Selasa, Februari 01, 2011

Kata kati katu (3)


Kata kati katu

‎Muhammad Firdaus Bin Ariff,

Dari Abu 'Aisyah Yusof Yahaya - Nabi Musa dan Nabi Harun, antara manusia termulia ketika menasihati Fir'an, antara makhluk terhina tetap disuruh berlembut. Kenapa kita yang tidak mulia mana dengan mudah menghina & menjatuhkan orang lain yang tidaklah sehina Fir'aun, baik sahabat mahupun tidak dalam kita menasihat? Layakkah kelakuan mendapatkan Syurga?

Nota: Rujuk Surah ToHa

Kata kati katu

Wahai Allah, ini kali kedua kau pertemukan dengan orang asing yang datang kepadaku dan mengangkat tangan mendoakanku. Tahun lalu di hadapan orang ramai di KLCC, tahun ini di hadapan Tuan Mohd Yusry Mohd Yusopp awal pagi tadi. Apakah mereka ahli syurga yang kau utuskan untuk kami?

Kata kati katu


Atas saranan pereka hiasan dalaman, melihat kepada betapa kedekutnya kami di Learning Station dan SK.my, beliau yang juga alumni kursuspenulisan.com mencadangkan kami menggunakan produk ini bagi memastikan para peserta akan dapat menconteng dinding kami dalam bengkel akan datang. Semoga Allah permudahkan. Terima kasih Tuan Hazlam Anuar. Mereka yang mahu dapatkan nasihat beliau, klik dan add pada Facebook.

Kata kati katu

Kata dia, "Panggil ia sebagai alam ciptaan Allah, bukan alam semula jadi. Agar terikat kata kita dengan namanya. Juga terikat sebab kejadian kepadanya." Kemudian terikat nama kita padanya. Insya Allah.



Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melaluilatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates