Buku Novel Remaja Geng Genius Misteri Luqman Kategori Perhubungan dan cinta Islam Kontemporari Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah Memahami Bahasa Cinta Lelaki 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki Magnet Cinta -------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil

Makan ramai-ramai atau makan seorang diri

Tuan Mohd Hamizal, Retail Executive MPH One Utama mengorbankan waktu selepas kerja jam 6 petang untuk melayan para penulis. Menemani kami berbuka dan mengimamkan kami dalam solat Maghrib berjemaah. Terima kasih kepada rakan Facebook dan tim PTS yang hadir dalam majlis sebentar tadi. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dalam program kemerdekaan anjuran PTS sejak 2007. Ia bermula dengan sesi fotografi dalam majalah Quil pada tahun 2007, bicara buku dalam dua minggu berturut-turut pada tahun 2008 dan hari ini, majlis berbuka puasa bersama pembaca dan penulis di Book Cafe, MPH One Utama. Melihat buku-buku dalam bahasa Melayu disusun dalam keadaan yang tidak difikirkan oleh penulis-penulis tempatan sebelum ini, menjadikan kami semakin bulat hati menghasilkan karya yang bermutu dan mempunyai satu tujuan yang jelas, meningkatkan dan memandaikan bangsa (dan diri) melalui ilmu yang berkualiti. Tugas para penulis adalah menulis. Itu adalah kerja sepanjang hayat. Saya ingin memetik sejarah per

Bukan hanya cinta di awangan yang indah

Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Milleni a pada Ogos 2009. ---- Petikan komen pembaca buku Aku lebih suka mengajak sahabat aku untuk membaca buku tentang hubungan yang berasaskan Islam. Kerana buku-buku seperti itu lebih membuatkan kita berfikir sebagai orang dewasa bukan hanya cinta di awangan yang indah sahaja. Contohnya buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah. Syukur, nasihat aku diterima pakai oleh kawan-kawan aku. "Betul cakap kau, bila kita baca buku macam ini, kita dapat berfikir dengan lebih baik, bukan lagi emosi yang menguasai diri,kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat semua itu betul, tapi sekarang baru aku tahu sikap aku sendiri macam mana." Tapi bukan sahaja lelaki perlu berhati-hati dalam memilih soal pasangan, perempuan juga perlu berhati-hati. Baca lagi komen pembaca di sini ------ Sehingga 23 Ogos 2009, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah sukar didapati di kedai buku rangkaian MPH . Jika ingin memiliki Bagaika

Baiti Jannati di hati kami, di jiwa kami

Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Milleni a pada Ogos 2009. Siapa pembaca buku ini? ----- Bintang Timur dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan oleh ayahanda Wan Ismail Bin Wan Ibrahim dan bonda Rahmat Binti Hassan. Anak keempat daripada enam orang bersaudara. Dua puteri dan empat putera. Memulakan pengajian di SRK Kg. Laut, SMK Kg.Laut, dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Meneruskan pengajian dalam Foundation of Science (Engineering) di Unisel dan BSc(Hons) Mathematics with Statistics. Berminat dalam aktiviti kemasyarakatan, kajian, sosial dan ketamadunan. ----- Komen dipetik seperti berikut. Baru sahaja selesai mengkhatamkan buku tersebut. Banyak input berguna buat si gadis, sang teruna, para suami dan isteri, dan mereka yang ingin menambah pengetahuan dalam soal rumah tangga. Buku ini saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang lalu. Tersandar di dalam almari. Cuti ini saya gunakan untuknya. Membaca dan

Dari Osman Affan | menjadi Guru Tuisyen yang pusat tuisyen dan ibu bapa sanggup membayar lebih daripada kadar biasa

Kita mungkin ada bakat untuk mengajar. Mungkin anda juga ada minat untuk mengajar. Namun, itu sahaja tidak mencukupi. Komen Will Smith, pelakon dan penyanyi rap bertaraf dunia apabila Ellen DeGeneres memuji tentang bakatnya, "Your talent will fail you if you are not skilled." Walaupun berbakat, anda akan gagal juga jika anda tidak mempunyai kemahiran Pelajari beberapa kemahiran asas dan penting untuk berjaya dalam usaha buat duit dengan tuisyen. Antara kemahiran yang bakal anda pelajari ialah: Prinsip, Petua dan Etika mengajar yang membolehkan anda menjadi seorang guru yang berkesan. Asas teknik memori dan bagaimana anak murid boleh dilatih supaya lebih mudah ingat apa yang diajar. Kemahiran mencari pelanggan melalui teknik pemasaran berkesan. Kemahiran memikat hati pelajar, pusat tuisyen dan ibu bapa yang merupakan pelanggan utama kita. Sepanjang saya menguruskan pusat tuisyen, saya telah memecat berpuluh-puluh guru tuisyen yang tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. S

Cerita Ramadan | Maraton Sahur

Cerita Ramadan (1) 1987, Kampung Pokok Mangga, Melaka Kanak-kanak berbasikal beramai-ramai seawal jam 4.30 pagi, membawa basikal sambil berkata "Sahur! Sahur!" dalam nada yang panjang. Dari hujung kampung ke hujung kampung satu lagi yang berhadapan pantai mereka tidak jemu melaungkan perkataan yang sama. Seingat saya, ada juga seorang lelaki mengetuk tin kosong sambil berjalan pada waktu pagi memaklumkan orang kampung bersahur. 2009, Kampung Sungai Cincin, Gombak, Kuala Lumpur Kanak-kanak berjalan beramai-ramai seawal jam 4.30 pagi, sambil melaungkan "Sahur! Sahur!" dalam nada yang panjang. Jelas kedengaran suara dari pembesar suara masjid, "Imsak! Imsak!" sepuluh minit sebelum Subuh. Senyum dalam kenangan. -------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki b

Ramadan 2009 | Majlis Berbuka Puasa bersama Penulis

Majlis Berbuka Puasa bersama penulis di MPH One Utama (Book Cafe) pada 23 Ogos 2009 jam 7-8 malam. Penulis pada hari itu, saudara Zamri Mohamad bersamaTuan Shamsuddin Kadir yang merupakan pakar kewangan peribadi dan penulis terkenal. Jemputan kepada para pembaca buku kedua-dua penulis tempatan ini. Mereka yang berminat, daftarkan nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon ke emel ini marketing@mph.com.my jangan lupa nyatakan maklumat info di atas dalam emel. Tempat terhad.

Di sebalik tabir sesi fotografi tim Akademi Penulis

Sekadar selitan di sebalik tabir sesi fotografi tim Akademi Penulis . Jurufoto Tuan Zaidi. Lokasi penggambaran di pejabat utama, Fauzul Naim Sdn Berhad pada 19 Ogos 2009 jam 6.30 petang. -------- Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Untuk siapa kita berpuasa hari ini?

Ketika zaman sekolah, ayah akan melekatkan senarai doa dan niat berpuasa berdekatan meja makan. Kami diajar membacanya dalam teks Arab dan kemudian membacanya dalam bahasa Melayu. Selepas mengingatkan kembali cerita ini, saya teringat cerita lain pula. Ibu saya berkata ayah saya tidak pandai membimbing melalui kata-kata kerana beliau sendiri memang tidak banyak bercakap. Beliau akan membelikan buku-buku berkaitan untuk ibu berkaitan apa yang diperlukannya. Jika beliau sukakan sesuatu, beliau akan potong dan tampal pada almarinya. ----- Kemudian saya melihat diri saya di cermin, "Patutlah saya tidak begitu pandai menyampaikan hasrat hati saya melalui kata-kata melainkan benda-benda dan perkataan yang ditulis menjadi jurucakap saya." Minda separa saya dilatih begitu cemerlang menggunakan kaedah itu untuk sekian lama. Saya sedang cuba belajar mengalihkan atau setidak-tidaknya mengimbangi keadaan ini. Mungkin yang pernah menghadiri seminar dan bengkel saya seperti tidak percaya d

Tip Menjadi Penulis Bestseller | Ulasan akhbar Berita Harian Singapura

Bahagian hadapan (klik untuk paparan jelas) Ulasan bahagian 1 (klik untuk paparan jelas) Ulasan bahagian 2 (klik untuk paparan jelas) Mengenai Berita Harian Singapura. Satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang memaparkan isu-isu masyarakat Melayu Singapura, persaingan dan pencapaian mereka. Pertama kali diterbit pada 1957, Berita Harian kini tampil di dunia maya menerusi lelaman cyBerita. Sebagai wadah interaksi di dunia penampilan maya, cyBerita merupakan arus revolusi media yang terkini. Petikan ulasan disiarkan semula di bawah. ------------------- Ekstra! : 15 Ogos 2009 MEMPERKATA BUKU PANDUAN JADI PENULIS 'BUKU LARIS' Penulis ada tanggungjawab sosial yang harus dipikul Oleh Rohman Munasip ANDA seorang penulis? Jika ya, maka buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ini boleh menjadi mangkin yang dapat merangsang minat anda dalam dunia penulisan. Pastikan pada suatu masa nanti anda dapat menerbitkan buku yang dibaca luas oleh masyarakat. Tetapi bagaimana caranya? Jawapannya ter

Buat Duit dengan YouTube | Pandangan Pengamal Komunikasi dan Media

Siapakah Tuan Zubli Zainordin? Lecturer BRO 538 - Radio And Television News Faculty Of Communication And Media Studies Universiti Teknologi MARA (UiTM, Shah Alam) I am the Pioneer of The Art and Science of Total Success. In mission I prefer to serve as a Prime Mover of Malaysia. In practice I am a Public Communicator. I am MARA Business Management Consultant, MARA Expert Trainer. I am a now amongst the Steers, National Book Development foundation (417309-P). A Speaker At the Akademi Buku Malaysia. I have authored four books in my native language. I am now active here at Facebook, for friendship, and potentially building an e-Community. So, let's communicate. ------- Daripada Tuan Zubli Zainordin Mendahului pembaca, menghidangkan informasi berharga, bernilai, dan bermakna dengan kita semua. Terkini, hasil usahanya ialah buku, Buat Duit Dengan YouTube , penerbitan PTS Professional Sdn Bhd - tersohor di Malaysia dalam arena penerbitan buku. Buku cetakan BS Print (M) Sdn Bhd, dengan ke

Kitab agama, pewangi kereta dan komisen seringgit

Minggu lalu saya bertemu seorang penjual kitab agama di restoran Bidayah. Wanita muda ini memandang saya dari jauh dan tidak menjual produk itu kepada saya sehinggalah saya menghampirinya dan bertanya. "Ini buku panduan Tarawih, Puasa & solat Hari Raya," jawabnya. "Berapa harganya?" "RM20.00 termasuk CD." "Kenapa tidak jual pada saya?" "Saya fikir tuan orang Cina." "Saya mahu beli!" Dalam sehari penjual ini mesti berjumpa 100 sehingga 150 orang untuk menghasilkan enam hingga 10 jualan setiap hari. Apabila dicongak, 20 orang dalam masa sejam. Tempoh tugas mereka dari jam tujuh pagi sehingga tujuh malam. Penjual ini mengingatkan saya kerja yang sama saya lakukan 10 tahun dahulu. Berpakaian kemeja ungu, berjalan dari satu restoran Cina ke satu restoran Cina lain sekitar Malim. Kemudian saya ke bengkel-bengkel kereta dan restoran Melayu. Berhenti sebentar dan sambung semula berjalan di sekitar stesyen bas Melaka. Semata-mata m

Khidmat komuniti | Kutipan Derma Rumah Amal Jalinan Kasih

Saya petik khidmat komuniti ini daripada blog ini Forum Sementara Putera.com melancarkan kutipan derma untuk Rumah Amal Jalinan Kasih bagi mengisi aktiviti mereka pada bulan Ramadan ini. Misi: Derma untuk Anak-anak Yatim Rumah Amal Jalinan Kasih Lokasi: Melaka (berhampiran kilang Honda Malaysia) Kumpulan Sasaran: Anak-anak yatim seramai 31 orang (13 lelaki & 18 perempuan) Umur Kumpulan Sasaran: 12 tahun dan ke bawah Syarat Menderma: Seikhlas hati Biasanya, kos makan dan minum untuk satu hari (pagi dan petang) adalah RM8, namun pihak penganjur tidak menetapkan nilai minimum kerana untuk menderma tidak perlu ada nilai-nilai tertentu, semuanya terpulang kepada anda. Bagaimana kutipan ini dijalankan? Terdapat 31 kanak-kanak secara keseluruhannya. Setiap kanak-kanak mewakili 1 lot. (Jadinya ada 31 lot kesemuanya.) 1 lot bernilai RM10, dengan kata lain sekiranya anda membeli 1 lot, anda sudah menderma sebanyak RM10 dan berjaya menaja juadah berbuka dan bersahur seorg kanak-kanak. Dan 3

Buat Duit dengan YouTube | Kisah ibu tunggal Lauren Luke

Ini adalah salah satu contoh bagaimana prinsip Buat Duit Dengan YouTube dapat diaplikasi dalam perniagaan kecil di Malaysia. Kita ambil kes Lauren Luke dari South Shields, England yang berumur 27 tahun. Beliau merakamkan cara penggunaan mekap yang dijualnya di Ebay ke YouTube . Ini dilihat sebagai satu perkhidmatan selepas jualan kepada para pelanggan atau sebagai demonstrasi penggunaan produk sebelum pembelian. Kesan daripada paparan di YouTube , firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly menjalinkan kerjasama bagi mengeluarkan rangkaian mekap beliau sendiri menerusi syarikat By Lauren Luke. Corak ini dapat diikuti oleh peniaga-peniaga kecil di Malaysia melalui rakaman dan pemasaran melalui internet secara konsisten dan mempunyai kempen mingguan yang teratur bagi mencipta pelanggan berpotensi dalam negara yang akan mengikuti video dari minggu ke minggu. Formula Buat Duit Dengan YouTube cara Lauren Luke Mempunyai produk yang dapat ditunjukkan demonstrasi dan rakaman khi

Sekitar Majlis Tahlil | Penulis PTS | Ahmad Zafran Abdul Mutalib

"Atas dorongan Sifu supaya beliau membeli laptop, dengan izin ibunya beliau menjualkan motosikal tua yang dibelikan oleh arwah ayahnya sewaktu beliau masih menuntut, buat modal membeli laptop terpakai dengan harga RM800. Menggunakan laptop itulah beliau mula bersungguh-sungguh menghasilkan karya untuk PTS. Buah hati saya ini seorang yang kuat membaca, baik budi bahasanya, sopan santun orangnya, mulia hatinya, baik pula agamanya, sentiasa mendirikan sembahyang waktunya. Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sedangkan kita akan menyusul beliau dari belakang. Moga-moga di syurga nanti kita semua, penulis dan Tim PTS, dapat berjumpa, saling ziarah menziarahi, berkat pahala yang terhimpun hasil titik peluh kita menghasilkan karya-karya yang memandaikan bangsa. Amin, ya Allah, Amin!' Petikan dan bacaan lanjut di UNIKA ------ "Saya berjanji kepada diri bahawa saya akan hidup dan mati di dalam bidang penulisan ini. Ini bukan pilihan kedua lagi .Ini adalah pil

Sehari di bengkel penulisan rencana bimbingan wartawan NSTP

Para peserta bengkel penulisan rencana bimbingan wartawan NSTP (tengah) Puan Syida Lizta Amirul Ihsan Seni menulis rencana kembara Latihan ulasan buku. Saya memilih menulis ulasan Be Happy Without Being Perfect tanpa mengetahui nama penulisnya (terlupa). Para peserta Latihan analisa berita menjadi rencana pendapat. Saya berkesempatan mendaftarkan diri dan turut serta dalam bengkel penulisan rencana yang dikendalikan oleh wartawan NSTP, Puan Syida Lizta Amirul Ihsan. Beliau merupakan kolumnis dan penulis senior di sana. Kelihatan seperti saya seorang sahaja satu-satunya peserta lelaki di situ sepanjang hari. Bengkel ini mendedahkan beberapa perkara menarik dalam seni penulisan rencana yang diamalkan oleh warga kerja NSTP. Kami didedahkan empat bentuk penulisan rencana dan kaedah menulis untuk kesemua kategori ini. Seni menulis rencana umum Seni menulis ulasan buku dan produk Seni menulis catatan kembara Seni menulis rencana pendapat atau pun follow up story Dengan izin Allah, saya akan