Isnin, Mac 08, 2010

Apa cerita penulis sepanjang Mac ini

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Diari penulis sepanjang minggu

  • Terima kupon diskaun 25 peratus untuk seratus orang pembaca

Petang tadi mendapat 100 keping kad diskaun 25 peratus potongan harga buku PTS. Saya akan beri kepada 100 orang pertama yang menemui saya di PTS pada pesta buku dan memilih buku tulisan saya bersama buku-buku lain. Sementara kad diskaun masih ada. Jika 25 peratus buku RM18.00 akan jadi 13.50. Jimat RM4.50, banyak jumlah itu!


  • Meraikan dan mengendalikan bengkel komuniti untuk Tuan Syahrul Nizam Junaini

Penulis buku Pengaruh, Bukan Jampi tapi Seni, Tuan Syahrul Nizam Junaini mendedahkan selama sejam pengalaman beliau yang juga mempunyai lapan jenis pekerjaan serentak selain jawatan tetap turut menjadi penulis bebas untuk beberapa majalah.



Beliau datang jauh dari Sarawak untuk bertemu bagi berkongsi cara menembusi majalah mengikut strategi 'rahsia dan halus' beliau yang terbukti berkesan.
  • Menemui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)

Dari MBKM, Greet and Meet adalah idea kolaborasi awal bersama Baca@LRT. Kami mencadangkan tokoh buku seperti Prof Diraja Ungku Aziz dan lain-lain. Cadangan?

  • Merancang menemui rakan pembaca sempena pesta buku

Insya Allah, tuan Ammran Yunus dan saya akan berada di gerai buku PTS terletak di seberang sungaisempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah. Tarikhnya 24 Mac 2010 jam 2.00 petang.

  • Selesai menyemak pruf Urus Bisnes dengan Google

Baru sahaja selesai menyemak pruf buku terbaru Urus Bisnes dengan Google setebal 300 halaman. Diberi masa sehari untuk membuat semakan dan pembetulan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Moga-moga selamat tiba di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada 19 Mac ini.


Buku ini ditulis bagi membantu peniaga kecil dan SOHO. Menyemak pruf mesti memakai topi pembaca bukan topi penulis bagi mengukur sejauh mana ia akan difahami kelak.

Jika tuan dan puan sudilah kiranya membelek buku ini di Pesta Buku kelak di gerai buku PTS di seberang sungai. Saya akan menemui tuan dan puan di sana.

  • Bersama-sama rakan Baca@LRT menemui sukarelawan Islamic Relief Malaysia

Dalam perjalanan bersama rakan Baca@LRT ke rumah anak yatim Darul Izzah, Bangi. Perpustakaan hasil sumbangan orang ramai akan beroperasi di sana.

Sempat ke Masjid 'besi' Putrajaya. Namanya masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Sebelum jam 2 eskalator naik ke atas. Selepas solat eskalator diset turun. Mudahkan jemaah.



Ketika ini para sukarelawan sedang memasang 8 set rak buku untuk perpustakaan anak yatim Darul Izzah.

Rak buku ini lebih tahan lama. Pemilihan rak buku yang hayatnya panjang penting bagi memastikan perpustakaan rumah anak yatim berfungsi.

Perpustakaan Rumah Anak Yatim hanya akan diserahkan kepada pengurusan rumah anak yatim secara rasmi pada hari esok.

Namun, petang tadi tanpa disuruh-suruh anak-anak yatim Darul Izzah ini sudah mengerumuni rak buku terutama di bahagian Komik. Mereka dengan khusyuk membaca Komik-M. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan IRM yang mengizinkan rakan-rakan Baca@LRT hadir melihat perubahan perpustakaan anak yatim ini.

Anak yatim ini begitu teruja membaca buku baru yang diterimanya.

Di belakangnya adalah buku rujukan lama yang sudah usang dan tidak sesuai jadi bahan bacaan awal mereka.

Bak kata tuan Iskandar, inilah pemandangan biasa di rumah anak yatim. IRM begitu komited memperjuangkan usaha membuka perpustakaan rumah anak yatim.

Semua penyokong Baca@LRT sama-sama memperjuangkan usaha membudayakan membaca di tempat awam. Kelak iklim membaca hasil usaha tuan dan puan di Baca@LRT menjadikan anak-anak yatim ini tidak segan membaca di khalayak.

Rakan-rakan Baca@LRT yang sempat hadir pada hari itu berkenalan dengan sukarelawan dari Palestin (kanan sekali) Yaman dan Vietnam. Semuanya datang kerana satu, menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya yang cool!


  • Berkampung di De Palma bagi mengikuti seni menyampaikan ceramah bisnes

Dikelilingi para usahanita di De Palma. Berguru dengan puan guru seni menyampaikan ceramah motivasi tanpa perlu cakap berapi. Bersama saya tuan Shamsuddin Kadir.

Biasanya artis ditarik sana sini bergambar dan autograf. Puan guru saya pun ditarik kiri kanan mengambil gambar dan autograf.

Berkat guru, berpeluang bermentor dengan Puan Hajah Noor Hayati, Pengerusi usahanita Malaysia dan Datin Norasni Ayob, Pengarah 'Deposit & Channel Management' Public Bank. Moga Allah permudahkan

"Menjadi pemimpin organisasi bukan satu keistimewaan, ia adalah hot seat. Kita berfikir apakah perkara yang dapat meningkatkan kemahiran para usahanita," jelas Puan Hajah Noor Hayati, Pengerusi Usahawan Wawasan Wanita semasa minum teh selepas progam.






Puan Ainon Mohd. dikerumuni para usahanita, ada yang menghulur kertas (?) untuk diautograf dan ada tangan yang cuba menarik puan guru ke arahnya selepas ceramah sejam setengah tadi. Saya pula diasak dan ditolak ke belakang. Situasi selepas program usahanita di De Palma, Ampang sebentar tadi. Ia bermula jam 8 pagi.

Puan Ainon berkata, "93 peratus bisnes di seluruh dunia gulung tikar dalam tempoh tiga tahun pertama termasuk negara kita. Bagaimana kita mahu mengurus hutang yang tidak akan menyebabkan suami isteri bercerai berai, adik beradik bergaduh, hilang kawan baik, bergaduh saudara mara. Langkah pertama ialah..." ceritanya bersambung sejam setengah kemudian.

Kisah tudung, baju dan kasut puan guru yang mengejutkan hadirin. Setiap satu ada ceritanya. Selepas itu ramai pula mohon izin memeluk puan guru.

Akan datang, bengkel penulisan berita rencana di Hotel Vistana, semua dijemput hadir. Klik di sini

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates