Langkau ke kandungan utama

Permudahkan jangan disukarkan


webz.jpg




Simple.


Mungkin istilah ini menjadi konsep laman web baru http://www.zamrimohamad.com/ , ketika saya memfokuskan diri kepada buku-buku terbaru bagi tahun 2008, saya juga sedang menantikan bahan penulisan penulis-penulis bersama untuk dikemaskini, ditambah dan disusun mengikut keperluan buku. Pembaca memberi kepercayaan kepada kita dengan nilai wang yang ditukar dengan buku hasil karya kita. Maka perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa penting bagi penulis lakukan.


Laman web saya sedang dipermudahkan dari sudut pautan, persembahan dan isi kandungan agar ia tidak menyerabut kepala pengunjung. Bukankah kata nabi, "Permudahkan jangan disukarkan."


 


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...