Dari kiri, Awie, Azrulizam, Yazid, Hadi dan Zamri
Bagi sebahagian, mereka sudah kenal mengenali sejak zaman kanak-kanak. Bagi saya ini adalah tahun ke 14 kami kenal satu sama lain sejak tahun 1993 selepas saya berpindah masuk ke SMK Tinggi Melaka, kami membawa haluan masing-masing tanpa menidakkan nilai kepentingan persahabatan yang terjalin di sekolah itu.
Saudari Johari mengadakan majlis barbeque Aidilfitri semalam (Ahad, 28 Oktober 2007) di rumahnya, Presint 10 Putrajaya.
Inisiatif kepada penghasilan web forum MHS98 Forumotion menjadi titik tolak kepada beberapa siri perjumpaan melibatkan ziarah, majlis berbuka puasa dan segala macam lagi yang disusun pada masa akan datang. Forum ini baru sahaja dilancarkan oleh saudara Nizam atau dikenali dengan gelaran Boboy.
Saya perlu berterima kasih kerana inisiatif ini menjadikan kami mudah menghubungi satu sama lain. Jika tidak, masakan sahabat saya saudara Kamal Ebby Shah boleh mendapatkan nombor telefon saya jika beliau sendiri tidak menyertai MHS98 Forumotion.
Dari kiri, Nizam, Azrulizam, Johari dan Azrie.
Mengapa MHS98?
MHS98 adalah nama sekolah dan tahun yang digabungkan. MHS merupakan singkatan perkataan Malacca High School atau dalam bahasa Portugis dijadikan cogankata Meliora Hic Sequamor (Here We Strive for Better Thing)
Tahun 1998 adalah tahun akhir kami bersama di sekolah ini sebelum masing-masing melanjutkan pengajian ke tempat lain dan ada pula yang sudah membina karier lebih awal.
Saya meletakkan label berjaya dalam hidup mereka. Ada yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, bekerja di agensi swasta dan kerajaan dalam kedudukan yang menjadikan gelaran di pejabat sebagai Tuan. Dalam serius masing-masing di alam kerja dan urusan keluarga mereka, apabila kami bertemu, sikap kegilaan 1998 menjadi wajah sebenar masing-masing.
Mentor saya pernah memberi pesanan, rakan-rakan di alam bekerja berbeza dengan rakan-rakan di alam persekolahan. Rakan-rakan saling dukung-mendukung dan menjadi insuran sosial satu sama lain. Insuran sosial yang melindungi pemikiran, hati, tindakan dan keputusan kita.
Pengurus PTS Islamika, Tuan Faris pernah bercerita, antara nasihat yang tidak dapat beliau lupakan ialah agar menjaga dan meneruskan hubungan yang baik dengan rakan-rakan ketika mana masing-masing bersahabat bukan atas dasar kepentingan. Pada suatu hari nanti, mereka akan mempunyai nama tersendiri dalam dunia masing-masing, tetapi kerana persahabatan yang bermula dari tiada nama itulah yang menjadi lebih telus, ikhlas dan berpanjangan.
Allah lebih mengetahui.
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.
Ulasan
And one more dimana ye saya boleh berkenalan dgn org2 yang high motivated ni..sebab sekarang saya rasa banyak kekonfiusan, susah senang saya boleh je minta opinion mereka ni. thx. salam & selamat bekarya