Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006

RSI

Gambar-gambar sekitar rakaman Forum oleh Radio Singapore International kiriman saudari Khasanah.

Hashim sara keluarga dengan hasil penulisan

Sastera Utusan Malaysia Jumaat 28 Julai 2006 Hashim sara keluarga dengan hasil penulisan Oleh ANI AWANG HASHIM Latiff bersama sebahagian daripada novel karyanya. Kebanyakan penulis mungkin berpendapat tidak mudah menyara keluarga dengan hasil penulisan sebagai penulis bebas. Ini kerana pendapatan yang tidak menentu amat menyulitkan. Namun begitu, kesemua ini dibuktikan tidak benar oleh penulis Hashim Latif, 45, dari Kelantan. “Apa yang penting, kita kena ada disiplin diri dan kesungguhan,” kata Hashim mengenai petua kejayaannya sebagai penulis yang telah menghasilkan lebih 40 buah novel, 200 cerpen dan 200 skrip drama. Hasil kesungguhannya, Hashim sering meraih beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Perdana dan Sayembara Penulisan Cerpen Wilayah Timur. Menurut Hashim, dia memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh ketika melakukan kerja-kerja penulisan. Katanya, dia mahu membuktikan bahawa anggapan sesetengah pihak bahawa menulis tidak bole

Mohd. Yassin selesa bekerja dengan isteri

Utusan Malaysia 28 Julai 2006 Keluarga Mohd. Yassin selesa bekerja dengan isteri Oleh MERAN ABU BAKAR MOHD. YASSIN Mohd. Yusuff bersama isterinya menyusun baju-baju di kedai mereka. PERASAAN malu seharusnya ditolak tepi demi mencari pendapatan yang halal. Walaupun ada yang kurang senang dan memandang semacam atau berasa tidak selesa ketika dilayani namun itu semua ditolak tepi. Apa yang penting ialah pendapatan yang diperoleh itu mempunyai berkat. Itulah di antara cabaran yang dihadapi oleh Mohd Yassin Mohd Yusuff, 42, ketika bersama-sama isterinya, Rugaya Abdul Rahman, 40, berniaga pakaian wanita di pusat beli-belah City Square Plaza. Twenty Nine Shop yang diusahakan sejak enam tahun lalu dibuka atas inisiatif Rugaya yang terlalu meminati bidang perniagaan. Apa tidaknya, Rugaya sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang membabitkan diri dalam perniagaan. Semasa pertemuan dengan Rugaya di kedainya itu, beliau berkata, arwah bapanya pernah berniaga buah-buahan di Tanjung Malim, abangnya

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s

Keluhan orang bercinta

Keluhan orang bercinta membuat kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya. 1. Mengapa aku diuji sehebat begini? Kata Quran "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 2. Kenapa orang yang aku idam-idamkan tidak dapat kumiliki? Kata Quran "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216 3. Kenapa seberat ini ujian perhubungan ini? Kata Quran "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 4. Kenapa aku

RSI di UIAM

Radio Singapore International(RSI) datang ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)bagi program Forum Kampus. Forum yang dirakamkan ini akan disiarkan ke seluruh dunia dalam bahasa Melayu melalui internet dan frekuensi AM. Tajuk yang dibawa pada malam itu ialah berkenaan pemikiran kritikal dan menjadi pelajar global dengan belajar diluar negeri. Tokoh-tokoh yang dijemput pada malam itu ialah Profesor Dr Sidek Baba dan Prof Dr Yusof Hussain. Tiga jam forum yang bertempat di bilik persidangan satu, Pusat Penyelidikan UIAM dihangatkan dengan sesi soal jawab dan debat kecil antara pelajar Singapura,Malaysia dan Indonesia. Apa kata profesor Dr Yusof Hussain? Profesor Yusof kurang bersetuju dan baru pertama kali mendengar istilah peribadi global. Menurut pandanganya, istilah ini masih baru kerana selama ini beliau didedahkan dengan istilah international man yang selalu dirujuk kepada Bush dan Blair. Beliau lebih cenderung menyebut istilah peribadi kuat yang berakarkan akhlak dan agama

Bookhitch.com [2]

klik gambar untuk paparan lebih jelas Muka depan laman web Hitch.com contoh buku penulis dipaparkan dalam web ini

bookhitch.com

Email dari Emma Ward ke dalam inbox penulis pada Selasa 18/7/2006 I am contacting you because I am raising awareness of a website designed for authors, such as yourself. I would like to offer you the opportunity to list your books on our site, for free. This is a marketing opportunity for not only authors, but publishers. bookhitch.com will not only increase awareness of your talent, but allows you to direct readers to your own website, or your publishers to buy the book. Therefore we are simply acting as a portal connecting author and reader. We do not handle your books, but offer you a new marketing medium at a time when the Internet is becoming a website for authorscrucial element in book marketing. Visit www.bookhitch.com For more information e-mail bookhitch at eward@bookhitch.com Thank You for your time. Maklumat Tentang BookHitch.com bookhitch.com is the first website of its kind, allowing every author to list a book online, for free. bookhitch.com is run by a multicultural st

Melabur

Kata-kata hikmah pada jam 5.06 pagi Ahad ini. "Saudara mesti melabur dalam pendidikan diri sendiri sebagai penulis, kemudian baru menceburkan diri ke dalam dunia penulisan dengan lebih profesional." Baca lebih lanjut nota ulangkaji kuliah penulis di sini Risiko Merancang Karya Sendiri

Inspirasi

"Pada hari terakhir arwah hidup. Bas yang dipandunya putus brek. Ketika itu dia hanya ada 2 pilihan. Sama ada masuk ke dalam gaung ataupun merempuh penghalang jalan. Dia memilih merempuh penghalang jalan kerana sekiranya dia memilih gaung, semua yang ada di dalam bas pasti mati. Memilih merempuh penghalang jalan sekurang-kurangya dapat mengurangkan jumlah kematian. Namun pilihan merempuh penghalang jalan adalah pilihan yang paling memeritkan kerana dia perlu mengawal bas di bahagian hadapan dan maut pasti menunggunya." Ini bukan kisahku. Tetapi ia adalah kisah seorang anak yang mengagumi kehebatan ayahnya. Catatan tersebut diambil dari blog saudara Alif , penulis dan kartunis bagi novel, Orang Kuat, Syampu, Rahsia Firdaus dan Bergaduh dan Menari. Aku pulang ke kampung untuk bercuti beberapa hari. Inspirasi blog saudara Alif membuat aku ingin berkongsi Superman dalam hidupku, Allahyarham Mohamad Haji Omar. Seorang juruteknik makmal tabung darah Hospital Besar. Hidup bersamanya

Kempen Membaca (3)

Saudara Syaiful Hizzam, rakan sekuliah yang bersama ke pameran. Demonstrasi popular Perpustakaan Negara setiap tahun, proses membaiki buku. Kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba internet Beberapa agensi kerajaan Arkib Negara Malaysia

Kempen Membaca (2)

Gerai pameran yang menunjukan contoh dekorasi rumah dengan susunan buku-buku bagi rumah pangsa dan rumah bandar. Aku masih tercari-cari idea menghasilkan rak buku tertutup kerana dirumah ramai benar peminjam tanpa pemulang sehinggakan terpaksa mengikut cara Dato A Samad Said, iaitu dengan tidak mengizinkannya. Kini aku hanya letakkan buku-buku dalam almari bercermin dan berkunci. Maaf, kerana terpaksa menjadi kedekut sedikit kali ini.

Kempen Membaca (1)

Kempen Membaca peringkat kebangsaan anjuran kerajaan telah bermula pada bulan ini. Dari 14 sehinggalah 16 haribulan Jun, pesta buku dan pameran telah di adakan di Dewan Seminar 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Berikut merupakan gambar-gambar dari lensa kecil penulis dan wartawan bebas. Gerai pameran Kementerian Pelajaran. Perkara yang menarik perhatianku ialah display buku kanak-kanak yang unik Rumah tradisional Melayu Para kakitangan bertugas memberikan gaya istimewa untuk pengunjung blog Khat Kreatif Saudara-saudari disambut dengan gerai pameran ini apabila menjejaki kaki ke dalam. Ruang kecil bagi program bicara karyawan dan bicara buku. Gerai pameran pengajian tinggi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tempat aku tersiku bibir seorang kakitanganya yang tinggi tidak sampai bahuku. Rumah tradisional. Sebelah kananya terdapat demonstrasi alat bantu membaca bagi pembaca bisu, pekak dan buta

Pembukaan kafe Ali

Setelah perkhidmatan Saha Murni dihentikan (milik tuan Tony), kafeteria ini hidup kembali dengan kehadiran operator baru yang dikenali sebagai Azzah Catering. Pada baju oren mereka tertera nombor 75. Kata sebahagian pelanggan 75 itu adalah nombor plat kenderaan Mercedesnya dan mewakili usianya 31 tahun yakni lahir pada tahun 1975. Beliau sudah berumahtangga. Pendekatannya untuk memulakan perniagaan ini ialah menjemput pelajar-pelajar dan orang-orang besar UIAM untuk makan tengah hari secara percuma dan memberi perkhidmatan A+ pada hari pembukaan. Para kakitangan Azzah Catering Para kakitangan Azzah Catering dan sahabat-sahabat yang membantu Para pekerja separuh masa dan staf tetap kolej kediaman Ali sedang menikmati hidangan Ramai Sedang lihat kamera ya bang?

Selamat tinggal nama-nama besar

Mahallah Ali Ibn Abi Talib, kolej kediamanku sejak lima tahun lalu telah kehilangan beberapa nama yang menjadi tunggak kepada perkembangan kolej kediaman ini sejak awal pembukaanya lagi. Antara ahli jawatankuasa pelajar mahallah Ali, kami telah kehilangan saudara Zul, Aznan dan Nizam kerana sebahagian mereka telah tamat pengajian dan bakal menaiki pentas konvokesyen bulan Ogos ini. Sementara itu, felo kolej tuan Rafizal akan meninggalkan kami bagi mengikuti kursus pegawai tadbir diplomat di INTAN. Tuan Tony (nama panggilan) pengusaha kantin kolej tidak dapat menyambung perkhidmatannya sebagai operator makanan di kafe kami. Beliau akan mengusahakan gerai nasi ayamnya di Seri Hartamas. Hadiah kenang-kenangan dari mahallah Ali kepada tuan Tony Tuan Rafizal (berdiri) berkongsi cerita zaman pelajar, felo dan pegawai di UIAM Selama beberapa tahun menjadi pengusaha kafe mahallah Ali, tuan Tony tidak pernah mengambil bayaran bagi segala jenis makanan yang disediakan ketika mesyuarat jabatan

Tamatlah riwayat kamu

Juruteknik pilih penulisan kreatif

Petikan Berita Harian http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20060713093149/Article/ Bicara Pengarang: Juruteknik pilih penulisan kreatif Oleh Ihfayuliani Ibrahim BAGAIMANAKAH Ahmad Zafran boleh berkecimpung dalam dunia penulisan? Saya menulis sejak 1992 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pernah menyertai Sayembara Penulisan di Dewan Sastera serta memenangi Anugerah Sastera Siswa Bank Rakyat (ASSBR). Pembabitan pada peringkat awal adalah dalam genre cerpen manakala novel bermula sejak tiga tahun kebelakangan ini apabila pengerusi PTS Pubications & Distributors Sdn Bhd, Ainon Mohd, mempelawa saya menulis novel. Akhirnya, saya lepaskan kerjaya sebagai juruteknik dan menjadi penulis sepenuh masa. Mengapakah memilih penulisan novel ? Selain novel, saya juga menulis skrip untuk drama televisyen pendidikan. Bidang penulisan novel menambat hati saya kerana kepuasan dapat diperoleh apabila karya berjaya dihasilkan di samping membantu saya berkongsi pengetahuan d

Budaya Membaca Dato Seri Anwar Ibrahim

Budaya Membaca Dato Seri Anwar Ibrahim Petikan dari http://anwaribrahimblog.com/index.php?paged=5 Saya dilatih ibu dan ayah sejak kecil, “dipaksa” membaca termaksuk waktu cuti sekolah. Kawan-kawan saya di Cheruk Tok Kun menayakan mengapa membaca di musim cuti? Demikian budaya kita di kala itu, tidak budaya Iqra’. Di Kolej Melayu (MCKK), kami diwajibkan membaca sebuah buku setiap minggu, sehingga menjadi budaya. Memandangkan pergaulan, kerjaya dan minat yang pelbagai saya terpaksa menggali khazanah dari pelbagai sumber. Umpamanya di kebelakangan ini, membaca buku terbitan IIIT terbaru mengenai Imam Shatibi dan Maqasid Shariah kerana isu tersebut banyak saya sentuh dalam ucapan. Buku Dan Brown Da Vinci Code kerana semua anak-anak saya membaca; beberapa buku mengenai Shakespeare termasuk A Year in the Life of William Shakespeare 1599 yang kini sedang dibaca sebagai persiapan untuk Persidangan di Brisbane pada 19 Julai. Minggu lalu dalam penerbangan pulang dari Istanbul, saya selesai memb

Selamat datang saudaraku

Saudara Muntakal (Ghana) dan saudara Ahmad Basree dari Georgia, Amerika Syarikat Ustaz Fauzi Muda, Pengetua Kolej Kediaman Ali. Bersikap terbuka dengan para pelajar dan sentiasa bersedia mendengar idea-idea baru mereka. Lebih penting, amat menyokong untuk merealisasikanya Sabtu lalu, lebih seratus pelajar mendaftar untuk mendiami kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib. Jangkaan kami yang menguruskan sesi orientasi ialah sekitar 46 orang sahaja. Pada awalnya, kami dimaklumkan hanya jumlah itu yang akan mendaftarkan dan kesemuanya guru. Sehinggalah pada hari pendaftaran, majoritinya ialah pelajar antarabangsa. Aku berkenalan dengan seorang pelajar yang berasal dari Amerika Syarikat. Bagi aku untuk berkomunikasi dengan mereka agak sukar, melainkan aku tahu apa yang boleh memanjangkan perbualan kami. Sahabat bernama Ahmad Basree ini mengingtakan aku kepada gaya pelakon-pelakon Hollywood berkulit hitam di sana. Susah benar hendak mendengar slanga Amerika di sini. Mungkin rezeki kali ini untuk men

Misi ke Aceh (3)

Bumbung tempat anak-anak yatim di sebuah pusat perlindungan berteduh Sebelum kehadiran rombongan dari UIAM, 17 orang hilang di laut ini dan dipercayai lemas. Tempat permainan puteri dari kerabat kesultanan Pahang yang dikahwinkan dengan salah seorang kerabat Aceh atas tujuan keamanan negara. Ia menjadi tempat melepas kerinduan puteri yang sering teringat tanah airnya. Wajah-wajah yang akan membangunkan Acheh Mereka menggunakan paku untuk menggantungkan baju, tidak ada penyangkut baju ditemui.

Misi ke Aceh (2)

Papan Iklan yang didirikan di tepi jalan. Salah satu cara untuk menaikkan semangat Aceh Boleh. Kapal yang membekalkan elektrik ini sebenarnya berada di tengah lautan. Ia terdampar di tepi pantai selepas dihanyutkan ombak tsunami. Asbak bermaksud abu rokok. Salah satu cara untuk mengingatkan perokok jangan membuangkan rokok merata-rata. Asbak (abu) tidak seluas lantai. MRC Ali, saudara Ashraff sedang melayan anak-anak yatim Aceh dalam satu program. Tiga wakil MRC Ali yang mengikuti misi ke Acheh. Kolej Ali pertama kali dijemput untuk mengikuti program sebegini setelah beberapa tahun universiti menganjurkannya.