Selasa, Februari 15, 2011

Buku 'Fitnah' 30 Strategi Membina Pengaruh

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan dapat memanfaatkan.

------








TV Hijrah (rancangan Assalamualaikum) membincangkan isu yang menarik mengenai fitnah di alam siber.  Memenuhi jemputan Tuan Syafiq Zulkafli yang turut menjadi hos bersama Cik Puan Amalina, saya memetik peristiwa fitnah melibatkan Nabi Yusuf.


Terima kasih kepada Tuan Syafiq Zulakifli dan Cik Puan Amalina kerana membantu saya dalam rancangan Assalamualaikum tadi. 

Terima kasih kepada tim termasuk produser, Tuan Ahmad Fitri Che Musa dengan diskusi content program. Juga kepada tim berita, wartawan yang menemubual sempena jihad melawan Valentine.


Topik klasik fitnah dalam peristiwa Nabi Yusuf menjadi rujukan silang kepada apa yang berlaku pada hari ini. Maka dibawakan dan dibaca di hadapan para penonton TV Hijrah. Buku 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS MIllenia. 

Insya Allah, mudah didapati di MPH dan POPULAR. Juga di kedai-kedai buku seluruh negara.

Kembali kepada fitnah dari cerita Nabi Yusuf,

  • Salah satu kesan fitnah kepada diri adalah memaparkan karakter diri sebenar mangsa.
  • Bakat adalah anugerah Allah, tetapi karakter adalah pilihan sendiri.
  • Karakter yang positif secara langsung mendorong kejayaan orang lain.
Sebahagian daripada kajian Nicholas Carol.

Apabila difitnah. Menukar skrip "Saya tidak mencuri duit itu" kepada "Rekod menunjukkan wang tidak hilang" Jangan tolak tetapi tapis. Ayat pertama mengukuhkan kepercayaan orang lain bahawa dia melakukan.

Apabila difitnah, mangsa akan menunjukkan dua corak maklumbalas iaitu, berasa kehilangan tempat bagi membantunya dan menafikan dia tidak bersalah. 20 peratus daripada mangsa fitnah biasanya menggunakan separuh daripada pemikiran analitikal terhadap apa yang berlaku.

Apabila difitnah,

(1) Mangsa akan timbul rasa tidak percaya, terkejut dan 'sedikit liar'.
(2) Kemudian timbul rasa ingin tahu dari mana maklumat itu datang.
(3) Kemudian tidak melayan fitnah melainkan ia timbul kali kedua.
(4) Bertindak sedikit abnormal.
(5) Kemudian kembali rasional.




Nota: Buku 30 Strategi Membina Pengaruh pernah dijadikan hadiah terbuka dan senyap-senyap oleh pembaca kepada majikan mereka selain daripada bacaan sendiri. Ke arah membina pengaruh yang bersifat 'ibadah'.

Catatan hidup



Saya sedang mencari jawapan kepada satu perkara sejak awal tahun. Kemudian Allah menjawab persoalan melalui pertemuan. Apabila bertemu dengan dua orang individu ini yang menggerakkan operasi perkampungan amal di bawah Yayasan Al Jenderami, mengesahkan keputusan saya. 

Benar, "Beristikarah, pasti kita tidak menyesal" (Sebahagian maksud hadis direkodkan al Thabrani)





-----



Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates