Selasa, Februari 01, 2011

Kata kati katu (4) Edisi Melaka


Kata kati katu. Lintas langsung

Di Melaka | Selesai mini coaching penulisan fiksyen kepada seorang remaja yang bertugas di sebuah kedai buku Melaka. Malam ini menanti emelnya. Beliau menunggu tiga tahun bagi bertemu. Bagaimana alumni di kursuspenulisan.com? Inilah cabaran menghasilkan karya. Bagaimana pula mereka yang berkata mahu menulis sejak tahun (berapa)? Insya Allah, buat sahaja. [via Celcom SMS]


Di Melaka | Berjalan kaki separuh bandar Melaka. Melihat dan mentafsir. Bertemu peniaga dvd filem tamil sejak 30 tahun dari zaman piring hitam lagi. Saravanna Digital Music adalah kedai yang menjual DVD. 30 tahun lalu ia menjual piring hitam, kemudian pita video, kemudian VCD. Milik Saravanna Restaurant. Sempatlah beli satu DVD....judulnya.... [via Celcom SMS]

Di Melaka | Benar kata seorang penulis, "Kembali ke asal akan mengukuhkan hati. Kembali kenal diri." [via Celcom SMS]

Di Melaka | Dia menunggu tiga tahun agar bertemu (bertembung) saya semula. Semoga Allah permudahkan usahamu menjadi penulis. Orang seperti ini sama semangatnya seperti mente terdahulu, Tuan Mohd Aliff Mohd Nor. Kita doakan dia berjaya.


Di Melaka | Ke Masjid al Hamideen, Bukit Cina. Ketika zaman sekolah, di sinilah kami duduk. Ada orang bawakan nasi putih dan sambal sardin sebagai hidangan hari Jumaat, selain daripada pisang. Oh! Ada cerek berisi air kopi panas juga.


Di Melaka | Masjid al Hamideen, dipenuhi pelajar asrama Malacca High School, kakitangan bank dan kami yang 'separa asrama' setiap hari Jumaat. Bersebelahan hotel.


Di Melaka | Stesyen Mobil tempat bekerja kini sudah dirobohkan. Pemiliknya seorang senator negeri. Pagi-pagi jam 7.00 ada sahaja orang muncul dari belakang stesyen. Tugas awal, memasukkan air dalam setiap bekas, meletakkan pemadam api pada setiap stesyen, memastikan menjual air bateri, memeriksa enjin dan memeriksa enjin. Selain daripada memastikan 'orang gila' tidak memasuki tandas dan mandi di situ. Biasanya dia lebih gila pandai daripada kami.




Di Melaka | Laluan bas, pernah satu pagi salah seorang kakitangan berkata pada saya mengenai seorang kakitangan lagi, "Kau tunggu, nanti abang --- akan duduk di sini." Rupa-rupanya bas itu membawa bersama tunangnya. Ia melalui stesyen minyak kami. Patutlah kakak itu selalu memandang ke stesyen kami. Abang yang dimaksudkan itu, sedikit cacat wajahnya, mulutnya sumbing, berjalan tempang dan tangan kanan cacat. Tunangnya normal fizikal. Di sini kami berdiri ramai-ramai melihat lumba De Tour de Langkawi.


Di Melaka | Sabtu dan Ahad, Pizza Hut di hujung bangunan akan penuh. Pelanggan yang makan di sini terpaksa akur kepada kami dengan sewaan tinggi tapak letak kereta di stesyen minyak. Sungguh kapitalis! Jam 6.00 petang, agihan bisnes parking dipecah dua. Pizza Hut ini sudah berpindah.

Di Melaka | Pusat pengeluaran dodol pelbagai bentuk bungkusan. Edaran dalam negeri dan eksport. Rasanya ada logo halal JAKIM.



Di Melaka | Berjalan kaki di bandar Melaka baru berpeluang melihat bangunan-bangunan penting. Di belakang bangunan perniagaan kaum Cina dan India ini terletak sebuah masjid.


Di Melaka | Kedai buku Tai Chong Wah.


Di Melaka | Cendol, nasi lemak, capati, tosai, mee goreng, nasi campur. Satu-satunya kedai milik Tuan Linggam, 99.9% adalah kedai makan Cina. Ini adalah kawasan perniagaan kaum Cina.


Di Melaka | Bee Loon adalah autoriti dan rujukan serta tempat ibu bapa mewajibkan diri membeli pakaian sekolah anak-anak mereka. Zaman 'seluar tempah berbutang ala seluar jeans' menjadikan kami tidak berminat dengan Bee Loon.


Di Melaka | 1939 adalah tarikh lahir bangunan ini, sama dengan tarikh lahir ayah. Kiranya zaman itu, inilah bangunan moden.


Di Melaka | Selagi tidak cakap, "Cukup!" selagi itulah kakitangan kedai ini menambah nasi pada daun pisang pelanggan. Berbukit nasi dibuatnya! Papan tanda di sini bermula dengan bahasa kebangsaan, diikuti bahasa Tamil seterusnya...

Di Melaka | Satu bangsa berbeza agama, kejiranan bisnes yang biasa kelihatan di Melaka. Bak kata Tuan Ann Wan Seng, "Jika nampak gulai itik di restoran Melayu di Melaka perkara biasa macam lihat itik gantung di restoran Cina."


Di Melaka | Saya sempat curi-curi pandang buku yang dibacanya ketika berehat di depan bank selepas bekerja. Buku itu difotokopi, rasanya ada perkataan How to Mingle With People. BACA@LRT, cabaran kepada kaki buku di bandar sana!


Di Melaka | Rasa jiwa lama, 'penchetak'


Di Melaka | Alhamdulillah, buku famili dalam kedai buku yang sama. Berjiranlah kita ya di Thai Kuang, Tuan Mazlan Mohamad. Klik di sini bagi mengenali Tuan Mazlan Mohamad.


Di Melaka | Kualiti Bus Town Banda Hilir Melaka yang menjadi pengangkutan utama di negeri maju Melaka. Pasti akan menjadi berita menarik apabila timbul kes penumpang jatuh dan digilis bas akibat kerusi yang 'berbahaya' ini.


Di Melaka | Dahulu inilah balai polis kampung kami. Kemudian didiami orang. Saya pun tidak pasti orangnya susah atau bagaimana. Tetapi berjalan di atas lantainya perlu hati-hati. Siling rumah digantung kain yang dijahir lebar. Dia berbesar hati melihat kami menaiki rumahnya bertakbir pada malam Eid. Sekarang sudah tidak bertemu lagi.




Di Melaka | Awal pagi kedai runcit di Pokok Mangga sibuk. Ketika tahun 1999, inilah pembekal kecemasan saya apabila kekurangan kacang soya untuk menjaja di kampung. Mahal sedikit tetapi asalkan jalan.


Di Melaka | Anak buah yang kecil pun sudah tak kenal pakcik sendiri. Ambil jalan selamat duduk jauh-jauh petang tadi....





Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates