Sementara menunggu sesi woksyop pemasaran Facebook, saya singgah sebentar ke MPH di Mid Valley. Terdorong mencari buku Positioning tulisan Jack Trout sebagaimana dicadangkan oleh Tuan Hilmi Isa, penulis buku Rahsia Kalimah Berkuasa terbitan Truewealth. Buku yang dicari ditemui, membelek bahagian dedikasi dan membacanya; Dedicated to the second best advertising agency in the whole world. Ayat dedikasi kepada yang kedua terbaik membuat saya tersenyum. Bukan kedudukan pertama sahaja yang perlu dirai, di mana sahaja kedudukan yang didudukinya, ia selaras dengan prinsip kamu dapat apa yang kamu usahakan. Buku setebal 210 halaman dengan perbincangan mendalam mengenai positioning dalam 25 bab keseluruhan dibawa ke sana sini. Kemudian kedengaran suara sedang bercakap kepada sekumpulan pengunjung MPH. Ceramah disampaikan oleh seorang penulis sedang berlangsung. Penulis itu bernama Andrew Chia. Beliau menulis buku berjudul Money Secrets. Kini buku itu sudah empat siri diterbitkan. ...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.