Langkau ke kandungan utama

Minggu ini adalah minggu 'kegilaan' dunia buku

Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja.

Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan.

Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka.

Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira,

-----


Pengumuman satu

Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia.

Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri.

Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana.

Ikuti album bersejarah Baca@ bersama-sama rakan-rakan pencinta buku di sini http://bit.ly/albumlrt

Sekiranya Tuan dan Cik Puan mengikuti seminar ini, kongsikan di Wall Facebook Baca@ agar pengisian itu sampai kepada semua. Foto peribadi di seminar itu juga dialu-alukan.

---


Pengumuman kedua

Pada hari Sabtu ini, 25 September, satu lagi Baca@LRT diwujudkan oleh kumpulan pelajar universiti.

Seramai seratus orang akan terlibat dari LRT Putra pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang mahu turut menyaksikan sejarah besar Baca@LRT Siswa ini boleh bersama-sama dan turut serta pada hari itu membawa bahan bacaan mereka.

Bagi maklumat lanjut Baca@LRT yang digerakkan oleh sayap mahasiswa ini, hubungi Ahmad Yasir Bin Khiri di nombor telefon 019-5512952

Gelombang baru Baca@LRT siswa Sabtu ini, 25 September 2010.


------


Pengumuman ketiga

Daripada Tuan Sayed Munawar;

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasi klik di sini

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sini

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.



---

Tiga pengumuman besar yang membawa cerita baru dalam dunia buku. Kepada keluarga Baca@, terima kasih atas sokongan dan penglibatan. Tanpa Tuan dan Cik Puan, ia hanya hidup atas nama sahaja, bukan usaha. Kita akan terus dan sama-sama membaca di mana-mana. Seorang atau ramai, kita adalah Baca@.

---

ZAMRI MOHAMAD
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...