Selasa, Februari 15, 2011

Mencintai dan merindui orang yang sama.



Dengan izin Allah, semalam pada waktu perdana Berita Al Hijrah, ini adalah mesej kepada mereka yang menyambut hari Valentine. Ada hari-hari yang lebih layak disambut berbanding hari Valentine yang jauh jarak dari aspek sejarah dan kehidupan kita.

Hari yang dapat kita kongsi bersama adalah hari 'kelahiran nabi' kerana kita mencintai dan merindui orang yang sama.

Mengingati tarikh bertunang, bernikah, mendapat kelahiran pertama, adalah tarikh-tarikh yang lebih dekat dan menjadi titik perubahan yang lebih baik menjadi manusia (itulah hari kita meningkatkan ibadah) berbanding meraikan tarikh cinta di bawah payung Valentine.

Nota: JAKIM dan badan politik seperti PAS sedang menggerakkan kempen anti Valentine.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates