Selasa, Februari 15, 2011

Mesej 'Perniagaan Internet' kepada 800,000 hit TV Selangor

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------





Selang sehari selepas siaran langsung rancangan Assalamualaikum di TV Hijrah, kami kemudian memenuhi tanggungjawab bagi menceritakan mengenai dua perkara.


  • Pertama. Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis anjuran Akademi Penulis pada 19 Februari. Informasi mengenai seminar dapat diikuti di sini . Inilah seminar yang akan membocorkan banyak perkara. 
  • Kedua. Bercerita mengenai perkembangan perniagaan di internet kepada rakyat Malaysia.
Bercerita di hadapan audien TV Selangor yang aktif mengikuti siaran online memberi ruang kepada kami menyampaikan mesej. Menurut sumber, TV Selangor mencapai 800,000 hit kunjungan dan tontonan. Ini satu perkembangan positif kepada kewujudan TV Online.



Sehingga entri ini ditulis, Allah mengizinkan kami menulis beberapa buah judul buku di bawah siri perniagaan dan pemasaran di internet. Iaitu;
Terima kasih kepada hos, Tuan Dj Mansor yang memberi tunjuk ajar dan petua, baik dari segi menambah baik hidup dan peningkatan diri. Semoga Allah berkati.
Ayatnya mengenai moral, analogi pijak rumput dan kaitan dengan tahap motivasi memberi kesan kepada saya.

"Tambah motive dan action setiap hari," katanya.

Saya suka memberi respon mengenai pertanyaan DJ Mansor mengenai potensi perniagaan di internet. Mari saya sampaikan dalam bentuk cerita ini.

"Sebelum ini saya seorang akauntan. Majikan saya seorang yang workaholic. Saya hanya pulang apabila majikan pulang.

Bayangkan setiap malam saya berjalan kereta di tempat letak kereta seorang diri. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Apabila pulang, saya melihat anak saya tidur. Selama empat tahun saya melalui hidup rutine dengan ulangan yang sama setiap hari.

Kehidupan berubah

Ini menyebabkan saya mengambil keputusan menjual di blog. Sesuai dengan formula yang mereka berikan, Mulakan dengan Apa yang Ada di Tangan. Saya mula menjual pada hujung minggu.

Saya memilih menjual beg wanita. Saya menghantar pesanan pelanggan melalui Pos Laju yang berdekatan dengan pejabat. Penghantaran dibuat dua kali seminggu.

Lama kelamaan waktu menjadi semakin terhad. Saya sibuk menguruskan pesanan pelanggan.

Perniagaan berasaskan blog shop menjual beg menggunakan blogspot mendapat perhatian ramai.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti  kerja. Menumpukan 100 peratus tumpuan pada perniagaan di blog. Semuanya dilakukan di rumah. Di sisi anak saya yang nyenyak tidur di riba saya, ketika saya melihat pesanan pelanggan di laptop. Kedua-duanya kehidupan dan kerjaya saya idamkan diperolehi serentak.

Blog membantu saya memiliki pendapatan dan memberi lebih masa untuk keluarga."


Nampak pentingnya blog kepada seseorang?


Buku-buku ini mudah didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara. Insya Allah.

-----



Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates