Langkau ke kandungan utama

Puan Hamiza berkata dan saya mencatat sahaja

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Saya berada di dalam bilik komputer di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Dari masa ke semasa saya mengemaskini Facebook, memetik kata mentor di hadapan yang berkongsi sedikit demi sedikit seni mengurus perniagaan di internet.



Sempat melihat deretan makanan ringan dijual di hadapan surau dan berhampiran tandas.

Ini adalah perniagaan lillahitaala (kata pelajar UiTM). Deretan produk makanan dijual dan bekas wang diletakkan di situ. Beli dan tinggalkan wang. Saya mendapat informasi seorang pelajar hanya menjual 'drinking water' dan menjana lebih RM2,000 sebulan dengan konsep perniagaan lillahitaala ini.


Sedang jari cepat menaip di papan kekunci, kepala masih lekat dengan ingatan mentor seorang lagi. Mengingati pesan guru saya Tuan Irfan Jani berdasarkan buku Yoro Takeshi. Katanya, "Apabila kita belajar, anggaplah kita tidak tahu (walaupun sudah belajar berkali-kali). Agar di sekeliling diri tidak ada dinding kebodohan."

Satu persatu tip saya catat mengejar deras bicara mentor, Puan Hamiza. Lantas saya menulis, "Puan Hamiza berkata...."


  • Terdapat beberapa model bisnes e-commerce iaitu brochure site, online store, subscription site, advertising site, online cybermall dan B2B e-commerce site.
  • Microsoft melihat 3 bulan ke hadapan bagi melihat perubahan yang perlu dilakukan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkongsi pengalaman cerita seorang tukang urut berusia 60 tahun mendapat pelanggan daripada internet kerana pelanggan terdahulu meletakkan informasi beliau di internet. Beliau kini bercadang mahu membuka laman web.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata bagi mempelajari seni bisnes di internet perlu ada pengalaman jual beli di internet. Keselamatan jual beli di internet adalah hampir 100 peratus selamat. Testimonial berserta laman web pelanggan dan sistem pembayaran yang disarankan adalah contoh sistem keselamatan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata terdapat 12 kategori produk yang hype di pasaran. Beliau menekankan jangan fikir mahu jadi jutawan dengan perniagaan online. Foku spada kemahiran dan seni berniaga itu sendiri.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata 'merasa' produk di internet melibatkan testimonial pelanggan.
  • Ketika ini, peserta mendedahkan jenis bisnes diusahakan mahu dibawa ke online. Ada yang sudah menjual 'bear', tudung, bunga, produk kesihatan, beg.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jika mahu mengawal proses pemasaran pada peringkat awal, mulakan dengan bisnes internet yang dapat dihantar sekitar Lembah Klang terlebih dahulu.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata domain adalah sesuatu yang penting untuk dikaji kerana ia adalah kata kunci yang dicari dalam enjin carian. Hasil carian tidak kurang daripada 20,000 result dan tidak melebihi 200,000 (terlalu besar)
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata, menjual produk yang kita pernah gunakan menjadikan kita mahu pastikan orang lain mendapat keseronokan yang sama.
  • Ketika ini, dikongsi cerita seorang penjual keris hairan ada orang ambil gambar keris dan dipaparkan di laman web dan dijual berkali ganda. Dari RM400 sebilah menjadi RM4,000 di Eropah dan US. Ini kerjasama penjual online dan pembuat.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan lupa kos penghantaran produk. Lihat di laman web pos.com.my kos penghantaran seluruh negara. Ambil kira kos transaksi online banking juga.
  • Ketika ini, disebut berikan dua pilihan kos penghantaran kepada pelanggan. Lambat tiba tetapi murah atau cepat tetapi mahal. Misalnya Pos Ekspress dan Fedex.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk unik yang tidak boleh dibandingkan harga online antara satu peniaga dengan peniaga lain adalah kraftangan dan batik buatan tangan.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata jangan ambil gambar sebarangan daripada web orang lain untuk laman web jualan kita. Isu copyright.
  • Ketika ini, Puan Hamiza berkata produk yang sama di kedai dan online dijual pada harga berbeza kerana isu caj.
Ketika itu saya dan Tuan Azree Hanifiah menjadi wartawan bisnes rakan-rakan di Facebook melaporkan tip-tip ringkas perniagaan online secara real time dari dalam bengkel di UiTM. Ringkas dan padat.

Saya berpuas hati kerana melihat Facebook sebagai saluran segera menyampaikan maklumat kepada semua.

Tiga hari lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bakal berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Dengan izin, saya mahu khabarkan. Penantian para pembaca yang mahukan manual bagaiman menguruskan bisnes menggunakan Google bakal disambut dengan kelahiran buku terbaru.

Berikut merupakan informasi asas buku Urus Bisnes dengan Google.

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-369-013-8
Tarikh Terbit: 23 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 336

Kategori: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Bisnes besar tepuk dahi apabila bisnes kecil dapat menyaingi mereka, urus bisnes dengan Google.


-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...