Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Apakah jenis buku yang ingin tuan dan puan mahu saya tulis?

Saya mula melihat-lihat paparan kajian pengunjung blog ini. Blog menggunakan Blogspot ini adalah blog ketiga saya. Satu menggunakan Wordpress kerana ia mudah dikesan Google dan satu lagi menggunakan domain saya sebagai persediaan atau back up jika blog ini hilang tiba-tiba. Saya tergerak melihat statistik Nuffnang yang menggunakan informasi ini untuk memilih iklan apa yang patut disiarkan dalam blog ini. Maka inilah hasilnya. 62 peratus perempuan dan 37 peratus lelaki mengunjungi blog ini. Majoriti pelajar 45 peratus diikuti pekerja 22 peratus Umur 19 sehingga 30 tahun paling ramai mengunjungi blog ini Soalan saya, apakah jenis buku yang ingin tuan dan puan mahu saya tulis dan diterbitkan. Mohon tinggalkan komen pada entri ini. Klik di sini. Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki b

Enam sebab mengapa saya mahu hadiahkan buku

Sebulan sebelum saya menulis entri ini. Saya sudah berjanji kepada pembaca dan kepada diri sendiri. Saya hargai lontaran dan pandangan yang diberi bagi setiap entri yang ditulis. Pembaca blog ini suka diam-diam sahaja. Saya sangka tidak ada orang baca blog ini. Ketika menghadiri program Maskara menonton persembahan Dewangga Sakti beberapa minggu lalu, ada seorang dua yang menyapa dan memberitahu saya mereka mengikuti blog saya. Oh, rupa-rupanya saya tidak gila bercakap seorang diri dalam blog ini sejak tahun 2006. Saya suka membayangkan blog ini seperti satu pohon besar. Di mana kita bertemu di bawah pohon itu, dari jauh saya lihat saudara datang dengan senyuman dan lambaian. Kita sama-sama duduk di bawah pohon itu bercerita mengenai hidup kita. Kemudian datang teman-teman lain berlari-lari dan ikut serta dalam cerita kita. Saya sudah ikat janji. Pada teman-teman di bawah pohon ini dan pada diri sendiri. Saya hargai bicara mereka, suara hati mereka dan suka duka pengalaman hidup merek

Tanpa foto anda sebenarnya manusia klon

Semalam kami berbuka puasa di sebuah restoran ala Thailand, saya bertanya, "Kamu semua ada kenangan ketika sekolah rendah?" Jawab salah seorang daripada mereka, dalam bentuk soalan juga, "Kenangan bagaimana?" "Kenangan, maksud saya foto-foto ketika sekolah rendah," jawab saya. "Mestilah ada, banyak," jawab seorang lagi. "Ambil gambar ketika sekolah rendah perkara biasalah," kata seorang di sebelah saya. Saya diam. "Kenapa?" tanya salah seorang daripada tiga. "Saya tidak ada sekeping pun foto ketika sekolah rendah," jawab saya, keadaan ini salah satu sebab saya membeli kamera meskipun ia kamera murah ketika di sekolah menengah sehingga hari ini. "Awak tak curigakah kenapa tidak ada foto sekolah rendah?" tanya satu di depan mata. "Kenapa?" soalan yang sama daripada mereka saya ulang kata semula. "Manalah tahu kenangan sekolah saudara itu adalah memori yang dimasukkan. Mungkin saudara bayi dalam

Bagaimana saudara menulis buku berdasarkan pengalaman orang lain?

Berikut merupakan soalan daripada Cik Puan Athirah, salah seorang peserta kursus kendalian saya. Soalan diajukan melalui ruangan Hubungi dalam web rasmi di sini Assalamualikum Saya ingin bertanya. Bagaimana saudara menulis buku berdasarkan pengalaman orang lain? Saya ketengahkan kaedah ini di dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller Dalam bab Jadikan Buku Karya Berpengaruh, halaman 130 saya nyatakan susunan teks menggunakan pengalaman orang lain dicadangkan seperti berikut. Mulakan fakta baru. Kemukakan pandangan positif. Kemukakan pandangan negatif. Perjelas dengan contoh. Berikan huraian. Fakta lama dijadikan sampingan. Gunakan ayat aktif. Sesetengah penulis menggunakan latar penceritaan yang mempunyai dialog sebagai cara mempersembahkan kutipan pengalaman yang dijadikan sebahagian teks tersebut. Bagaimana meyakinkan pembaca tentang kajian yang dibuat? Kajian yang dibuat perlu dinyatakan sumber. Ini bagi mengesahkan kepada pembaca satu inisiatif telah dilakukan oleh penulis bagi m

Stingarden | Rising of the Fallen

Penampilan khas bas Len Seng dan bas mini yang pernah menjadi wajah wajib muncul di Kuala Lumpur. Apabila dibaca berkali-kali, makin galak memori saya di Kuala Lumpur yang dulunya berjiran akrab sama setinggan pelbagai wajah dari setinggan sekitar Jalan Tun Razak, kini sudah rata jadi sebahagian Institut Jantung Negara, ke setinggan Wangsa Maju, ya! bisa lihat hutan lagi sehingga awal 1990-an. Jaya Jusco Alpha Angle pula seperti kompleks membeli belah di tengah hutan ketika baru dibuka. Saya sanggup berdiri dalam bas Len Seng dari bulatan Pahang kerana mahu rasa ketakjuban taman temanya. Singgah di kampung setinggan berdekatan sama rakan-rakan sebelum ke pusat membeli belah itu. Pelanggan utama dari setinggan sekitar. Sekarang, apabila dilihat semula, aduhai kecil sahaja taman temanya. Meskipun saya membaca dengan kaca mata period berbeza (1980an), sedangkan period Stingarden berlaku lebih awal lagi dan melalui tahun 1980 juga, latarnya mengenai Kuala Lumpur serupa. Tahun-tahun di mana

Isu-isu Mengapa Buku Melayu Belum Dibaca oleh Kaum Cina

Komen diambil semula dari UNIKA Sasaran jumlah pengunjung berbangsa Cina ke Pesta Buku Antarabangsa sangat dipengaruhi oleh persepsi terhadap buku-buku yang ditawarkan kepada pengunjung. Seorang rakan saya berbangsa Cina yang saya kenal sejak sekolah hanya datang ke PBAKL pada umur 28 tahun. Beliau berkata selama ini rakan-rakannya berkata, PBAKL hanya menawarkan buku pada orang Melayu, pilihan sedikit, dan tidak sebesar mana. Tetapi disebabkan pada hari itu beliau tergerak ke sana, akhirnya beliau membeli banyak buku-buku dalam bahasa Melayu dalam pelbagai topik termasuk daripada penerbitan Hidayah sendiri. Itu cerita persepsi terhadap PBAKL, bagaimana pula persepsi terhadap novel dalam bahasa Melayu? ---- Penerimaan novel Melayu boleh dikatakan semakin hari semakin mendapat respon positif. Dalam pengamatan secara rambang di Melaka misalnya keadaan ini dapat dikesan. Ada staf-staf berbangsa Cina yang bertugas menjaga premis perniagaan mereka membaca novel dalam bahasa Melayu ketika me

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di MPH Alamanda, Putrajaya.

Kedai online Book Cafe tidak mempunyai stok buku ini Pembaca terus-menerus berdiri di hadapan meja penulis sambil mendengar ceramah Tuan Imran Dibelek dengan penuh minat Tuan Shakir (PTS Millenia) membantu. Tuan Imran memberi autograf Seorang ibu muda membeli buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah Assalam alaikum para pembaca blog yang saya hormati. Pada 20 Jun 2009 lalu, Tuan Imran Yusof dibantu Editor Perolehan, PTS Millenia, Tuan Shakir telah mengadakan sesi ceramah buku dan sesi tandatangan buku berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah di MPH Alamanda, Putrajaya. Sesi kali ini mendapat sambutan di kalangan pengunjung MPH Alamanda. Berdasarkan respon, Tuan Shakir memaklumkan terdapat pengunjung bukan Islam dan bukan Melayu yang turut mengikuti program ini. Salah seorangnya merupakan seorang pelanggan berbangsa Cina yang sudah berusia. Ketika beliau membelek-belek buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, beliau tertarik pada bab warna dan personaliti yang turut dimuatkan d

Adakah saya berdosa membina pengaruh?

"Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan. Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh dengan hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.” Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya. Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat ma

Segelas air suam, secawan teh pengaruh

Trilogi siri Streetsmart | Buku berjudul Berpengaruh Gaya Streetsmart Seorang lelaki mempelawa seorang sahabat menikmati segelas air suam yang dihidangkan. Sahabat yang datang sebagai tamu di rumahnya pada petang itu berasa sedikit kekok dan janggal dengan layanan lelaki itu. Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja? Lelaki itu faham dan dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh tetamunya. Beliau senyum sahaja, “Jemputlah minum air itu,” pelawanya tanpa mempedulikan respon sahabatnya. “Saudara suka air teh, saya boleh sediakan?” tanya lelaki itu sambil melihat tetamu meminum hampir separuh gelas air suam. Tetamu mengangguk, “Boleh sahaja,” katanya. Dibuka pek yang mengandungi dua belas uncang teh. Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan tetamunya. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya kelihatan jelas. Tetamunya sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan. “Silakan,” lelaki itu mempelawa tetamunya minum bersama. Sekali

Menjadi orang berpengaruh cara streetsmart

Assalam alaikum wbt Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah Ketika saya menulis entri ini, jam menunjukkan 12.59 minit pagi. Saya hanya berkesempatan berbicara sepuluh minit bersama teman saya di saluran Yahoo Messenger. Beliau juga sudah mahu tidur kerana esok hari baru untuk ke tempat kerja. Saya di hadapan komputer, melihat ruang-ruang kosong yang ingin saya isi bagi keperluan buku terbaru berjudul Berpengaruh Gaya Streetsmart. Insya Allah, buku ini menjadi trilogi streetsmart. Ada yang bertanya apa itu streetsmart ? Bermula dari buku pertama berjudul Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart , Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan kini Berpengaruh Gaya Streetsmart , perkataan streetsmart membawa maksud ' belajar dari pengalaman '. Inilah yang menjadi dasar kepada penghasilan buku-buku siri ini. Kami mengumpul cerita-cerita orang biasa yang mempunyai kesan luar biasa dalam hidupnya dan orang lain untuk dikongsikan kepada Tuan dan Puan. Tidak dilupakan kajian berdasarkan t

Saya mahu jual tangan dan kaki kerana miskin

Nota: Ini bukan hasil tulisan saya. Isinya bagus dan saya petik dari Bicara Muslim Ada seorang miskin datang mengadu kepada salah seorang ulama tentang kemiskinannya. Seolah-olah Allah tidak memberi kepadanya sebarang nikmat pun. Lantas ulama tadi berkata kepadanya: Mahukah anda menjual penglihatan anda dengan harga seratus ribu? Jawabnya, "Tidak." Tanyanya lagi, "Mahukah anda menjual pendengaran anda dengan harga seratus ribu?" Jawabnya, "Tidak." Lalu ulama terus bertanya, “Mahukah anda menjual dua tangan anda dengan harga seratus ribu? Dua kaki anda dengan harga seratus ribu? Akal fikiran anda dengan harga seratus ribu? Semuanya dijawab, "Tidak." Kemudian berkatalah ulama tadi kepadanya, "Tadi anda mengadu kemiskinan sedangkan anda memiliki beratus-ratus ribu." Dengan demikian sedarlah orang tadi bahawa nikmat-nikmat yang selain daripada harta benda jauh lebih banyak dan besar daripada nikmat harta. ---- “Sesungguhnya jika kamu bersyu

Jangan dengar kata motivator negara lagi, apa kata....

Para motivator negara berkata, "Kita mesti berhadapan dengan masalah kita." Jangan dengar kata mereka, Saya berkata, "Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar. Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita." Jika kita lari daripada masalah, kita lari mengelilingi bumi. Satu perjalanan yang penuh adventure . Kita jumpa rakan baru, kehidupan baru, kerja baru, kediaman baru. Jadi jangan bimbang kita lari sahaja daripada masalah. Jangan didengar kata-kata motivator dalam negara. ---- Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi. Tidak mengapa, saya berkata lagi, ""Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar. Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita.&

Seminggu saya menerima kutukan yang istiqamah.

Bulan ini bulan Jun, peristiwa menarik banyak berlaku. Selain daripada entri berkaitan ayah saya yang banyak berlaku pada bulan ini. Selain daripada Hari Bapa yang disambut beberapa hari lagi. Selain daripada inilah bulan saya mula kenali penerbit yang menerbitkan sebelas buah buku saya, iaitu PTS Publication and Distributor. Selain daripada semua itu, ada satu peristiwa yang menjadi langkah awal saya berkarya. 24 Jun 1997 Tarikh yang menjadi permulaan artikel seorang pelajar yang tidak tahu apa-apa mengenai seni mengarang disiarkan dalam akhbar. Seingat saya tidak ada sebab khusus mengapa saya menulis ketika itu. Tidak ada matlamat memperjuangkan bahasa, memandaikan bangsa, menyumbang pada masyarakat atau apa sahaja yang berkaitan. Segala tujuan mulia yang saya senaraikan tidak ada dalam tujuan asal saya pada tahun itu. Sebabnya saya menulis kerana cemburu. Ya, cemburu pada usia 17 tahun. Ia berlaku apabila rencana hasil tulisan rakan pena saya dari Pulau Pinang disiarkan dalam akhba

Sekali, dua kali, tiga kali

Dia menyorok di sebalik tiang, kemudian perlahan-lahan dia menunjukkan mukanya. Kemudian menyorok semula di sebalik tiang. Sekali, dua kali, tiga kali. Mula-mula saya buat tidak tahu sahaja. Dia buat semula. Sekali, dua kali, tiga kali. Saya pandang, dia menyembunyikan dirinya. Tidak takut dengan orang asing. Sekali, dua kali, tiga kali. Snap! Adik tidak boleh menyorok lagi. Saya senyum. Menikmati air batu campur di Giant, Taman Permata. Ayahnya juga di sebalik tiang, duduk menikmati air batu campur juga. Mujur ayahnya tidak ikut sama. Sekali, dua kali, tiga kali. Jika adik temui blog ini, sila tinggalkan komen di bawah. Dia sudah boleh menuliskah? Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku , jurulatih penulis bebas , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dekat sahaja di peta. Rupa-rupanya....

Rakan-rakan dari UIAM sejak 2001. Sama-sama ambil kelas bahasa Arab setahun. Pengantin dikecualikan Orang lain makan nasi kenduri, susu sahaja! Ini tidak adil. Dua bulan lagi ke hospital untuk pemeriksaan bulanan Tak perlu mainan mahal-mahal seperti di Toy R Us, bilang doktor. Tapi permainan di sini macam dari Toys R Us sahaja. SMS Nadzri dan Alvit, kata kita lewat sedikit "Ikut aku dahulu ke hospital," kata Syamsul. Saya angguk sahaja. Anaknya yang pertama baru berumur enam bulan, "Hei mengapa pandang-pandang?" si kecil tidak menoleh, lama direnung. "Hah! dukunglah!" Eh.. "Bayi jangan selalu diberi bijirin, mudah alergi berbanding makan bubur nasi." Baiklah. "Bayi jangan diberi menonton televisyen, bayi belajar melalui eksperimen, televisyen mengelirukan proses pembelajaran bayi." Yalah. "Bayi jangan dihalang menggunakan anggotanya. Sikap menghisap barang yang dipegangnya adalah proses belajar. Pastikan sekeliling selamat."

DVD Original dari Indonesia untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia

Petikan pelbagai sumber Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal. Bidaan DVD Original dari Indonesia untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia sahaja. Jam 8 malam, di sini. Video bidaan akan disiarkan di sini. Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah. Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak. Bidaan koleksi peribadi DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Bagi mereka yang berminat ikuti video sehingga akhir ini dan tinggalkan komen dan nilai bidaan di bawah. Video menunjukkan apa yang terkandung dalam pek DVD tersebut. Berapakah bidaan saudara? Tinggalk