Langkau ke kandungan utama

Apabila para trainer bercakap di ruang pameran kereta

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------

Masuk sahaja ke ruang pameran kereta, iaitu lokasi kami mengendalikan bengkel dan seminar penjenamaan dan pemasaran internet, kami disambut dengan kenderaan ini.


Bercakap mengenai formula mulakan dengan apa di tangan di hadapan peserta di ruang pameran kenderaan mewah, itu satu peristiwa unik kepada saya bagi permulaan Mac 2011. 





Dengan izin Allah, mentor saya, Tuan Osman Affan menjemput saya bagi mengendalikan sesi pemasaran internet selama dua hari di Johor. Ini bagi memenuhi jemputan Global Warisan yang menganjurkan program ini.


Siapakah Global Warisan?

Global Warisan membantu dari aspek membentuk konsep, membina dan mengimplementasi projek yang memberi kesan positif kepada aktiviti sosial untuk korporat dan projek komuniti. Ia memfokuskan kepada pembangunan 'sosial entrepreneur'.

Ia bekerjasama dalam program-program keusahawanan seperti Enterprise Tuesday. Merupakan program kerjasama dengan universiti Cambridge yang mendorong kepada pembentukan keusahawanan dari peringkat awal.

Global Warisan diberikan amanah menguruskan program Pusat Internet Desa di bawah program social entrepreneur.

Lebih menarik lagi, saya pernah menulis mengenai Pusat Internet Desa, satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan penggunaan internet di kampung-kampung.




Perkara ini menjadi tumpuan saya dalam novel usahawan cilik terbitan PTS Pro, berjudul Blogger Kampung. Novel ini akan menemui para pembaca tidak lama lagi. Insya Allah.

Nampaknya satu persatu yang berkaitan terikat dalam pertemuan ini.

Buat kali ini, di bawah pimpinan Tuan Osman Affan, kami berada di Johor atas jemputan Global Warisan bagi mengendalikan program Empowering Women through Entrepreneurship Workshop, iaitu bengkel memperkasakan wanita melalui keusahawanan.






Program ini adalah program kerjasama kedutaan Amerika, khususnya bagi sesi dinamakan 'Sembang-sembang' untuk usahawan.

Kami bersama 50 orang usahanita mewakili pertubuhan usahanita dari setiap cawangan.



Tuan Osman Affan memberi tip bagaimana mengurus jenama diri dan presentasi di hadapan khalayak baik di luar mahu pun secara online.

Seni menulis matlamat 'bisnes' yang dijalinkan dengan matlamat personal ditunjukkan satu persatu.



Manakala, buku Urus Bisnes dengan Google menjadi panduan kepada saya mengendalikan bengkel melalui praktikal dan diikuti satu persatu langkah yang ditunjukkan.

Para peserta didedahkan seni mengikat pelanggan melalui kajian gelagat pelanggan di Google.

Insya Allah buku Urus Bisnes dengan Google mudah ditemui peserta di kedai buku POPULAR dan MPH di sana.

Saya bertemu pembaca buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop dalam bengkel dua hari ini.


Ditunjukkan buku itu. Kulit bukunya semakin lunyai meskipun buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop baru dua bulan dibelinya. Melihat kulit buku yang sudah 'lembik' membuat saya senyum. Tandanya dia baca, baca dan baca.

Insya Allah buku ini mudah ditemui di POPULAR dan MPH.







Dalam sesi Sembang-sembang pada hari kedua, terdapat beberapa perkara yang dapat saya kongsikan di sini.

Kata ahli panel "Saya jadi pemandu kepadanya semata-mata mahu berjumpa bagi dapatkan sudut pandang tentang situasi bisnes yang tenat."

Kata ahli panel, "Situasi staf menarik bisnes ke bawah berlaku akibat tidak mencapai tahap dan berhenti kerja."

Kata ahli panel, "Selepas saya marah pada weak point bisnesnya, saya beri poin demi poin strategi mengatasinya."

Kata ahli panel, "Ada bisnes yang pelanggan mahu lihat bosnya di situ, bukan stafnya. Kemudian mahu kualitinya."

Kata ahli panel, "Hantar pelanggan hingga ke pintu. Itulah resipi saya bertahan 22 tahun dalam bisnes salun."

Kata ahli panel, "Selang sehari saya bertemu anak saya. Bergilir hari dengan bisnes saya di Malaysia kemudian Singapura."

Kata ahli panel, "Simpan 40% wang untung bisnes dan simpan sebelum hari hujan. Jangan terikat dan jadi hamba wang. Belanjalah juga."

Kata ahli panel, "Apa brand yang kamu bawa. Percaya dan faham sepenuhnya. Bercerita mengenainya."

Insya Allah, pada 10 Mac 2011 ini kerjasama dengan Global Warisan dilanjutkan bagi melatih 30 usahawan dari aspek penjenamaan dan pemasaran di internet.



-----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...