Langkau ke kandungan utama

Kata kati katu

Himpunan kata-kata kawan, Nabi, Quran dan sendiri

Kata-kati-katu
  • Syarafuddin Sulaiman berkata, "Gembira yang kekal adalah kerana membuat perkara yang betul dan benar." Jika tidak gembira agaknya....

Kata-kati-katu
  • Kata dia petang ini, "Kita sama-sama belajar melihat bahawa kita ada kekurangan, orang sekeliling ada kekurangan. Jangan mengharapkan kesempurnaan. Insya Allah akan meredakan rasa marah, tidak puas hati dan kecewa. Kerana kita sedar situasi itu. Kesempurnaan ada di syurga Allah bukan di dunia."

Kata-kati-katu
  • Perubahan bentuk pada bulan di langit dijadikan ukuran hari pada satu bulan. Orang Arab memberi nama berbeza pada bentuknya, dari separa, purnama, sabit. [via Celcom SMS]
Kata-kati-katu

  • Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.
Kata-kati-katu

  • Sebentar tadi rakan saya bilang, "Aku lihat foto kakaknya, rupa-rupanya abang iparnya aku kenal. Kawan sama kawan juga." Kata saya, "Itulah, kita elak berselisih faham, kalau silap cepat minta maaf. Kalau tidak waktu kita, waktu kita jadi abah atau atuk, bertemu pula anak-anak dia, atau pun cucu-cucu dia jadi keluarga kita. Jadi jangan gaduh-gaduh. Jadual Allah panjang lagi."
Kata-kati-katu
  • Melihat rakan yang kritikal kembali stabil dan kata-kata isterinya, mengingatkan saya, "kekayaan Muslim adalah rangkaian hati diikat doa." doakan sesama kita. [via Celcom SMS]
Kata-kati-katu
  • Semua orang berperanan mengubah masyarakat dan diri diri agar tidak membuat kesilapan yang serupa. Leo Buscaglia, pensyarah yang menulis buku LOVE selepas mendapat tahu murid kesayangan membunuh diri selepas putus cinta.
  • Di KOSMO, seorang Timbalan Pendaftar UPSI melakukan hal yang sama apabila kisah yang sama berlaku kepada seorang siswi.Tulislah panduan agar ia tidak berulang lagi selepas apa kita lalui.
Kata-kati-katu
  • Rumah yang dimasuki tanpa baca bismilah akan menyebabkan jin dan syaitan masuk, kemudian meresahkan rumah tangga. [via Celcom SMS]
Kata-kati-katu
  • Menurut Cik Puan Waida Kmy di FB | Lari dari situasi sentiasa menjadi pilihan paling mudah. Namun, ia akan datang menghantui kita semula dalam bentuk yang lebih besar. Jadi, tabahkan hati dan laluinya. Peluang kedua sentiasa ada untuk diri kita.
  • Kata saya,"Ya dulu saya lari daripada belajar Matematik. Sekarang nombornya mencakar-cakar saya."
Kata-kati-katu
  • Informasi | Sebuah francais Melayu Muslim sudah kehilangan pengasasnya. Beliau meninggal dunia, anak-anak tidak mahu menguruskan. Kini semua francais beliau dalam proses dilelong alatan. Tempat pengeluaran bahan mentah untuk semua francaisnya pula di tapak bangunan sewa. Tidak memiliki aset sendiri.
Kata-kati-katu
  • ‎4 unsur untuk kesihatan jiwa | Syaja'ah, berani pada kebenaran, Iffah, menjaga kehormatan batin. Hikmah, tahu rahsia hidup. Adaalah, adil walaupun pada diri.
Kata-kati-katu
  • Kebahagiaan | "Sederhana, tetapi sempurna," kata Ustaz Shahabudin. [via Celcom SMS]
Kata-kati-katu
  • Kebahagiaan | "Seekor ikan kembung dijamah adik beradik. Keakuan, setiap seekor ikan kembung untuk setiap seorang adik beradik." [via Celcom SMS]
Kata-kati-katu
  • Daripada Cikgu Razali Kamarudin "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi, jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika bersolat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baharu kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!" - Imam Al-Ghazali

Kata-kati-katu
  • Saya sedang berfikir, "Apakah bekerja dari pagi hingga awal pagi itu satu sunnah?" Adakah ini memenuhi tuntutan berusaha bersungguh-sungguh atau sebaliknya?

Kata-kati-katu
  • Hidup | "Berikan apa yang mereka perlukan, bukan kita memberi mereka apa yang kita paksa mereka perlukan." petikan daripada Tuan Asyraff Hafdzan Abdullah

Kata-kati-katu
  • Kata guru | Kereta mewah, tayar itu hasil budi penoreh getah.

Kata-kati-katu
  • Kata guru | Panggilan ketiga adalah panggilan 'pulang'. Tiket satu hala berbanding dua panggilan tadi. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Kata guru | Panggilan datang bersama cara untuk diusahakan. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Kata guru | Panggilan kedua adalah panggilan haji. Jika tidak dipanggil tidak akan sampai meskipun berkemampuan. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Kata guru | Sebelum dipanggil, sudah terpanggil hati. Itulah panggilan pertama. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Fikiran pagi | Antara mempunyai rakan yang ramai atau mempunyai rakan yang ramai 'tetapi dapat bermusyawarrah' memberi kita dua jalan hidup berbeza. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Kerja pagi ini | Apabila persepsi kita tersasar, maka andaikan kita tersasar. Kita pula, sedaya upaya memperbaiki keadaan agar persaudaraan terjaga. Tenang dan sabar sahaja.

Kata-kati-katu
  • Hari ini dapat panggilan pelbagai daripada orang terhampir hingga jam 10 malam. Semuanya panggilan diakhiri dengan doa. Terima kasih semua. [via Celcom SMS]

Kata-kati-katu
  • Apabila kita berhadapan situasi. Kita bicara sedalam-dalamnya sama Tuhan. Moga diangkat rasa resah kita sebagaimana diangkatnya rasa resah ibu nabi Musa ketika menghanyutkan anaknya di sungai. Meminta pada manusia adalah satu tanda kefakiran, wasiat Ibn Mas'ud pada anaknya Abdul Rahman.

Kata-kati-katu
  • Pagi-pagi | Ini adalah zaman silaturahim, jika kita membuat orang terasa, kita yang pertama memohon maaf. Nanti bak kata ulama, "Jangan sesal dengan perkara yang tidak kita lakukan." Silaturahim itu memanjangkan umur dan rezeki. Juga menenangkan hati.

Kata-kati-katu
  • AA GYM | "Oh sombong ya dengan kenderaan saudara itu! Rakan saya keretanya banyak dan selalu bertukar-tukar. Tidak ada sombong pun seperti saudara." Tanyanya, "Apa kerjanya?" jawab saya, "Penjaga parking."

Kata-kati-katu
  • Azizah Aling | "Saudaraku, kita harus memiliki kepekaan. Bukan sahaja peka terhadap hal-hal besar, namun peka pula terhadap hal-hal kecil. Tidak ada satu pun yang besar kecuali diawali oleh sesuatu yang kecil. Semegah dan setinggi apa pun gedung, pastilah ia tersusun atas batu-bata dan besi-besi kecil. Begitupun sebuah buku, ia tersusun atas kalimat-kalimat. Sebuah kalimat adalah rangkaian kata. Sebuah kata adalah rangkaian huruf. Dan sebuah huruf adalah rangkaian titik.
  • Titik adalah tanda terkecil yang biasa dilihat manusia. Walaupun kecil, tapi pengaruhnya begitu besar. Di dalam tatabahasa Arab, sebuah titik bisa mempengaruhi makna sebuah kata. Tanpa titik, beberapa huruf Arab tidak mengandung arti. Begitupun bila salah menempatkan titik, maka makna sebuah kata dan cara membacanya jadi berbeda.
  • Apa hikmahnya bagi kita? Kita jangan mengabaikan kebaikan sekecil apa pun dan juga jangan menganggap remeh keburukan sekecil apa pun. Kita harus selalu waspada terhadap semua hal kecil yang bisa menjadi amal atau yang bisa menjadi dosa. Kecil menurut kita belum tentu kecil dalam pandangan Allah." AA GYM

Kata-kati-katu
  • Persepsi lisan dan persepsi tulisan. Adakalanya berbeza tafsir. Tetapi masa memberitahu ceritanya. Semoga Allah permudahkan.

Kata-kati-katu
  • Tuan Mohd Firdaus Mohd berkongsi link di Facebook dan memetik ayat ini, "Menurut pakar motivasi AS, Jim Rohn, “Menakjubkan banyak orang yang merancang percutian mereka dengan lebih terperinci daripada merancang hidup mereka sendiri. Mungkin ia kerana berubah itu sukar, melarikan diri lebih mudah”.





------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung denganlatihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 23 Februari 2011. Klik di sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...