Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apabila pengarah berkata Action!

Pakai mikrofon di tepi tali leher Sebelum rakaman Rakaman bermula Di sebalik tabir Pagi tadi berada di pejabat dan petang ke PTS bagi rakaman PTS Web TV bagi keperluan laman web http://www.pts.com.my/ , berlatar belakang kain berwarna hitam dan spotlight di sisi, rakaman bagi bicara buku selama sepuluh minit ini akan mengetengahkan beberapa penulis dari masa ke semasa untuk dimuatkan ke dalam laman web ini nanti. PTS Profesional bahagian Pendidikan membuka gelanggang dan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai pembuka bicara. Terima kasih kepada krew produksi, pengacara Tuan Fadzli Yahya Ahmad, Pengarah, Tuan Hisham Salmin dan jurukamera serta audio, Tuan Izwan serta rakan yang datang menjadi jurukamera sampingan, Tuan Syaiful Hizam kerana sama-sama memeriahkan dunia buku ke dalam dunia internet. Kita meng'Oprah Winfrey'kan dunia buku ini! ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier...

Permudahkan jangan disukarkan

Simple. Mungkin istilah ini menjadi konsep laman web baru http://www.zamrimohamad.com/ , ketika saya memfokuskan diri kepada buku-buku terbaru bagi tahun 2008, saya juga sedang menantikan bahan penulisan penulis-penulis bersama untuk dikemaskini, ditambah dan disusun mengikut keperluan buku. Pembaca memberi kepercayaan kepada kita dengan nilai wang yang ditukar dengan buku hasil karya kita. Maka perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa penting bagi penulis lakukan. Laman web saya sedang dipermudahkan dari sudut pautan, persembahan dan isi kandungan agar ia tidak menyerabut kepala pengunjung. Bukankah kata nabi, "Permudahkan jangan disukarkan."   ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan d...
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Wajah 1998

Dari kiri, Awie, Azrulizam, Yazid, Hadi dan Zamri Bagi sebahagian, mereka sudah kenal mengenali sejak zaman kanak-kanak. Bagi saya ini adalah tahun ke 14 kami kenal satu sama lain sejak tahun 1993 selepas saya berpindah masuk ke SMK Tinggi Melaka, kami membawa haluan masing-masing tanpa menidakkan nilai kepentingan persahabatan yang terjalin di sekolah itu. Saudari Johari mengadakan majlis barbeque Aidilfitri semalam (Ahad, 28 Oktober 2007) di rumahnya, Presint 10 Putrajaya. Inisiatif kepada penghasilan web forum MHS98 Forumotion menjadi titik tolak kepada beberapa siri perjumpaan melibatkan ziarah, majlis berbuka puasa dan segala macam lagi yang disusun pada masa akan datang. Forum ini baru sahaja dilancarkan oleh saudara Nizam atau dikenali dengan gelaran Boboy. Saya perlu berterima kasih kerana inisiatif ini menjadikan kami mudah menghubungi satu sama lain. Jika tidak, masakan sahabat saya saudara Kamal Ebby Shah boleh mendapatkan nombor telefon saya jika beliau sendiri tidak menyer...

Buat sekali makan berkali-kali

Saya membelek akhbar Utusan Malaysia yang dibeli oleh saudara Haeqal pada hari Sabtu lalu. Sebuah iklan menarik perhatian saya. Bola Kampung setiap Isnin jam 7.00 malam di RTM 1. Iklan satu muka penuh warna ini menarik perhatian saya kerana ia adalah siri kartun yang dihasilkan sekali tetapi makan berkali-kali. Saya melihat senarai produk lain yang dihasilkan dari siri Bola Kampung yang turut dipaparkan dalam iklan. Apa maksudnya? Pertama, siri Bola Kampung dihasilkan dalam bentuk animasi untuk siaran televisyen, maka penciptanya menerima pendapatan daripada animasi itu. Kedua, animasi itu diberi hak penerbitan dalam bentuk buku. Perlesenan diberi kepada Teck Huat (C) Co. Sdn Bhd. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari buku. Ketiga, animasi dijadikan dalam bentuk barangan apabila siri merchandise dilesenkan kepada J.Calli. Dalam situasi ini ia dijadikan rekaan bagi payung, pensil, rantai kunci dan kemeja T. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari J.Calli. Keempat, ...

Ini 'gua' dan 'lu' Tuan Rumah

Sangkanya Aidilfitri pertama Kuala Lumpur lengang, sebaliknya berlaku. Lebuh raya PLUS ke Melaka sesak dan perjalanan yang mengambil masa dua jam menjadi lebih panjang. Tidur dalam kenderaan pun tidak selesa, sakit tengkuk dibuatnya. Sampai sahaja di perkarangan rumah, kelihatan kenderaan guru sekolah saya. Ustazah Asma dan suami, Tuan Haji Zainal datang menziarah. Kami menjadi saudara meskipun isteri Tuan Haji Zainal yang merupakan ibu saudara saya dahulu sudah meninggal dunia kerana barah lebih 15 tahun lalu. Duduk bercerita mengenai sekolah. Ramai guru yang pernah mendidik saya telah bersara. Bersara dari profesion dan bersara dari dunia. Keadaan sekolah sudah jauh berubah cuma kenangan-kenangan itu apabila dibawa berbual seperti baru semalam sahaja berlaku. "Assalam alaikum" Suara memberi salam. Kawasan kampungku seperti mana tempat-tempat lain meriah dengan kedatangan tetamu ke rumah. Tetapi tetamu bagaimana yang datang? Kanak-kanak tidak ramai seperti dahulu. Penagih da...

Magnet Cinta di Singapura

Salbiah Sirat Tebans Gardens Road Jurong, Singapura. Jika tidak silap, saya memiliki Magnet Cinta di Malaysia. Magnet Cinta banyak merangkumi berbagai aspek tentang cinta. Bagi pendapat Sal, cinta adalah satu penjernihan peribadi yang terdapat dalam jiwa manusia. Ia merupakan satu fitrah. Encik zamri yang menulis buku itu ya. Tahniah! Satu motivasi tentang cinta yang amat kuat. Sal jika hendak menulis buku, mungkin berkenaan motivasi cinta dan minda. Ada rakan-rakan Sal yang putus cinta. jangan marah ya! Gurau sahaja! http://sarqina.multiply.com/ Testimonial disusun semula dari mesej asal. Daripada penulis: Terima Kasih, saya dan rakan-rakan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saudari dan pasangan di dunia dan akhirat. Moga-moga pengalaman cinta saudari akan menjadi ibadah yang diredhai dan inspirasi kehidupan yang lebih baik dan indah buat teman-teman di sekeliling. Sebarang komen, cadangan, kritikan yang boleh memperbaiki diri dan pengkaryaan yang bermanfaat amat dialu-alukan. T...