Rabu, Februari 02, 2011

Wahai Tuhan, apakah itu bahagia di dunia?

Kuliah Penyakit Hati oleh Ustaz Fauzi Mustafa
Masjid al Muttaqin, Wangsa Melawati.

Doa dalam surah al Baqarah ayat 201 yang dibaca selepas sembahyang, "Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, waqina a'za bannar."

Maksudnya, 201. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

Fahami maksud doa ini, kerana Allah tidak menerima doa yang hatinya lalai.

waqina a'za bannar bermaksud, "peliharalah kami dari siksa neraka."

Iaitu terlepas daripada seksaan.

wa fil akhirati hasanah bermaksud, "kebaikan di akhirat."

Iaitu kebahagiaan yang berakhir di syurga.

Apa pula maksud, "berilah kami kebaikan di dunia," dalam ayat fiddunya hasanah?

Ibn Abbas yang dikenali sebagai lautan Quran mentafsir ayat itu. Para tabieen bertanya maksud ayat berilah kami kebaikan di dunia.



Disebutkan oleh Ibn Abbas, ada tujuh tanda kebahagiaan di dunia,

(1) Qalbu Syakirun iaitu hati yang selalu bersyukur.

Jika tidak bersyukur, sekaya bagaimana pun manusia akan tamak. Quran menyebut betapa ramai tidak bersyukur. Malah, Nabi Muhammad berdoa agar menjadi mereka yang berada dalam kumpulan yang kecil, iaitu sekumpulan kecil manusia yang bersyukur.

Syukur bermaksud berterima kasih atas nikmat Allah yang tidak terhingga.

Dalam keadaan duka masih melihat nikmat lain.

Di pantai timur, adakalanya disebut 'mujur' Misalnya;

Minggu pertama.

Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Ahmad berkata, "Mujur kamu tidak ada apa-apa)."

Minggu kedua.

Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Tangan Ali patah. Ahmad berkata, "Mujur tangan sahaja patah, bukan kaki."

Minggu ketiga.

Rakan kepada Ali bercerita kepada Ahmad. Kereta yang dibawa Ali terbabas dan remuk. Ali terkorban. Ahmad berkata, "Mujur Ali seorang sahaja. Tidak dibawa anak dan isteri."

Berkeluh kesah apabila hujan sedangkan ia adalah nikmat percuma. Sama seperti udara yang tidak perlu dibayar.

Dalam keadaan dunia, lihat mereka yang kekurangan nikmat.

Orang yang membawa Mercedes, lihatlah yang membawa Kancil. Orang yang membawa Kancil lihatlah orang yang bermotosikal. Orang yang bermotosikal, lihat orang yang berbasikal. Orang yang berbasikal lihatlah orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan kaki lihatlah orang yang cacat kakinya.

Jadi nikmat mana yang kita dustakan?

Ada kisah seorang lelaki, bertemu seorang alim dan memohon doa agar diberikan kekayaan. Kata alim itu, "Kamu sudah mempunyai salah satu yang nilainya RM10,000 untuk dijual."

Bertanya lelaki itu, "Apakah benda itu?"

Alim itu menunjukkan mata orang itu. Fahamlah lelaki itu betapa mahal nikmat Allah pada dirinya.



(2) Pasangan yang soleh dan solehah

Orang yang soleh dan solehah adalah orang yang memahami agama. Jika dia memahami agama, dia memahami dan sabar dengan suami yang pulang lewat kerana tugas dan tidak bergaduh.

(3) Anak yang baik

Hasil didikan ayah dan ibu. Diajarkan akhlak kepadanya.

(4) Persekitaran yang baik

Nabi Muhammad berkata, pilih jiran sebelum memilih rumah. Ini adalah cara memilih persekitaran yang baik.

Fenomena isteri menjadi langsuir (yakni rumah ke rumah) bercerita dan mengumpat akibat daripada persekitaran.

Samalah kisahnya apabila melihat sikap jiran yang tidak sensitif pada tetangganya. Ada dua orang jiran yang selalu membeli barang dapur bersama. Pada satu hari mereka membeli periuk yang sama. Sehinggalah satu ketika, salah seorang daripada mereka kehilangan periuk selepas kenduri. Jiran yang kehilangan periuk di dapur dan mengambil dari tetangganya apabila melihat ia periuk yang sama. Dia berkata, "Oh! Di sini rupa-rupanya!"

Kisah 99 orang dibunuh oleh seorang lelaki yang mahu bertaubat. Lalu dia bertemu seorang alim, bertanya sama ada dia berpeluang bertaubat.

"Tidak!" jawab alim itu. Maka alim itu dibunuh.

Bertemu dia dengan seorang alim lagi. Dia berkata kepada pembunuh itu, "Pergilah ke satu tempat yang mana jauh daripada tempat kamu. Di sana kamu akan temui orang-orang yang baik."

(5) Harta yang halal

Zakat yang tidak berbayar memakan harta pemiliknya. Dalam pelbagai keadaan. Jika ia sebuah rumah, maka rumah itu bermasalah. Kerosakan kecil akan jadi besar.

(6) Tafakuh fiddin atau faham agama

Faham agama dengan bertakwa kepada Allah. Tidak semestinya seorang yang terlalu abid dan alim yang mendasar. Dia memenuhi asas agama sebaik mungkin dan meningkatkan sedikit demi sedikit secara konsisten.

(7) Umurnya berkat

Tanda-tandanya, semakin tua semakin menghampiri amalan soleh. Makin pemaaf sikapnya. Setiap saat diisi dengan ibadah.




------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

1 Respons:

~Z~ berkata...

mohon share ya

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates