Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kursus Penulisan promosi kolej-kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

Berkat didikan Puan Ainon Mohd. pada tahun 2005, Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas telah digunakan berkali-kali sebagai modul penulisan bagi keperluan organisasi. Ia diterbitkan pada tahun 2006. Dengan izin Allah, kursus penulisan FINE Academy telah dianjurkan sebagai persediaan kepada perancangan media dan promosi kolej komuniti, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Ia melibatkan sebahagian zon-zon yang mewakili kolej-kolej komuniti dari seluruh semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Kursus ini bagi menggerakkan usaha memperkenalkan kolej komuniti kepada khalayak pada tahun 2012. Beberapa rancangan juga disusun bagi menggerakkan bengkel-bengkel penulisan mengikut negeri dan pada masa sama menggerakkan bengkel-bengkel berkaitan. Bagi mendorong usaha memperkenalkan organisasi kepada khalayak, bengkel dapat diadakan di ruang keselesaan Tuan dan Cik Puan. Hubungi zamrimohamad@gmail.com

Kursus Kreativiti dan Inovasi JAWI dimensi baru

Bengkel Kreativiti dan Inovasi,  Komunikasi Dakwah dianjurkan oleh JAWI. Bengkel ini bertujuan menilai, menyusun dan mengganda semula aktiviti dakwah berteraskan inovasi dan kreativiti. Trainer Zamri Mohamad dan Tuan Yusry Yusopp mengendalikan sesi berikut; (1) Langkah Awal Langkah Daie (2) Membina Komunikasi Kreativiti Dakwah (3) Membina Kecantikan Sosial Media (4) Peta Pemikiran Kreatif (5) Analisa Kes Dakwah bersama Tuan Yusry Yusopp dari tim kajian hadis. Kami sedang melihat keperluan lebih jauh kepada organisasi dakwah di seluruh negara melalui pembangunan kursus pada tahun hadapan seperti berikut; (1) Kursus penceramah berpengaruh menggunakan kaedah CAT (2) Kempen dakwah melalui psikologi pelanggan (3) Viral Dakwah melalui media sosial (4) Kit Dakwah untuk Daie menggunakan Enam Topi Kreatif Semoga Allah permudahkan usaha-usaha ini. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan tra...

Eksklusif POPULAR | Cinta Meraikan Kasih di Langit Syurga

"Kuntuman cinta luar biasa sedang mekar dalam hati insan yang saling merindui. Diriku dan dirimu." Sang Roman Pencinta Agung Cinta, Meraikan kasih di langit syurga ( hardcover ) terbitan PTS, edaran eksklusif POPULAR Cinta itu cerita Ke mana cinta Adam dibawa pergi? Bagaimana pula rindu Hawa akan disulamkan dalam hati? Semurni mutiara kasih Khadijah, loretan pelangi kasih Muhammad. Dalam bicara Aisyah diselitkan melodi rindu kepada kekasih langit dan bumi. Cinta itu aku Mereka mencorak cerita cinta yang diredai di dunia dan diraikan di langit syurga. Wajah cinta mereka menjadi wajah cinta kita. Dalam harapan, percayalah ia dapat ditunaikan. Cinta itu dia Ketahuilah, pada matamu ada ketabahan Khadijah, kelembutan Hawa dan kesetiaan Aisyah. Teradun dalam resipi bahagia, dikutip dari sejarah dan dicipta dari kehidupanmu hari ini. Terselaklah satu persatu tip pesona cinta abadi. Melentur hati si dia biar sayang terus mekar dalam setia. Mencambah berkat d...

Tip kursuspenulisan.com | Rahsia Menambat Hati Pelanggan

Hari ini mengikuti bicara buku penulis tempatan, Mohd Fathuallah di MPH Wangsa Maju. Beliau berbicara mengenai buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan terbitan Truewealth. Bagaimana penulis ini menambat hati pendengar sehingga ke akhir program. Beliau menumpukan isi presentasi dengan memecahkan isi kepada empat perkara iaitu berkaitan bisnes, pemasaran, jualan dan dorongan jualan. Mengulang semula di akhir presentasi adalah pendekatan pasak ingatan hadirin yang dilakukan. Kekuatan beliau adalah ketika sesi soal jawab. Inilah kekuatan yang paling jelas selepas presentasinya. Kemampuan soal jawab ini diisi dalam empat keadaan. Pertama, mengulang soalan sebagai kaedah mengesahkan semula soalan yang diajukan penonton. Kedua, menggunakan representasi simbol menggantikan perkataan dalam menjelaskan perbandingan. Ketiga, mengangkat jenama bisnes pelanggan yang juga hadirin program dalam sesi soalan. Beliau menulis nama perniagaan dan menjadikan pengaju soalan diikat mengikuti d...

Tip kursus penulisan | Meminta Bantuan dari Langit

Tip kursuspenulisan.com Cabaran penulis adalah mengekalkan kehambaan apabila menulis. Semakin diberi Allah ilmu dalam subjek itu meningkatkan tahu. Kemudian semakin diuji sama ada kita mudah meluncur kata, "Oh itu saya sudah tahu!" dan "Eh, itu pun awak tidak tahu." Benarlah kata Dr A'idh Al Qarni  di dalam buku Jadilah Pemuda Kahfi, halaman 68, "Bermunajat iaitu menyeru kepada Allah dengan suara yang perlahan agar Allah membantu,". Jihad menjaga hati agar kekal dalam zon hamba. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendalikan bengkel di lokasi cadangan.

Berita Harian Singapura | Inovasi Kedai Mamak

Petikan pandangan  Berita Harian Singapura  Ketahanan dan inovasi kedai mamak Oleh Shaik Kadir Shaik Maideen Siapa tidak tahu Mustafa Centre di Little India. Ia merupakan sebuah jenama terkenal di Singapura dan kebanggaan kaum India. Namanya mengharum di India Selatan sehingga sejauh Afrika Selatan. Pusat beli-belah ini bak gedung serba-serbi - daripada rempah-ratus sehingga alatan elektronik. Beroperasi 24 jam sehari. Mustafa, nama pengasas pusat beli-belah ini, memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan: bermula sebagai sebuah kedai mamak (yang bermakna pak cik dalam bahasa Tamil) yang kecil. Ketika itu ia hanya setakat tempat tumpuan kaum India Muslim di sini mendapatkan keperluan mereka. Namun, hasil semangat inovasi dan ketekunannya, Mustafa menjadi gedung besar serbaneka - maju dan berkembang menjadi sebuah perusahaan yang gah hari ini. Baru-baru ini, nama Mustafa disebut-sebut kerana sebab yang kurang elok - melanggar undang-...

Tip kursuspenulisan.com | 'Buncit' karya, 'kurus' cerita

Catatan tim kursuspenulisan.com Antara risiko penulis menulis dalam banyak tajuk pelbagai genre tanpa merancang siri setiap satu sebelum melompat adalah meletakkan editor dalam situasi 'diserang'. Apa yang mesti dijawab oleh editor jika komponen pemasaran dan jualan bertanya dalam mesyuarat bagaimana mahu menjenamakan penulis kedai runcit?  Kesan amalan penulis kedai runcit. Penulis kedai runcit tidak ada peruntukan bajet marketing daripada penerbit Penulis kedai runcit tidak ada promosi khusus meskipun judul bukunya banyak. Penulis kedai runcit tergantung dalam rancangan editorial kerana road map tidak jelas. Ini juga mendorong situasi stress editor dan kurang bersemangat membangunkan jenama penulis tanpa rancangan 'parit'. --- ZAMRI MOHAMAD  merupakan penulis buku dan pengasas  kursuspenulisan.com  . Beliau juga merupakan trainer ideator, kreativiti dan inovasi. Hubungi melalui zamrimohamad@gmail.com bagi menghadiri kursus dan mengendali...