Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Booster atau pendorong dalam hidup

Saya petik kata-kata ini dari sebuah blog . Kerana ruangan itu selalu berubah-ubah maka saya petik dan siarkan semula ayat-ayat ini yang dapat dijadikan booster atau pendorong dalam hidup sama ada peribadi mahupun kerjaya. Semoga ia memberi manfaat pada semua. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai. Setiap jiwa y

Perubahan adalah sesuatu yang indah.

Perubahan adalah sesuatu yang indah. Carl Weathers, "Change is Beautiful" dalam kempen mingguan beliau di YouTube. Sambil membawa basikal dengan sebakul bunga, Carl mengambil sejambak bunga dan memberikan kepada seorang wanita yang khusyuk membaca. Kata Carl, "Jika kita berdua seekor beluncas, kita akan berubah keluar dari kepompong dan mempamerkan kecantikan seumpamanya. Awak berubah dan saya berubah, kita berubah. Perubahan itu adalah sesuatu yang indah." Carl kembali membawa basikalnya yang masih penuh dengan bunga-bunga segar. Jarang sekali perubahan dilihat sebagai sesuatu yang indah. Kerana kita seronok dan selesa melihat dan merasai sesuatu yang biasa dilalui setiap hari. Saya juga selalu terlepas pandang melihat perubahan sesuatu yang baik kerana ia mencabar jiwa yang sudah bermukim dengan kebiasaan itu. Maka hati itu mesti dipujuk dan diberitahu apa yang baik melalui perubahan ini. Saya membaca entri sahabat saya. Beliau dan teman-teman akan berpindah ke s

Corat-coret Bengkel Praktikal Penulis Bestseller dua minggu berturut-turut di Wisma DPI-Invergold.

Semalam telah berlangsung Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di Wisma DPI-Invergold. Ini adalah bengkel kedua dalam masa dua minggu, dua kali Sabtu Ahad berturut-turut. Minggu lepas di adakan pada 18 & 19 Julai dan kali ini 25 & 26 Julai 2009. Pada kali ini, seramai 18 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada kaunselor, pegawai kanan GLC, pengarah pusat IPTA, guru, pensyarah dan ada pesara. Kebanyakannya datang dengan penuh semangat membara bagi menjadikan penulisan sebagai salah satu kerjaya dan kaedah menyalurkan perjuangan. Bengkel hari ini meliputi sesi motivasi penulisan, pelan operasi penulisan dan petangnya KJ Metode : Teknik Menulis untuk Orang Sibuk. Bersama ini disertakan koleksi gambar sehari bengkel buat tatapan umum. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel-bengkel anjuran kami boleh hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com. Nota: Dalam bengkel ini memperlihatkan banyak s

Komen Nurnasuha | Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah (Diubah suai mengikut kesesuaian blog ini) Daripada Nurnasuha Alwi Assalamualaikum Hari ini keluar sahaja dari perpustakaan tadi, saya sempat singgah ke gerai buku sempena karnival jualan keusahawanan di foyer perpustakaan. Banyak jugak buku yang dijual dari buku akademik hingga buku islamik yang boleh membina sahsiah diri. Sedang memilih buku, saya ternampak buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Sudah lama saya mencari buku ini sejak melihat Sumaiyah membaca. Menarik sangat. Rasa seperti tidak lengkap jika tidak ada. Saya pun berusaha mecari. Buku ni ditulis oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof. Bahasa yang digunakan oleh penulis sangat indah dan mudah difahami. Nota penulis: Terima kasih atas kesudian dan kepercayaan yang diberikan. Kami amat menghargainya. Kata-kata cik memberikan kami lebih semangat untuk berkarya dan memberi yang terbaik kepada cik dan para pembaca. Terima kasih sekali lagi. Zamri Mohamad adalah penulis 1

Kegilaan yang membawa lebih ramai menyukai dunia buku.

Assalam alaikum kepada para pembaca blog. Sepanjang penglibatan saya menjadi penulis buku, saya tidak pernah terfikir atau pun terlintas bahawa salah satu aktiviti berkaitan kerjaya menjadi penulis akan melibatkan kanak-kanak secara langsung. Melainkan pada hari ini di Plaza Shah Alam, berlangsung program Riuh-riuh PTS Pro melibatkan keseluruhan tim PTS Professional yang turut sama-sama mendukung aspirasi industri buku dalam Bahasa Melayu. Melalui program yang dijadualkan di bawah salah satu senarai aktiviti Mutiara Minda, pameran dan jualan buku dalam bahasa Melayu terbitan tempatan, beberapa aktiviti telah berlangsung. Satu perkara penting dapat saya pelajari dalam aktiviti ini ialah penglibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti komuniti. Dilihat daripada peranan aktiviti PTS Professional sebagai sebuah anak syarikat PTS yang menerbitkan buku-buku bisnes, pendidikan, kerjaya dan pengurusan yang bersifat serius, mereka telah membawa pendekatan baru dengan memperkenalkan karya ini