Rabu, Mac 31, 2010

Nota usrah trainer (1) | Ilmu Fonetik meningkatkan pengaruh

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------


Nota usrah trainer (1)


"Apakah itu ilmu fonetik," bertanya Puan Guru kepada kami.

Fonetik adalah sains sebutan bahasa. Kualiti sebutan memberi kesan kepada kuasa pengaruh kita.

Video pertama dimainkan. Rakaman di YouTube menunjukkan seorang tokoh memberi ucapan di khayalak secara spontan. Kelebihan dan kekurangan berdasarkan pemerhatian kasar dilakukan. Satu persatu disenaraikan.

Daripada bedah siasat video, tokoh itu berhadapan kesukaran mempengaruhi khayalak. Terdapat tanda-tanda ucapan beliau tidak dapat mempengaruhi khayalak.

  • Sebutan bercampur-campur antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Penggunaan bahasa Melayu rendah.
  • Tidak jelas kerana kecepatan

"Cuba dengar sekali lagi," kata Puan Guru.

Kali ini lebih banyak tanda-tanda dikenalpasti ucapan itu tidak berpengaruh.
  • Latar suara orang ramai yang bercakap dalam nada yang tinggi dapat didengar.
  • Bahasa badan orang ramai jelas tidak bersedia mendengar ucapan itu.
  • Pengucap menggunakan intonasi tinggi berkali-kali untuk mendapat perhatian ramai.
  • Respon tepukan tangan tidak menunjukkan sambutan hangat meskipun sudah ada kumpulan yang dibawa bagi mencipta situasi itu.
"Kini saudara berdua yakin pentingnya ilmu fonetik bagi menjadikan pembentangan saudara berpengaruh?"

Kami angguk.

Sambung Puan Guru, "Baiklah, kita masuk ke fasa kedua. Analisa kelebihan dan kelemahan fonetik tokoh kedua ini," arah beliau.

Video kedua dimainkan. Obama memberi ucapan di sebuah dewan kecil ketika kempen pilihanraya beliau. Analisa mendapati ucapan beliau dapat memenuhi asas penyampaian yang berpengaruh.

Orang faham apa yang disampaikan oleh Obama. Berbanding video pertama, ucapan yang disampaikan tidak difahami pendengar kerana isu yang disampaikan tidak diketahui ramai.

Kefahaman pendengar menentukan daya pengaruh penyampai. Semakin difahami maka semakin berpengaruh. Ini kerana otak tidak terbeban bagi menjalankan proses maklumat.

Tuan Shamsuddin Kadir bertanya, "Bagaimana pula Sukarno, adakah beliau menguasai ilmu fonetik?"

"Baiklah kita mainkan video Sukarno di YouTube," kata Puan Guru.

Sekali lagi, tanda-tanda yang ada pada Obama kelihatan pada Sukarno.

"Tidak perlu bercakap banyak apabila orang sudah faham. Kelajuan pengucapan dan pemprosesan maklumat pendengar sama laju. Pendengar tidak perlu membuat kerja tambahan seperti membaca bibir bagi mendapatkan apa yang ingin disampaikan pengucap," jelas Puan Guru.

"Baiklah, saya akan terangkan apa itu ilmu fonetik selepas beberapa analisa tadi,"

Teori fonetik merujuk pada sains sebutan bahasa atau lebih mudah disebut tajwid bahasa Melayu.

  • Teori pertama menyatakan kualiti sebutan penting bagi menjamin kefahaman pendengar.
  • Teori kedua menyatakan sebutan pengucap juga ada kaitan dengan karisma yang mengukuhkan pengaruh itu.
Mutu fonetik mesti dipertingkatkan agar orang faham dan terpengaruh. Bahasa adalah sumber karisma.

"Baiklah, kita berlatih lagi. Saudara berdua perlu sediakan ucapan tiga minit mengenai rakan masing-masing. Berdiri di hujung sana dan bentangkan kepada semua. Sekarang kita adakan latihan mengukur sejauh mana orang dapat mendengar bunyi yang disebutkan," kata Puan Guru.

Selesai latihan, kami melaporkan.

Bertanya Puan Guru, "Apa yang saudara berdua lakukan tadi?"

Masing-masing menilai prestasi ucapan tadi dari segi fonetik. Masing-masing melakukan tiga perkara ini setiap kali diajukan soalan oleh Puan Guru.
  • Melaporkan emosi.
  • Memikirkan prestasi.
  • Memikirkan jalan fikir sendiri.
Hasil dapatan diulang berkali-kali sepanjang sesi soal jawab tiga proses ini berlaku.

Daripada latihan penyampaian tadi, difahami bahawa ilmu fonetik membantu perkara berikut.

  • Berhati-hati dengan apa yang mahu disampaikan.
  • Memberi tempoh memilih perkataan yang sesuai.
  • Setiap perkataan yang dipilih mempunyai maksud agar pendengar faham.
  • Fonetik memberi ruang berfikir ketika berucap. Tidak ada situasi peluru tabur iaitu menggunakan apa sahaja perkataan yang timbul dalam kepala.
  • Tidak ada pembaziran perkataan dan lebih berpengaruh.
  • Fonetik menampilkan wajah pengucap sebagai orang berpengetahuan tinggi.
  • Fonetik memberi masa kita menyusun idea ketika sedang berucap.
  • Kita lebih bertanggungjawab menyampaikan.
  • Orang yang mendengar terpengaruh dan mengambil risiko lebih besar.

"Saudara berdua ingat video Obama tadi. Penguasaan ilmu fonetik menjadikan orang terpengaruh. Meskipun beliau adalah seorang yang berkulit gelap dan hanya seorang senator satu penggal tetapi orang ramai masih sedia mengambil risiko memilihnya," jelas Puan Guru.

Baiklah bagaimana mahu meningkatkan mutu penyampaian menggunakan ilmu fonetik?

Sukukata dalam ilmu fonetik Melayu terbahagi kepada dua.
  • Sukukata terbuka seperti sa, ya, ma. Hujungnya adalah huruf vokal a, e, i,o dan u.
  • Sukukata tertutup seperti ib, ik, ir. Hujungnya adalah huruf konsonan.

Pesan Puan Guru, "Jaga sukukata tertutup yang menjadi punca orang penat mendengarnya apabila tidak jelas disebut."

Kemudian, ada tiga jenis bunyi dalam penyampaian.

  • Bunyi yang merdu didengar iaitu bunyi sengau yang memberi muzik kepada perkataan yang digunakan. Melodi ada pada sambungan huruf n, m, ng. Misalnnya cinta, minta, berjuang.
  • Bunyi geseran bagi mencipta kesan dramatik. Ada pada sambungan perkataan yang mengandungi c, s, kh, gh. Misalnya khianat, sayang, ghairah.
Penguasaan ilmu fonetik kepada trainer penting selain daripada menguasai teori yang mahu disampaikan kepada peserta. Apabila ilmu fonetik dikuasai dan dilatih akan membawa kesan berikut.

  • Fonetik secara langsung menjadikan kita melantunkan perkataan secara jelas dan kuat.
  • Fonetik secara langsung menyekat kita daripada membuat humor yan tidak perlu dan pada masa yang salah.
  • Fonetik menjadikan kita menyemak susunan penyampaian dari masa ke semasa.
  • Fonetik digunakan pada peringkat awal ketika mana peserta tidak percaya pada kredibiliti kita.

Latihan terakhir adalah mendengar lagu Anita Sarawak. Lodeh Mak Lodeh

Kali ini barulah difahami mengapa penguasaan ilmu fonetik memanjangkan hayat karier Anita Sarawak dan Sharifah Aini sehingga kini. Hal yang sama kepada apa jua bentuk profession.

Hari ini baru saya dan Tuan Shamsuddin Kadir tahu bahawa perkara ini diperolehi dalam kelas drama. Puan Guru pernah mengikuti kelas drama rupa-rupanya!


Catatan tambahan.

Perbezaan trainer professional dan amatur adalah kemampuan menguasai teori dan menyampaikan teori secara jelas, tidak berceramah dan memberi pendapat (bukan fakta).



-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Selasa, Mac 30, 2010

Corat Coret Pesta Buku (3) Dialog Orang Muda (DOM) edisi khas




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------


Berikut merupakan senarai laporan ringkas yang dikemas kini ke Facebook dari telefon bimbit sepanjang Dialog Orang Muda di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

  • Kini bersama Tuan Fedtri Yahya TV3, Tuan Nazri PTS, Puan Alina Oxygen Media.
  • Tuan Fedtri membaca sebagaimana hidangan pelbagai. Sedikit punya rasa berbeda.
  • Pecinta karya alam, agama dan seni sedang berpencak.
  • Orang muda membaca. Soalnya apa jenisnya. Kini ada cenderung bahan berilmiah.
  • Bahan buku suplemen untuk karya asas di sekolah tidak ada. Habis di sekolah, buku popular berdasarkan subjek tidak diketemui.
  • Membaca atas beberapa tujuan. Maklumat, pemahaman, mendekati, hiburan.
  • Gejala membaca buku hanya timbul dalam kategori buku mudarat.
  • Evolusi ringan ke berat dalam penguasaan bahan bacaan.
  • Komik bermutu asas kepada pembacaan berkualiti.
  • Bahasa dan isi akhbar beri kesan negatif pada pembangunan minda kanak kanak. Ibu bapa resah mahu membeli bawa ke rumah.
  • Komik luar negara terpakai dijual pada harga tinggi di sana.
  • Dulu ada keropok dijual dan ada komik di dalam bungkusan keropok.
  • Rakyat Jepun melalui program dan pendedahan motivasi selama 2800 jam sebelum masuk ke universiti.
  • Seks, politik dan agama cerita orang awam. Ilmu dan nafsu dua perkara yang dimakan tidak puas.
  • Orang tua sekarang menyalahkan orang muda tidak membaca bahan bermutu sedangkan dulu novel porno bahasa tempatan dijual terbuka.
  • Dahulu orang sastera adalah orang kanan golongan elit.
  • Jadikan orang sebagai buku. Jika tidak mampu beli buku.
  • Hiburan termurah adalah membaca.
  • Budaya visual bertentangan budaya buku.
  • Tidak satu ebook berjaya menandingi jualan buku fizikal sehingga kini.
  • Budaya visual web, televisyen tidak dapat tandingi kelahiran buku. Quran sebagai medium membaca masih kekal

Nota: Cik Puan Nor Azlin ini membeli buku untuk dihadiahkan kepada rakan. Buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah jadi pilihan bertukar tangan. Berkenaan buku ini, ia akan masuk ke kedai-kedai buku dalam tempoh dua minggu lagi. Pesanan awal boleh dibuat di kaunter kedai buku MPH dan Popular hari ini.



-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Corat Coret Pesta Buku (2) Buku Pendidikan Membosankan

Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------



Berikut merupakan senarai laporan ringkas yang dikemas kini ke Facebook dari telefon bimbit sepanjang seminar pendidikan di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

  • Buku pendidikan ada dua. Pertama, buku silibus dan buku pengayaan.
  • Tulis apa orang mahu tahu. Apa yang kita mahu. Asas 5WH perlu dijawab sebelum menulis.
  • Percubaan pakej buku menentukan penerimaan pelanggan.
  • Ramai keliru buku rujukan dan buku motivasi.
  • Buku motivasi belajar dianggap pengayaan.
  • Buku sekolah tidak mesra pelajar.
  • Setiap orang ada indeks kabus kebolehanbacaan berbeza.
  • Teks dan visual menentukan kualiti bacaan lelaki dan perempuan.
  • Buku pendidikan gagal dijual kerana medium pemasaran tidak difahami penerbit.
  • Buku pendidikan mesra kontrak kerajaan.
  • Buku pendidikan merangkumi penulisan ilmu, aplikasi ilmu dan pelengkap ilmu.
  • Apabila menulis bayangkan pembacanya.
  • Cerita, contoh, ilustrasi mengukuhkan fahaman dan keseronokan pelajar. Bezakan perkataan, "ada kajian" dan "ada cerita".
  • Buku pendidikan gagal kerana teori di dalamnya tidak ada hubungan dengan hidup. Ia tidak dijelaskan oleh penulisnya.
  • Banyak guru diberi tugas pendidikan luar kelas tanpa buku yang membantu. Contoh mengurus kelab sekolah.
  • Banyak buku tidak menjawab 'bagaimana'
  • Guru apabila program teknik mengajar dari pihak luar di bawa ke sekolah, mereka tidak belajar hanya mengharapkan murid belajar.
  • Banyak buku motivasi belajar mengulang benda yang sama.
  • Penerbit bukan pengarang. Isu telur dan ayam timbul.
  • Sempurnakan buku yang tidak lengkap bukan hanya kritik. Tulis buku itu dan diterbitkan.
  • 500 orang melihat kemalangan yang sama bawa 500 cerita sudut berbeza. Begitulah ramai penulis dalam subjek yang sama.
  • Elak daripada merungut terhadap buku. Ia akan menutup perspektif pembaca. Baca buku yang sama lima kali bawa lima kefahaman berbeza.
  • Jika kita dan ramai orang mencari, maka tulislah buku itu.
  • Pengarang perlu letakkan diri sebagai agen perubahan.
  • Buku belajar 'last minute' terbitan PTS menimbulkan persoalan ibu bapa jika anak berbuat begitu. Tetapi itulah soalan popular.


Nota: Buku Urus Bisnes dengan Google (klik pada foto di atas) akan memasuki kedai-kedai buku di seluruh negara dua minggu lagi. Pesanan awal boleh dibuat di kaunter kedai buku MPH dan Popular hari ini.

-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Corat Coret Pesta Buku (1) Bot pisang dan lima hari yang berbeza


Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

-------

Lebih daripada satu entri akan menceritakan hari-hari yang berbeza di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Berbeza tahun-tahun lalu, cerita kali ini menjadi satu cerita rangkuman.

Memilih apa yang menarik dan menonjolkan apa yang saya kira sebagai sesuatu yang dapat memberi nilai tambah kepada pembaca blog yang dimuliakan.




Sepuluh hari di Pesta Buku membawa cerita yang pelbagai warna kepada semua. Tiga hari pertama tidak dapat saya hadiri sebagaimana tahun-tahun lalu kerana bersama-sama 27 peserta di hotel Vistana bagi mengendalikan bengkel penulisan berita dan rencana. Sekadar melihat PWTC dari tingkap hotel sahaja.

Tahun ini merupakan tahun yang menarik melihat kepada perkhidmatan pelanggan yang diberikan oleh penerbit, PTS Publication and Distributor kepada para pengunjung.

Meja yang terbuka dengan pelbagai judul memudahkan para pengunjung memilih tanpa dihalang rak-rak buku yang mungkin memisahkan mereka. Selepas satu buku, satu buku dipilih. Begitulah seterusnya.

Apa yang berlaku di Pesta Buku?

Hari kelima


Malam sebelum hari itu saya menerima panggilan daripada penerbit bagi mengisi slot Riang Ria PTS Professional. Bersama-sama saya adalah Tuan Aizuddinur Zakaria, penulis Jejak Bisnes Rasul. Riang Ria PTS sudah menjadi program khusus yang dibangunkan dalam bentuk aktiviti tersendiri yang jelas berkesan sejak pertama kali diadakan di SACC Mall, Shah Alam ketika karnival Mutiara Minda MPH tahun lalu.



Hari keenam

Merupakan hari saya memperkenalkan buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi memberikan masa selama satu jam mendengar bicara penulis bersama Tuan Imran Yusuf.

Dalam sesi bicara buku ini, pelbagai soalan dikemukakan pengunjung. Saya berkongsi dapatan daripada responden dan pandangan pakar manakala Tuan Imran menjelajah setiap ruang persoalan melalui pengalaman beliau. Saling lengkap melengkapi.


Saya tertarik dengan kata-kata Tuan Imran Yusuf, "Para isteri membunuh suami mereka secara sistematik dengan makanan yang sedap setiap hari."

Kata-kata ini disambut dengan gelak ketawa pengunjung.

"Mengapa saya berkata begitu. Setiap hari dihidangkan makanan yang enak, si suami pula makin enak makan, makin enak duduk membaca akhbar dan makin enak menonton televisyen. Maka penyakit pun timbul."

Pengunjung masih terus ketawa mengingati perkataan sistematik yang disebut Tuan Imran Yusuf.

Pada pagi itu berkesempatan mengikuti pembentangan Tuan Erik Hartmann mengenai Google Book Search.


Pada hari ini saya bertemu rakan lama yang sudah tidak mendengar khabar sejak lima tahun lalu. Saudara Adi, seorang jurugrafik yang pernah bekerja bersama di Ansar Channel, MiTV pada tahun 2005. Kami menghabiskan masa bersama dan bercerita tentang hari ini dan hari esok.

Hari ketujuh

Hari saya memperkenalkan buku Urus Bisnes dengan Google. Pada hari yang sama, Tuan Erik Hartman dari Google Strategic Partner berada dalam dewan yang berbeza di PWTC bercerita mengenai Google Books. Satu sesi dalam bahasa Inggeris dan sesi di PTS dalam bahasa Melayu.


Gelagat pengunjung berbeza daripada semalam. Mereka sudi mendengar selama sejam. Tetapi kekal di tempat mereka berdiri.


Saya gembira dengan kehadiran seorang pelajar sekolah dari luar Kuala Lumpur. Beliau tekun mencatat dan mendengar. Selepas sesi barulah saya tahu apa yang difikirkan beliau. Ada sesuatu yang dirancangnya. Beliau dalam proses menjalankan bisnes kasut bundle terpakai bersama para pelajar lain.


Hari ini saya bertemu dengan sahabat yang pernah membawa saya ke hospital akibat kemalangan. Sahabat yang mengajar saya berniaga di jalanan ketika mencari ruang survival menyambung pengajian. Sahabat yang mengangkat jenazah ayah ke kuburan. Beliau memilih buku bersama tunangnya. Sahabat yang sudah terjalin persefahaman dan menjadi mentor saya sejak tahun 1995.

Hari kelapan

Bertemu dengan Puan Aina Emir, sejam sebelum dialog buku pendidikan yang dianjurkan PTS Professional. Semalam saya hanya sempat melambai sebelum bicara buku Urus Bisnes dengan Google bermula.



Bertamu di Karna Dya selama sejam. Puan Aina Emir kini punya menantu dari Russia yang sama-sama turut membantu menjual karya.Setiap tahun saya akan mengambil peluang bertemu beliau sejak tahun 2006. Pada waktu menjual buku dengan menyewa sebahagian ruang jualan milik orang lain, kemudian membuka booth jualan sendiri sehinggalah kini mempunyai senarai judul yang diterbitkan di bawah jenama ini. Perkembangan dari tahun ke tahun yang saya saksikan.

Karya beliau, Kau Laksana Bulan dijadikan siri drama dan novel itu telah diulangcetak sebanyak lima belas kali sejak ia diterbitkan dua tahun lalu.

Penerbit ini mendahulu angan-angan saya dengan menjadikan ia benar. Buku Tiru Macam Kami diterbitkan di bawah siri Inspirasi Karnya Dya saya beli.

Buku ini ditulis oleh dua orang penulis tempatan yang cacat penglihatan iaitu Dr Wong Huey Siew dan Tuan Mohd Nor. Mereka menjadikan kisah mereka sebagai satu catatan motivasi. Melihat tanpa mata itu bisa jika hidup mahu perubahan. Tahniah atas keberanian ini. Dibeli di pesta buku pada harga RM12.00. KarnaDya juga menterjemah karya Sheikh Imran Hosein ke dalam bahasa Melayu.

Pada masa sama, pelawaan beliau di booth KarnaDya betul-betul mengejutkan saya. Tunggu dahulu saya fikirkan. Itu adalah pelawaan yang menjadikan saya mengingati edisi pesta buku kali ini. Di hadapan wartawan pula disuarakan hal itu. Jangan ditulis ya!

Hari yang sama saya mengikuti Dialog Orang Muda edisi khas yang membincangkan isu orang muda tidak membaca.

Hari kesembilan

Seminar Law of Attraction menarik sebahagian daripada pengunjung pesta buku. Hadir bagi melihat seni pembentangan selama dua jam sebagai cara mendapatkan idea dan skrip bagi pembaikan pembentangan saya sendiri.


Bertemu dengan Tuan Qua Chee, rakan sekolah sejak tahun 1995. Beliau kini bekerjasama dengan Andrew menjadi pengedar buku. Sebelum ini beliau pernah menerbitkan buku sendiri iaitu Batik Inspiration dan 50+1 Malaysia.

Pada hari ini, Baca@Komuter dilancarkan dari Seremban ke stesyen komuter Putra. Disertai bersama tim Kembara Buku RTM dan penulis novel sejarah, Tuan Abdul Latip.

Hari kesepuluh

Lebih bersifat santai. Tidak begitu sesak berbanding semalam. Penghadang di jambatan yang menghubungkan dewan utama dan di seberang sungai dialihkan. Pada hari Jumaat lalu, angin kuat dan hujan lebat mengakibatkan penghadang itu beralih dari kedudukan asal. Sehinggakan jambatan itu ditutup atas faktor keselamatan.


Malam itu rakan saya mentag saya di Facebook dengan memperkenalkan bot pisangnya sebagai alternatif banjir di PWTC yang meresahkan penerbit buku. Bimbang buku di bawah meja rosak akibat banjir, semua diletakkan atas meja sebagai ikhtiar.

Hari kesepuluh saya berbincang dengan Tuan Iskandar Syah, idea-idea gila bagi menyokong usaha beliau menggerakkan perpustakaan rumah anak yatim.

Masih ada lagi beberapa catatan berdasarkan acara akan saya kongsikan dalam entri seterusnya.



-------

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Mac 17, 2010

Puan Hamiza berkata dan saya mencatat sahaja

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Saya berada di dalam bilik komputer di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Dari masa ke semasa saya mengemaskini Facebook, memetik kata mentor di hadapan yang berkongsi sedikit demi sedikit seni mengurus perniagaan di internet.



Sempat melihat deretan makanan ringan dijual di hadapan surau dan berhampiran tandas.

Ini adalah perniagaan lillahitaala (kata pelajar UiTM). Deretan produk makanan dijual dan bekas wang diletakkan di situ. Beli dan tinggalkan wang. Saya mendapat informasi seorang pelajar hanya menjual 'drinking water' dan menjana lebih RM2,000 sebulan dengan konsep perniagaan lillahitaala ini.


Sedang jari cepat menaip di papan kekunci, kepala masih lekat dengan ingatan mentor seorang lagi. Mengingati pesan guru saya Tuan Irfan Jani berdasarkan buku Yoro Takeshi. Katanya, "Apabila kita belajar, anggaplah kita tidak tahu (walaupun sudah belajar berkali-kali). Agar di sekeliling diri tidak ada dinding kebodohan."

Satu persatu tip saya catat mengejar deras bicara mentor, Puan Hamiza. Lantas saya menulis, "Puan Hamiza berkata...."


  • Terdapat beberapa model bisnes e-commerce iaitu brochure site, online store, subscription site, advertising site, online cybermall dan B2B e-commerce site.
  • Microsoft melihat 3 bulan ke hadapan bagi melihat perubahan yang perlu dilakukan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkongsi pengalaman cerita seorang tukang urut berusia 60 tahun mendapat pelanggan daripada internet kerana pelanggan terdahulu meletakkan informasi beliau di internet. Beliau kini bercadang mahu membuka laman web.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata bagi mempelajari seni bisnes di internet perlu ada pengalaman jual beli di internet. Keselamatan jual beli di internet adalah hampir 100 peratus selamat. Testimonial berserta laman web pelanggan dan sistem pembayaran yang disarankan adalah contoh sistem keselamatan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata terdapat 12 kategori produk yang hype di pasaran. Beliau menekankan jangan fikir mahu jadi jutawan dengan perniagaan online. Foku spada kemahiran dan seni berniaga itu sendiri.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata 'merasa' produk di internet melibatkan testimonial pelanggan.
  • Ketika ini, peserta mendedahkan jenis bisnes diusahakan mahu dibawa ke online. Ada yang sudah menjual 'bear', tudung, bunga, produk kesihatan, beg.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jika mahu mengawal proses pemasaran pada peringkat awal, mulakan dengan bisnes internet yang dapat dihantar sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata domain adalah sesuatu yang penting untuk dikaji kerana ia adalah kata kunci yang dicari dalam enjin carian. Hasil carian tidak kurang daripada 20,000 result dan tidak melebihi 200,000 (terlalu besar)
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata, menjual produk yang kita pernah gunakan menjadikan kita mahu pastikan orang lain mendapat keseronokan yang sama.
  • Ketika ini, dikongsi cerita seorang penjual keris hairan ada orang ambil gambar keris dan dipaparkan di laman web dan dijual berkali ganda. Dari RM400 sebilah menjadi RM4,000 di Eropah dan US. Ini kerjasama penjual online dan pembuat.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan lupa kos penghantaran produk. Lihat di laman web pos.com.my kos penghantaran seluruh negara. Ambil kira kos transaksi online banking juga.
  • Ketika ini, disebut berikan dua pilihan kos penghantaran kepada pelanggan. Lambat tiba tetapi murah atau cepat tetapi mahal. Misalnya Pos Ekspress dan Fedex.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk unik yang tidak boleh dibandingkan harga online antara satu peniaga dengan peniaga lain adalah kraftangan dan batik buatan tangan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan ambil gambar sebarangan daripada web orang lain untuk laman web jualan kita. Isu copyright.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk yang sama di kedai dan online dijual pada harga berbeza kerana isu caj.
Ketika itu saya dan Tuan Azree Hanifiah menjadi wartawan bisnes rakan-rakan di Facebook melaporkan tip-tip ringkas perniagaan online secara real time dari dalam bengkel di UiTM. Ringkas dan padat.

Saya berpuas hati kerana melihat Facebook sebagai saluran segera menyampaikan maklumat kepada semua.

Tiga hari lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bakal berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Dengan izin, saya mahu khabarkan. Penantian para pembaca yang mahukan manual bagaiman menguruskan bisnes menggunakan Google bakal disambut dengan kelahiran buku terbaru.

Berikut merupakan informasi asas buku Urus Bisnes dengan Google.

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-013-8
Tarikh Terbit: 23 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 336

Kategori: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Bisnes besar tepuk dahi apabila bisnes kecil dapat menyaingi mereka, urus bisnes dengan Google.


-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, Mac 10, 2010

Tip Penulisan (2) Menjadikan masalah harian sebagai lubuk emas penulisan rencana

Anda sering mendengar cerita-cerita menarik dari seorang rakan yang bertugas di jabatan percukaian dan mendengar pelbagai masalah yang berlaku melibatkan pelanggan-pelanggan yang berurusan.

Pelbagai keluhan dan rungutan baik dari rakan kita yang berkhidmat begitu juga di pihak pelanggan keadaan yang sama berlaku. Jangan mendengar sahaja, ambil pen dan kertas sekarang!

Rakan-rakan kita dari pelbagai sektor baik dalam jabatan polis dan tentera, pendidikan, perkhidmatan kesihatan adalah mereka yang dapat membantu kita menghasilkan artikel-artikel yang akan membantu pembaca.

Berbincanglah dengan mereka dengan cadangan kita untuk menulisnya, dapatkan kerjasama mereka. Mereka akan gembira membantu kita kerana kita mendengar cerita mereka. Keadaan-keadaan berikut mungkin membantu kita mengenalpasti rakan-rakan sedemikian.

Adakah kita mempunyai saudara mara atau sahabat yang bekerja dengan di hospital baik sebagai doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi atau seorang jururawat?

Apakah perkara yang menarik perlu diketahui oleh pembaca-pembaca tentang prosedur dan gaya kerja dalam bidang tersebut?

Mungkin terdapat beberapa perkara yang terkini yang perlu diketahui oleh mereka dalam perkhidmatan ini. Majalah-majalah kesihatan dan perubatan memerlukan idea-idea ini untuk penerbitan mereka.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan yang berkhidmat dalam bidang pendidikan berasaskan teknologi maklumat (IT)?

Mungkin mereka sedang menghasilkan satu teknologi baru untuk pendidikan jarak jauh bagi institusi pendidikan tinggi.. Majalah-majalah pendidikan dan teknologi memerlukan bahan-bahan seperti ini bagi keluaran bulan hadapan.

Adakah kita mempunyai rakan-rakan di kalangan petani dan peladang moden atau yang sedang berkhidmat di jabatan pertanian negeri.

Mungkin mereka mempunyai cerita-cerita menarik untuk kita yang akan menarik perhatian pembaca untuk mengetahui bidang ini. Terdapat skim dan bantuan pendidikan untuk mereka yang ingin berkhidmat di bawah jabatan tersebut.

Mungkin terdapat kisah-kisah yang melibatkan kerjasama dengan institut-institut luar negara yang masih belum diketahui. Majalah keusahawanan, pertanian dan pendidikan memerlukan cerita ini.

Mekanik di kawasan kita sering bercerita tentang tahap kesedaran yang rendah pemilik kereta terhadap kenderaannya.

Pada masa yang sama beliau menceritakan bagaimana mekanik-mekanik yang tidak jujur mengenakan harga yang tinggi dan baik pulih yang tidak diperlukan tanpa diketahui oleh pelanggan.

Sehinggakan perkara mudah seperti memeriksa minyak hitam dan air bateri juga diserahkan kepada pembantu stesyen minyak setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

Ambil kamera dan ambil gambar bahagian enjin yang perlu diketahui dan diperiksa secara kerap. Susun panduan yang diberikan olehnya dan kirimkan bersama gambar kepada majalah-majalah automotif atau mencadangkan kepada majalah tertentu untuk diwujudkan ruangan satu halaman untuk isu tersebut.

Sahabat kita seorang pegawai di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Aduan-aduan pelajar yang tidak mendapat pekerjaan dengan alasan universiti-universiti yang dimasuki tidak diiktiraf Malaysia atau pun jawapan permohonan skim pinjaman dan biasiswa yang lewat. Perkara yang sama terpaksa diulang-ulangnya kepada setiap pelajar dan ibu bapa yang datang bertanya.

Peranan kita menjadi wakilnya, hasilkan sebuah artikel dan majalah-majalah pendidikan memerlukannya.

Cuba belek akhbar dan majalah, saya yakin kita akan mendengar suara-suara yang menceritakan masalah dalam bentuk rencana yang menarik. Itu dapat menjadi panduan kita menulis rencana seumpama itu.

Kenalpasti masalah dan ketahui majalah atau akhbar mana yang mahukan rencana seperti itu.

Tuan dan puan dapat menjadi suara menulis rencana itu dalam acuan sendiri. Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac sehingga 21 Mac ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini! Klik di sini

Isnin, Mac 08, 2010

Apa cerita penulis sepanjang Mac ini

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Diari penulis sepanjang minggu

  • Terima kupon diskaun 25 peratus untuk seratus orang pembaca

Petang tadi mendapat 100 keping kad diskaun 25 peratus potongan harga buku PTS. Saya akan beri kepada 100 orang pertama yang menemui saya di PTS pada pesta buku dan memilih buku tulisan saya bersama buku-buku lain. Sementara kad diskaun masih ada. Jika 25 peratus buku RM18.00 akan jadi 13.50. Jimat RM4.50, banyak jumlah itu!


  • Meraikan dan mengendalikan bengkel komuniti untuk Tuan Syahrul Nizam Junaini

Penulis buku Pengaruh, Bukan Jampi tapi Seni, Tuan Syahrul Nizam Junaini mendedahkan selama sejam pengalaman beliau yang juga mempunyai lapan jenis pekerjaan serentak selain jawatan tetap turut menjadi penulis bebas untuk beberapa majalah.



Beliau datang jauh dari Sarawak untuk bertemu bagi berkongsi cara menembusi majalah mengikut strategi 'rahsia dan halus' beliau yang terbukti berkesan.
  • Menemui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Dari MBKM, Greet and Meet adalah idea kolaborasi awal bersama Baca@LRT. Kami mencadangkan tokoh buku seperti Prof Diraja Ungku Aziz dan lain-lain. Cadangan?

  • Merancang menemui rakan pembaca sempena pesta buku

Insya Allah, tuan Ammran Yunus dan saya akan berada di gerai buku PTS terletak di seberang sungaisempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah. Tarikhnya 24 Mac 2010 jam 2.00 petang.

  • Selesai menyemak pruf Urus Bisnes dengan Google

Baru sahaja selesai menyemak pruf buku terbaru Urus Bisnes dengan Google setebal 300 halaman. Diberi masa sehari untuk membuat semakan dan pembetulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Moga-moga selamat tiba di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada 19 Mac ini.


Buku ini ditulis bagi membantu peniaga kecil dan SOHO. Menyemak pruf mesti memakai topi pembaca bukan topi penulis bagi mengukur sejauh mana ia akan difahami kelak.

Jika tuan dan puan sudilah kiranya membelek buku ini di Pesta Buku kelak di gerai buku PTS di seberang sungai. Saya akan menemui tuan dan puan di sana.

  • Bersama-sama rakan Baca@LRT menemui sukarelawan Islamic Relief Malaysia

Dalam perjalanan bersama rakan Baca@LRT ke rumah anak yatim Darul Izzah, Bangi. Perpustakaan hasil sumbangan orang ramai akan beroperasi di sana.

Sempat ke Masjid 'besi' Putrajaya. Namanya masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Sebelum jam 2 eskalator naik ke atas. Selepas solat eskalator diset turun. Mudahkan jemaah.



Ketika ini para sukarelawan sedang memasang 8 set rak buku untuk perpustakaan anak yatim Darul Izzah.

Rak buku ini lebih tahan lama. Pemilihan rak buku yang hayatnya panjang penting bagi memastikan perpustakaan rumah anak yatim berfungsi.

Perpustakaan Rumah Anak Yatim hanya akan diserahkan kepada pengurusan rumah anak yatim secara rasmi pada hari esok.

Namun, petang tadi tanpa disuruh-suruh anak-anak yatim Darul Izzah ini sudah mengerumuni rak buku terutama di bahagian Komik. Mereka dengan khusyuk membaca Komik-M. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan IRM yang mengizinkan rakan-rakan Baca@LRT hadir melihat perubahan perpustakaan anak yatim ini.

Anak yatim ini begitu teruja membaca buku baru yang diterimanya.

Di belakangnya adalah buku rujukan lama yang sudah usang dan tidak sesuai jadi bahan bacaan awal mereka.

Bak kata tuan Iskandar, inilah pemandangan biasa di rumah anak yatim. IRM begitu komited memperjuangkan usaha membuka perpustakaan rumah anak yatim.

Semua penyokong Baca@LRT sama-sama memperjuangkan usaha membudayakan membaca di tempat awam. Kelak iklim membaca hasil usaha tuan dan puan di Baca@LRT menjadikan anak-anak yatim ini tidak segan membaca di khalayak.

Rakan-rakan Baca@LRT yang sempat hadir pada hari itu berkenalan dengan sukarelawan dari Palestin (kanan sekali) Yaman dan Vietnam. Semuanya datang kerana satu, menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya yang cool!


  • Berkampung di De Palma bagi mengikuti seni menyampaikan ceramah bisnes

Dikelilingi para usahanita di De Palma. Berguru dengan puan guru seni menyampaikan ceramah motivasi tanpa perlu cakap berapi. Bersama saya tuan Shamsuddin Kadir.

Biasanya artis ditarik sana sini bergambar dan autograf. Puan guru saya pun ditarik kiri kanan mengambil gambar dan autograf.

Berkat guru, berpeluang bermentor dengan Puan Hajah Noor Hayati, Pengerusi usahanita Malaysia dan Datin Norasni Ayob, Pengarah 'Deposit & Channel Management' Public Bank. Moga Allah permudahkan

"Menjadi pemimpin organisasi bukan satu keistimewaan, ia adalah hot seat. Kita berfikir apakah perkara yang dapat meningkatkan kemahiran para usahanita," jelas Puan Hajah Noor Hayati, Pengerusi Usahawan Wawasan Wanita semasa minum teh selepas progam.






Puan Ainon Mohd. dikerumuni para usahanita, ada yang menghulur kertas (?) untuk diautograf dan ada tangan yang cuba menarik puan guru ke arahnya selepas ceramah sejam setengah tadi. Saya pula diasak dan ditolak ke belakang. Situasi selepas program usahanita di De Palma, Ampang sebentar tadi. Ia bermula jam 8 pagi.

Puan Ainon berkata, "93 peratus bisnes di seluruh dunia gulung tikar dalam tempoh tiga tahun pertama termasuk negara kita. Bagaimana kita mahu mengurus hutang yang tidak akan menyebabkan suami isteri bercerai berai, adik beradik bergaduh, hilang kawan baik, bergaduh saudara mara. Langkah pertama ialah..." ceritanya bersambung sejam setengah kemudian.

Kisah tudung, baju dan kasut puan guru yang mengejutkan hadirin. Setiap satu ada ceritanya. Selepas itu ramai pula mohon izin memeluk puan guru.

Akan datang, bengkel penulisan berita rencana di Hotel Vistana, semua dijemput hadir. Klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tip Penulisan (1) Menjadi Lea Beadling dalam acuan sendiri.

Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea. Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini. Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana.

Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan dari mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakkannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau telah bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau telah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferen, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan menrujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Tuan dan puan dapat menjadi Lea Beadling dalam acuan sendiri.

Bagaimana mendapat acuan itu, akan saya saya dedahkan strategi ini satu persatu dalam bengkel tiga hari penulisan berita dan rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac sehingga 21 Mac ini.

Bina pengaruh melalui penulisan rencana akhbar dan majalah hari ini! Klik di sini

Selasa, Mac 02, 2010

Zuhud bisnes (1) hon mewah si orang kaya

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------



Usaha menulis buku terbaru bersama tuan Iskandar Syah atau dikenali dengan nama Dr Bubble. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Mohon doa daripada pembaca di blog dan rakan-rakan di Facebook agar mudah jadi kenyataan.

---------

Kereta mewah yang diletakkan di hadapan rumahnya jarang sekali berada di situ sepanjang hari. Pemandunya sering berbeza, adakalanya hanya pemandu dan kerap kelihatan dua tiga orang menaiki kereta mewah pelbagai jenama.

Orang kenal dan orang tahu siapa memililki kereta mewah itu. Rumahnya sederhana besar tetapi masih mudah dicam orang sebagai salah satu rumah milik orang kaya di situ. Keretanya bukan sebuah, ada beberapa biji lagi. Dihitung jumlah setiap satu sudah mampu membeli beberapa biji rumah lagi.

Tetapi hairan, beliau hanya membeli sebuah sahaja, selebihnya dihadiahkan orang. Begitu sekali beliau disanjungi orang.

"Siapakah dia?" bertanya orang tidak mengenali dia.

"Bagaimana beliau menjadi begitu kaya?" soal orang yang mahu kenal hartanya terlebih dahulu sebelum orangnya.

"Sudah berkahwin atau pun belum?" tanya si ibu yang mencari jodoh selesa untuk anak gadisnya.

Sudah ada yang kenal orang itu. Beliau terkenal bukan kerana hartanya atau pun perniagaan yang diusahakan. Tetapi zuhud bisnes yang diamalkan. Kerana falsafah harta menjaga tuan lebih kuat berbanding tuan menjaga harta.

Soal saya kepada yang bercerita mengenai orang itu, "Bagaimana dia menerapkan zuhud bisnes dalam kehidupan?"

Orang yang bercerita terus membongkar kisah. Seolah-olah bangga dapat menceritakan kehebatan pemilik kemewahan yang percaya pada zuhud bisnes.

"Beliau adalah seorang yang percaya pada hidup itu adalah untuk tuhan. Mengapa perlukan kesombongan dunia bagi mengumpulkan yang terbaik untuk bekerja bersama-samanya. Para pekerja sudah dididik hati agar melihat kemewahan itu adalah satu hidangan yang mereka kongsikan. Tidak ada yang kekenyangan dengan kemewahan, mereka ambil apa yang patut sahaja," ceritanya panjang lebar.

Katanya deretan kereta mewah itu digunakan silih berganti antara pekerja dan majikan. Sudah seperti kereta perniagaan meskipun ia adalah kereta hadiah peribadi.

Melihat kereta mewah yang tidak duduk lama di perkarangan rumah sudah menjadi situasi biasa yang dilihat oleh jiran yang duduk sebelah menyebelah. Paling lama kereta mewahnya berada di situ selama setengah jam.

Soal saya, "Mengapa begitu sekali?"

Jawab orang yang bercerita, "Sememangnya begitu. Para pekerjanya menggunakan kereta mewah apabila ada tujuan khusus. Ada yang menggunakan bagi tujuan bertemu pelanggan, ada yang bertujuan menggunakan bagi mewakili perniagaan dan ada yang digunakan bagi tujuan dakwah."

Pendek kata kereta-kereta itu digunakan semaksima mungkin. Ia menjadi wajah kepada organisasi dan pekerja. Dibawa oleh pemandu bersama-sama persepsi khayalak. Percaya ada kehebatan di sebalik kereta mewah itu.

"Beliau mengamalkan zuhud bisnes," kata orang itu.

Tanya saya sekali lagi, "Bukankah zuhud bisnes itu membuang keperluan dunia dan menjadi abid kepada tuhan semata-mata?" soal dengan sengaja memprovokasi.

Ketawa besar dia lalu membalas kembali, "Zuhud bisnes yang diamalkan beliau ialah memaksimakan kelebihan yang ada dengan memberi yang lain peluang sama-sama menggunakan. Lihat pada kesan formula zuhud bisnesnya."

Pemilik itu sudah seperti tidak kisah dengan kereta mewahnya.

Para pekerjanya pula bersungguh-sungguh menjaga amanah menggunakan kenderaan itu. Mereka memenuhi kepercayaan yang diberi dengan mengendalikan berhati-hati.
Tambahan lagi, pasti tidak senang duduk jika mahu menggunakan kereta mewah itu untuk tujuan peribadi, kelak mata para pekerja lain melihat. Ia menjadikan mereka di bawah radar.

Manusia yang hidup di bawah radar tuhan, kemewahan tidak menjadikan beliau kedekut malah mendekatkan dirinya dengan manusia lain. Kemurahan yang diberi beralih tangan. Kesetiaan pekerja makin mendekat. Sungguh-sungguh jadi tabiat kekal.

Tin!

Bunyi hon dari belakang. Sebuah kenderaan mewah berada di belakang. Kami menghalang jalan masuk ke rumah pemilik deretan kereta mewah yang percaya pada zuhud bisnes.

Di sebalik cermin kelihatan wajahnya, senyuman manis dan lambaian kecil.

Kami teruja.




-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.