Jumaat, September 24, 2010

Berapakah kos iklan oleh peniaga di internet?

Hebahan mesej tim kursusperniagaan.com

Mesej daripada Emel tim Flarebiz,

  • Adam Bernhard salah seorang jutawan Internet yang sentiasa membelanjakan lebih RM60,000 setiap bulan untuk kos pengiklanan online ke kedai online beliau.
  • Susan Gregg-Koger seorang remaja perempuan juga mengembangkan perniagaan online beliau setelah mendapat modal RM100,000 daripada orang yang terdekat sehinggakan menjadikan beliau jutawan internet dengan menjual pakaian.

Khamis, September 23, 2010

Minggu ini adalah minggu 'kegilaan' dunia buku

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja.

Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan.

Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka.

Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira,

-----


Pengumuman satu

Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia.

Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri.

Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana.

Ikuti album bersejarah Baca@ bersama-sama rakan-rakan pencinta buku di sini http://bit.ly/albumlrt

Sekiranya Tuan dan Cik Puan mengikuti seminar ini, kongsikan di Wall Facebook Baca@ agar pengisian itu sampai kepada semua. Foto peribadi di seminar itu juga dialu-alukan.

---


Pengumuman kedua

Pada hari Sabtu ini, 25 September, satu lagi Baca@LRT diwujudkan oleh kumpulan pelajar universiti.

Seramai seratus orang akan terlibat dari LRT Putra pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang mahu turut menyaksikan sejarah besar Baca@LRT Siswa ini boleh bersama-sama dan turut serta pada hari itu membawa bahan bacaan mereka.

Bagi maklumat lanjut Baca@LRT yang digerakkan oleh sayap mahasiswa ini, hubungi Ahmad Yasir Bin Khiri di nombor telefon 019-5512952

Gelombang baru Baca@LRT siswa Sabtu ini, 25 September 2010.


------


Pengumuman ketiga

Daripada Tuan Sayed Munawar;

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasi klik di sini

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sini

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.



---

Tiga pengumuman besar yang membawa cerita baru dalam dunia buku. Kepada keluarga Baca@, terima kasih atas sokongan dan penglibatan. Tanpa Tuan dan Cik Puan, ia hanya hidup atas nama sahaja, bukan usaha. Kita akan terus dan sama-sama membaca di mana-mana. Seorang atau ramai, kita adalah Baca@.

---

ZAMRI MOHAMAD
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT

Rabu, September 22, 2010

Adakah musim memberi kesan kepada penulisan?


Assalamualaikum

Buat Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dimuliakan.

Mudah-mudahan diberikan kesihatan dan dikurniakan kelapangan dalam urusan seharian. Juga dibukakan pintu berkat dan kasih sayang kepada yang membaca emel ini.

Ketika ini saya sedang bersiap sedia bagi mengendalikan bengkel pada 2 Oktober ini. Satu bengkel yang akan diadakan bagi memberi tip-tip penulisan kepada peserta.

Ketika sedang membuat persiapan bengkel. Saya membuka salah satu akhbar online KOSMO. Sebuah berita menarik perhatian saya. Tajuknya, Sambutan raya ibu tunggal. Klik di sini http://bit.ly/9HyH0O

Apa yang menarik perhatian saya mengenai berita ini. Adakah isinya?

Tidak!

Ia berkaitan dengan teknik menyusun jadual penulisan bermusim yang pernah saya dedahkan kepada peserta bengkel penulisan rencana di sini dahulu.

Bagaimana penulis professional mencipta jadual bermusim agar mereka dapat menyiapkan artikel yang sama berkali-kali dan muncul dalam majalah atau akhbar berkali-kali.

Musim raya adalah situasi berulang. Soalan saya, apakah bank artikel yang ingin dihasilkan agar kita hanya perlu menyediakan cukup sekali tetapi dapat dijana berkali-kali?

Perkara itu akan didedahkan sekali lagi pada 2 Oktober. Selepas itu masing-masing masukkan dalam fail sulit ya. Kita-kita sahaja gunakan strategi ini.

----

Bengkel penulisan rencana untuk orang yang sibuk akan dijalankan pada 2 Oktober 2010. Ketahui kaedah Penulis, Penulisan dan Pemasaran karya. Ingin turut serta? Layari kursuspenulisan.com hari ini dan ikuti langkah demi langkah di akhir web.

---

Bengkel Hujung Minggu | Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah
Lokasi:Streetsmart Solution 11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur Malaysia
Masa:9:30AM Sabtu, 2 October 2010

Ahad, September 19, 2010

Eid Potluck dan semangat penulisan selepas Ramadan





Dari meja jurulatih kursuspenulisan.com

Di sekolah bimbingan Al Ikhlas, PTS menganjurkan bengkel Merancang Kejayaan Karya dalam Pasaran oleh Puan Ainon Mohd. Pada masa sama, sambutan Eid oleh peserta sendiri yang mengadakan cara potluck. Ini yang pertama kali diadakan selepas beberapa kali bengkel diadakan sejak lebih lima tahun lalu. Turut melibatkan rakan-rakan di Baca@ dan Secret Story. Serta para penulis PTS.

Sembilan langkah merancang kejayaan karya dalam pasaran

  • Tahu pasaran buku. Melihat subjek yang paling banyak di rak buku menunjukkan permintaan terhadap buku seperti itu.
  • Memilih penerbit yang bersesuaian dengan jenis karya serta betul etikanya.
  • Mengetahui strategi bisnes penerbit.
  • Mengetahui USP (Unique Selling Point) penerbit.
  • Menjadi rakan niaga penerbit.
  • Tahu bakat sendiri.
  • Strategi pemasaran dan penjenamaan diri penulis.
  • Dapatkan sokongan komuniti penulis.
  • Jalinkan hubungan hormat dan baik kepada para editor.

Sabtu, September 18, 2010

Trend | Guru Disease, Amerika dan internet


Amerika pernah mencatatkan kejatuhan internet marketer besar-besaran akibat apa yang dipanggil sebagai 'Guru Disease' selama tiga tahun kesan daripada lambakan produk newbie dalam pakej berbeza. Kesan kejatuhan total menjadikan mereka mengubah kepada 'Social Media' selain daripada konsistensi kumpulan penganut mazhab Tribe gagasan Seth Godin.

Shotgan | Kembali kepada fitrah komunikasi emel



Bercakap mengenai aplikasi, ia kembali menyelesaikan situasi asas dalam apa-apa keadaan. Bukan kecanggihan dan kesempurnaan sistem yang memenatkan.

Ini adalah lakaran di papan putih pejabat Learning Station semalam.
Perkhidmatan mailing list tempatan yang kembali kepada 'fitrah' komunikasi pemasaran. Reverse Innovation. Mesra peniaga yang berdaftar di SSM. Juga anti pengamal spam. Shotgan kecil dan konsisten.

Asas ShotGan; Peniaga beretika, Pelanggan Gembira

Ciri-ciri cadangan;

  • Pengguna hanya melibatkan peniaga kecil yang mendaftar perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Shotgan bekerjasama dan melaporkan secara langsung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengekang jenayah Spam.
  • Jumlah penghantaran emel kepada pelanggan berdasarkan laporan survey keselesaan pelanggan. Bila dan berapakah emel peniaga dalam tempoh sebulan yang dimahukan pelanggan akan diketengahkan kelak.
  • Pengguna Shotgan adalah adalah pengguna yang berasaskan segmentasi bisnes. Iaitu kumpulan demi kumpulan.

Catatan daripada programmer;

Dengan menggunakan pendekatan "Getting Real" daripada 37 signals dan mantra "Ship it" daripada Seth Godin, sistem ini benar-benar ringkas untuk di coding dan untuk digunakan. Cukup sekadar boleh diguna dan sedap mata memandang!

Trivia teknikal:
  • Seluruh sistem hanya di coding dalam satu fail sahaja!
  • Hanya menggunakan jQuery untuk sistem Rich Text editor
  • Email yang dihantar tidak masuk ke Spam!
  • Hanya menggunakan senarai email yang diupload oleh pengguna dalam bentuk .csv
  • Fungsi meletakkan nama dan panggilan penerima ke dalam mesej emel dan juga subjek emel!
  • Sistem disiapkan dalam masa kurang 6 jam!

Enam peringkat pemasaran melalui emel


Komunikasi Emel fasa (1) Permission
Komunikasi Emel fasa (2) Connection
Komunikasi Emel fasa (3) Awareness
Komunikasi Emel fasa (4) Trust
Komunikasi Emel fasa (5) Commitment
Komunikasi Emel fasa (6) Share

Tim kursusperniagaan.com mengenalpasti situasi pelanggan tidak gemarkan emel marketing kerana berlakunya komunikasi fasa Commitment sebagai fasa kedua. Ini amat popular diamalkan serta kerap menjadi pilihan pertama oleh peniaga yang berniaga di internet.

Nota: Sedang menulis buku terbaru berkenaan pemasaran melalui emel.

Alumni kursuspenulisan.com menggegarkan kerusi organisasi

Assalamualaikum wbt

Saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan dan dibukakan pintu rahmat dan berkat kepada peserta, bakal peserta dan alumni. Mudah-mudahan para malaikat sudi mengaminkan dan Allah memakbulkan doa ini.

Selepas lebih seminggu kita menyambut Syawal, mudah-mudahan semua berada dalam keadaan yang ceria dalam meneruskan hubungan silaturahim ini.

Alhamdulillah, tim kursuspenulisan.com melalui hal yang sama. Mudah-mudahan keceriaan hari lebaran ini memberi semangat kepada kita terus berkarya.

Dalam kegembiraan Syawal ini, pihak kursuspenulisan.com meraikan kegembiraan Tuan Azrul Sani, alumni kursuspenulisan.com sesi Julai lalu.


Penulisan beliau pada 21 Ogos 2010 mengenai isu dan dilema petani buah-buahan mendapat respon segera secara bertulis dalam akhbar Berita Harian.

Pada 7 September 2010 Jabatan Pertanian melalui Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Pertanian telah memberi jawapan segera dan komitmen terbuka melalui kenyataan media.

Inilah perubahan yang dilakukan oleh alumni kursuspenulisan.com, Tuan Azrul Sani. Selepas bengkel diikuti tiga emel bagi melihat hasil penulisan beliau. Dengan izin Allah, ia disiarkan dan diberi respon.

Tuan Azrul Sani melalui penulisan beliau telah membantu para petani seluruh negara.

Penulisan beliau memberi harapan dan cerita baru kepada mereka.

Tahniah kepada beliau dan semua peserta di kursuspenulisan.com

Kurang tiga bulan kita akan mengakhiri 2010, mari kita sama-sama sasarkan agar muncul lagi hasil penulisan di media yang akan mengubah hari esok menjadi lebih baik. Juga menjadikan nama kita legasi yang menjadi semangat untuk yang lain untuk menirunya.

Semuanya bermula dengan penulisan.

Salam Syawal dan selamat mencipta sejarah dalam dunia penulisan.

--



Kursus penulisan terbaru dibuka pada 2 Oktober 2010. Terbuka kepada semua. Berdasarkan First Come First Serve sebelum tarikh baru dibuka. Berminat? Daftar dengan mengklik di sini