Sabtu, Januari 22, 2011

Kawan-kawan | Diari semalam, Diari hari ini, Diari esok



Diari semalam, Diari hari ini, Diari esok

Tahun lalu, rupa-rupanya kami bersolat jemaah bersama bakal bapa mertua (kini bapa mertua) Tuan Nasruddin ketika misi ziarah kali pertama pada hari kedua Eid.

Masjid di hadapan rumah beliau

Ketika sesi fotografi. Lagi di sini

Dengan izin Allah pertemuan itu membawa kepada pernikahan rakan saya dan pilihan hatinya. Semoga Allah berkati.

Diari semalam, Diari hari ini, Diari esok

Semalam di Melaka, hari ini di Perak. Rakan serumah inilah yang ideanya membawa kepada top finalis MyPrize.

Jika bangunan Tuan dan Cik Puan tidak ada evacuation plan, Tuan Ashraf adalah individu yang melukis pelan dan dipaparkan pada bangunan. Sama seperti pelan untuk orang awam di kompleks membeli belah.

Selepas majlis. Lagi foto di sini

Tanpa evacuation plan juga menjadi salah satu taktik pihak insuran tidak membayar ganti rugi apabila berlaku kebakaran di pejabat dan kilang.

Alasan, "Tidak mengambil langkah keselamatan pada tahap maksima." Ketika ini beliau menyediakan evacuation plan untuk masjid seluruh negara.

Jika ada yang berminat hubungi beliau di 0132579102.

Nota pada penerbit buku saya | Bangunan itu tidak ada evacuation plan.

Diari semalam, Diari hari ini, Diari esok

Kali kedua pulang ke Melaka

Jika dikira, 15 tahun saya mengenali beliau. Alhamdulillah, beberapa kali jugalah menjadi pengiring ziarah beliau, kali ini diiringi dengan berita baik. Terus diikat menjadi pengiringnya juga dalam majlis rasminya juga.

Selepas majlis. Lagi foto di sini


Kata Ahmed Deedat, carilah Abu Bakar dalam hidupmu. Saya kira beliaulah Abu Bakar itu.

Rakan karib yang mempunyai buah pandangan yang segar apabila berbincang. Sangat positif dan meyakini kita 'akan mati jika kita lihat esok hari yang gagal'.

Semoga Allah berkati dan memanjangkan usia persahabatan kita.




------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung di latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 23 Februari 2011. Klik di sini

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates