Langkau ke kandungan utama

Usahanita berskype bikin 'ting-ting' bisnes online

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------




Jam 6.30 pagi lagi, kami bertolak dari Wangsa Maju menuju ke The Place, Damansara Perdana. Saya ke sana di bawah pimpinan Tuan Osman Affan. Ini adalah kali ketiga kami diberikan amanah bagi mengendalikan bengkel penjenamaan bisnes dan pemasara di internet. 

Ia berlaku tempoh kurang seminggu antara bengkel di Johor dan di Kuala Lumpur. Pernah diceritakan di sini.




Dalam bengkel yang dianjurkan oleh Warisan Global bagi membantu para usahanita seluruh negara, inilah bengkel pertama yang memperkenalkan kepada dunia SKYPE kepada usahanita.



Salah seorang peserta yang hadir menghampiri saya dan memberitahu, "Tuan, saya terlibat dalam sebuah bisnes yang digerakkan oleh kumpulan peniaga muda. Mereka menggunakan SKYPE sepenuhnya dalam sesi training secara online."

Nanti dahulu, apakah itu SKYPE sehingga ia menjadi modul pertama dalam strategi pemasaran internet dalam bengkel ini?

SKYPE adalah medium komunikasi secara teks, video dan visual, bergantung kepada pilihan masing-masing.

Saya menggunakan SKYPE bagi berurusan dengan pengurus program saya di Sarawak, Tuan Nasruddin yang membantu dalam mengendalikan bengkel penulisan di sana.

  • Nota: Ingin ikuti bengkel penulisan rencana akhbar dikendalikan saya di Sarawak? Hubungi Tuan Nasruddin di emel beliau, nash.mansor@gmail.com hari ini.

Kembali kepada cerita bengkel tadi.

Audio SKYPE tidak putus-putus dan kualiti videonya baik. Malah membantu peniaga membuat diskusi kumpulan dari tempat berbeza. Itulah yang dilakukan oleh 40 peserta usahanita dalam bengkel hari ini.

SKYPE digunakan oleh sesetengah peniaga bagi membuat demonstrasi produk kepada pelanggan yang telah membayar bagi menonton secara online. Semasa mereka menonton demonstrasi produk, mereka melakukan serentak.



Pada paparan adalah wajah pengusaha salun Muslimah di Taman Permata. Wajah Puan mirip seorang rakan saya yang menetap di situ juga. 

Teruja para peserta dapat berbicara secara audio-visual sepanjang sejam setengah.

SKYPE dapat digunakan oleh peniaga dalam beberapa perkara berikut

(1) Menghantar katalog bersaiz besar kepada pengedar di negeri lain. Penghantaran melalui emel secara maksima 20 MB sahaja. SKYPE lebih daripada itu.

(2) Membuat demonstrasi online kepada wakil pengedar di negeri lain. Bagi membantu mereka meniru dan melakukan kembali di hadapan pelanggan.

(3) Gaya perbincangan jarak jauh majikan dan pekerja, peniaga dan pelanggan secara serius.

Insya Allah, bagi mengikuti modul ini bagi program keusahawanan internet di tempat Tuan dan Cik Puan, emelkan sahaja jemputan. Klik di sini.

Sedikit corat-coret bengkel Memperkasakan Wanita SME anjuran Warisan Global ini.


Foto album program




Para peserta ini adalah penting, kerana itu kami di situ. Melalui perniagaan mereka akan terbuka peluang pekerjaan yang halal dan berkat kepada orang lain. Maka berada dalam bengkel ini adalah usaha kita memudahkan tugas mereka 'memudahkan keperluan orang lain'.

Mereka berjuang bukan untuk diri mereka sendiri. Mereka juga sedang berjuang untuk keluarga melalui dunia perniagaan. Sebagai trainer, tugas kami berusaha memastikan ada skil yang dapat menaikkan 'sinar bintang' keusahawanan melalui sentuhan online. Insya Allah.



Usahanita yang mengagumkan. Makan tengah hari, mereka tidak bersegera pergi makan sehingga teranjak masa jauh ke depan. 

Ketika makan, masih ada laptop terbuka depan mata. Wahai Allah, berkati mereka yang mencari redamu melalui proses mencari ilmu sepanjang bengkel ini.




Antara peserta kumpulan ibu tunggal. Saya menyentuh laptop yang disebut oleh peserta itu kepada yang lain, "Ia milik arwah suami saya."

Betapa hati saya tersentuh melihat perjuangan ini. Dalam senyum dan gila-gila mereka, ada perjuangan yang mereka bawa bersama.

Sesetengah peserta diberi sokongan oleh suami mereka yang menghantar mereka seawal pagi dan mengambil mereka lewat petang di depan bangunan tempat kami berkursus.



Mereka benar-benar membuat saya maraton ke lapan buah meja secara bergilir. Meskipun lutut saya dalam proses penyembuhan akibat cedera Jumaat lalu, semangat mereka membuat saya lupa berdiri selama program empat jam ini.

Insya Allah, kita melihat kepada ruang dan peluang bagi membantu lebih ramai usahanita melalui program keusahawanan internet. Semoga Allah permudahkan. Mohon doa daripada rakan-rakan pembaca.

Terima kasih kepada Warisan Global atas usaha mulia ini.




-----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

Jemputan bengkel pemasaran internet ke zamrimohamad@gmail.com



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...