Langkau ke kandungan utama

Ini 'gua' dan 'lu' Tuan Rumah

Sangkanya Aidilfitri pertama Kuala Lumpur lengang, sebaliknya berlaku. Lebuh raya PLUS ke Melaka sesak dan perjalanan yang mengambil masa dua jam menjadi lebih panjang. Tidur dalam kenderaan pun tidak selesa, sakit tengkuk dibuatnya.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, kelihatan kenderaan guru sekolah saya. Ustazah Asma dan suami, Tuan Haji Zainal datang menziarah. Kami menjadi saudara meskipun isteri Tuan Haji Zainal yang merupakan ibu saudara saya dahulu sudah meninggal dunia kerana barah lebih 15 tahun lalu.

Duduk bercerita mengenai sekolah. Ramai guru yang pernah mendidik saya telah bersara. Bersara dari profesion dan bersara dari dunia. Keadaan sekolah sudah jauh berubah cuma kenangan-kenangan itu apabila dibawa berbual seperti baru semalam sahaja berlaku.

"Assalam alaikum"

Suara memberi salam. Kawasan kampungku seperti mana tempat-tempat lain meriah dengan kedatangan tetamu ke rumah. Tetapi tetamu bagaimana yang datang?

Kanak-kanak tidak ramai seperti dahulu.
Penagih dadah dengan berbaju Melayu dan berseluar Jeans datang rumah ke rumah ziarah dan mendapat duit raya.
Mereka yang tinggal di jalanan pun begitu juga.

Rumah tinggal bertambah dari masa ke semasa apabila warisnya sudah tidak ambil peduli. Maka rumah yang cantik bertambah usang, besi dicuri untuk dijual dan ruang bilik dijadikan tempat tidur si penagih bersama rakan-rakan. Mereka di sebelah rumah usang sudah gusar akan keselamatan diri dan harta benda.

Mahu jaminan siapa lagi untuk keselamatan mereka?

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...