Sabtu, Februari 27, 2010

Ringgit Murtabak dan label pekerja asing

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Saya menyeluk saku mengeluarkan dompet. Mengasingkan beberapa ringgit kerana bercadang membeli sesuatu di pasaraya setibanya ke kampung. Bersama Abe, kami melencong ke Negeri Sembilan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Kami berhenti di Plaza Tol Seremban selepas melepasi kaunter. Perjalanan pada pagi Jumaat tidak sesesak minggu lalu ketika cuti panjang tahun baharu Cina. Maulidur Rasul mungkin hari berehat di rumah sahaja.

Abe meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan pejabat pengurusan PLUS. Telefon bimbit dikeluarkan. Sepuluh minit bicara. Kemudian perjalanan disambung semula.

"Abe mahu ke rumah ambil wang sewa daripada penyewa," katanya.

Soal saya, "Siapa penyewanya?"

"Seorang peniaga pasar malam dan isterinya. Masih belum ada anak lagi," sambung Abe sambil membelok keretanya ke simpang kanan.

Abe menyambung cerita, "Penyewa ini berniaga di beberapa pasar malam sekitar Negeri Sembilan. Kemahiran beliau adalah menghasilkan murtabak. Cuma beberapa bulan ini perniagaan beliau kurang menjadi berbanding dahulu."

Saya bertanya, "Sakitkah atau ada masalah peribadi menyebabkan beliau tidak dapat berniaga dengan keuntungan semewah dahulu?"

Kereta memasuki sebuah taman perumahan. Sunyi dan kelihatan rumah-rumah besar yang

sudah buruk kerana tidak didiami. Berbeza keadaan rumah-rumah yang saya lihat di kawasan lain berdekatan taman perumahan ini.

"Tidak, sebenarnya perniagaan beliau dahulu rancak kerana ada dua pelanggan utama. Iaitu pekerja kilang dan pekerja warga asing."

Kata Abe pekerja asing tidak suka pergi ke pasaraya hyper kerana kehadiran mereka ke pasaraya menjadikan mereka dicurigai. Oleh kerana itu, pasar malam menjadi pasaraya mewah bagi mereka membeli keperluan.

"Bukan sahaja di Malaysia, ketika Abe di Jordan pun begitu. Pernah satu ketika seorang pemilik kedai melayan kasar dan curiga pekerja asing dari Bangladesh yang hanya masuk mahu melihat-lihat barang di dalam kedainya. Saya berada di situ tidak pula dilayan begitu. Apabila ditanya, pemilik kedai berkata itu adalah pekerja asing," tambah Abe.

Rezeki kepada peniaga murtabak. Para pekerja asing membeli murtabak jualan beliau di pasar malam. Mewah dengan wang belian mereka setiap minggu. Ini ditambah lagi dengan pekerja-pekerja kilang yang keluar dari kilang jam lima petang yang membeli sebelum pulang ke rumah. Pekerja yang turun dari bas untuk masuk bekerja syif seterusnya akan singgah ke pasar malam sebelum mula bertugas.

Wang masuk buat peniaga murtabak di pasar malam.

Cerita berubah. Pekerja asing yang sudah tamat permit pulang. Pekerja asing tanpa permit pula ditangkap dan dibawa pulang. Pekerja kilang warga tempatan juga pulang apabila kilang mereka ditutup kerana pelabur sudah mendapat peluang mengurangkan kos pekerja di negara lain.

Pekerja asing dan pekerja kilang berkurangan, pendapatan harian peniaga murtabak pun berkurangan. Simbiosis pendapatan peniaga kecil terjejas. Sedangkan wang sewa rumah mesti dibayar pada hujung bulan.

Kereta kami berhenti di hadapan rumah dan dia sedang menunggu kami di pagar rumah. Sekali lagi saya menyeluk saku, melihat wang di dompet. Di pasaraya yang selesa atau di pasar malam ia akan pergi hari ini.




-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Februari 19, 2010

Satu atau ramai, ia tetap hidup sebagai Baca@LRT

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------



Saya memegang kata-kata penyelaras komunikasi (Bahasa Inggeris) Cik Puan Siti Sabariah, rakan Facebook yang menjadi tim kerja yang penting untuk Baca@LRT.

Katanya, "Baca@LRT itu bukan sekadar program beramai-ramai sebulan sekali sahaja. Membaca seorangkah, membaca beramai-ramaikah ia tetap Baca@LRT."

Kata-kata ini mendorong saya dan memberi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan lain. Kami percaya pada masa depan lebih baik.

Kami akan cuba menjaga agar Baca@LRT tetap pada aturan dan misinya membudayakan membaca sebagai satu kebiasaan di tempat awam. Ia tidak sahaja diterjemah dalam bentuk membaca beramai-ramai, akan ada bentuk-bentuk lain pada masa akan datang.



Saya berharap tidak ada golongan opportunis mengambil peluang menyebarkan benda yang bukan-bukan ketika mana kita sedang berusaha mencipta satu pattern baru dalam masyarakat.

Baca@LRT berlaku di Kuala Lumpur. Ramai memohon dibuat di tempat lain. Jawapan saya secara personal, di tempat lain ada orang muda yang berpotensi, berbakat dan punya idea gila-gila mencipta Baca@.... di tempat mereka sama ada feri, surau, warung kopi mahu pun perahu tambang. Saya percaya orang muda di sana dapat lakukan ia. Jauh bagaimana pun jiwa mereka cukup kuat mencipta realiti ini.

Baca@LRT disambut oleh kelab-kelab lain. Pada masa sama, pada jam 6 pagi Baca@LRT akan mempunyai saudara baru iaitu Baca@Komuter. Kumpulan dari negeri Sembilan dan Melaka akan menaiki komuter bersama-sama peminat buku di Kuala Lumpur pada 20 Februari ini.

Ketika saya menulis, saya mengingati peristiwa hari ini ketika meninjau laluan LRT ke kedai buku BookXcess.

Saya berjalan dari gerabak ke gerabak melihat siapa yang membaca. Di tangan saya ada beberapa keping penanda buku Baca@LRT. Hari ini saya bertemu dengan lima orang pembaca buku dan majalah.

  • Wanita berbangsa India berkata "How sweet," apabila saya hulurkan penanda buku itu
  • Wanita berbangsa Thailand mempamerkan wajah hairan sehinggalah saya perlu menunjuk cara bagaimana penanda buku itu digunakan. Saya selitkan secara hormat pada buku yang ditulis dalam bahasa ibundanya.
  • Wanita pembaca Mingguan Wanita menggeleng-geleng kepala dan menjarakkan tubuhnya, bimbang saya menjual sesuatu. Kemudian beliau menerimanya juga.
  • Wanita si pembaca Sodoku yang khusyuk bermain nombor mengucapkan thank you.
  • Wanita si pembaca Millionaire Next Door yang duduk bertentangan juga menerima penanda buku.

Dalam berseorangan saya membawa penanda buku saya beranikan diri menemui mereka dan melihat reaksi mereka. Dari satu gerabak ke satu gerabak selepas waktu jam 2.00 petang.

Sehingga entri ini ditulis, baru saya sedar semuanya wanita. Saya tidak ketemu orang lelaki membaca pada hari itu.

Memberi penanda buku itu jadi satu dakwah, mengukuhkan perbuatan yang baik.

Mereka yang tidak menerima penanda buku itu pasti memikirkan mengapa yang membaca buku yang menerima penanda buku tersebut. Mudah-mudahan itu mendorong mereka mentafsir positif dan bergerak kepada perubahan.



Penanda buku buat pembaca yang terasing dalam LRT adalah mesej bahawa, "Mereka tidak berseorangan. Ramai yang seperti mereka sedang melakukan yang sama ketika ini dan pada waktu lain."

Ia menjadi proses peneguhan tingkah laku kerana mereka akan yakin apa yang mereka lakukan itu tidak ganjil dan betul. Mudah-mudahan itu yang dapat mereka lihat setiap kali penanda buku berada di atas meja mereka.

Sekali lagi nasihat tim ini akan saya ingati, "Seorang atau ramai, Baca@LRT tetap Baca@LRT."

Itulah semangat yang akan berada dalam hati.

Pada 20 Februari ini penyokong Baca@LRT akan memainkan peranan penting dalam mengubah pandangan awam bahawa membaca di tempat terbuka adalah sesuatu yang janggal dan aneh.

Ia adalah sesuatu yang diterima ramai dan dianggap sesuatu yang 'cool'.

Saya mendapat maklumat, rakan-rakan Baca@LRT kini merangkumi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur.

Informasi terkini menunjukkan ada sahabat kita dari Perak dan Pulau Pinang akan turun melihat bagaimana Baca@LRT dilakukan dan akan membawa idea yang sama untuk diimplementasi mengikut acuan setempat.

Malah ada juga dari Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam akan bersama-sama kita. Ini termasuk warganegara Malaysia yang pulang dari Jepun semata-mata mahu menyertai Baca@LRT.

Selepas paparan di MHI, pelbagai respon kami terima. Sokongan demi sokongan diberikan. Lebih menarik, sudah ada ulasan buku dan perkongsian pengalaman di wall Baca@LRT. Tuan dan Puan dialu-alukan berkongsi!



Malah ada titik keberanian daripada rakan-rakan di luar Kuala Lumpur membaca di kompleks membeli belah ketika menunggu anak-anak, suami dan isteri tanpa kisah apa yang difikirkan orang lain.

Titik keberanian ini akan bersambung dari satu individu ke individu lain menjadi satu garis panjang yang bernama gaya hidup.

Semua itu adalah sejarah penting kepada budaya membaca yang berpunca daripada keyakinan dan percaya mereka bahawa esok adalah hari yang terbaik untuk mereka dan generasi mereka.

Kami di Baca@LRT mensasarkan 70 orang setiap bulan, tetapi berganda menjadi 150 pada Januari dan 400 pada bulan Februari.

Terima kasih kepada semua.


-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, Februari 18, 2010

Tiga Penulis Bebas dedah rahsia penulisan di majalah dan akhbar




Assalamualaikum wbt

Salam hormat dan salam sejahtera kepada tuan dan puan

Semoga hari ini menjadi hari penuh motivasi, dicurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Bengkel Penulis Bebas, strategi menulis rencana akhbar dan majalah akan mengetengahkan tiga pengamal penulis bebas. Ini adalah bengkel edisi khas.

Bengkel ini terbuka untuk enam orang sahaja kerana kami mementingkan orientasi hasil berbanding kuantiti. Ini memberi peluang kepada tuan dan puan mengajukan lebih banyak soalan pada hari itu.

Siapakah yang akan membongkar strategi penulis bebas pada 28 Februari ini?

Istimewanya pada 28 Februari, seorang penulis bebas yang sudah menempa nama dalam majalah komersial akan berkongsi strateginya selama sejam. Beliau datang jauh dari Sarawak.

Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja dalam sejarah bengkel penulis bebas anjuran kami. Tidak ada yang kedua atau ketiga selepas itu.

Mengapa?

Ini kerana beliau berada di Kuala Lumpur pada 27 Februari, maka kami mengusahakan untuk beliau sama-sama hadir ke bengkel kami pada 28 Februari sebelum beliau pulang ke Kuching, Sarawak pada hari yang sama.

Siapakah beliau?

Tuan Syahrul Nizam Junaini,


Tuan Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya Persembahan Hebat dengan PowerPoint yang laris di pasaran.

Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom.

Tambahan pula sebagai posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Berkenaan penulisan artikel majalah, beliau pernah dan sedang menjadi kolumnis di Utusan Sarawak dan Majalah Pa&Ma. Artikel beliau juga pernah tersiar di Dewan Masyarakat, PEMIKIR, Dewan Budaya dan banyak lagi. Inilah rahsia yang kita mahu dedahkan kepada peserta bengkel penulisan 28 Februari ini.

Zamri Mohamad



Merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Pernah menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Muhammad Firdaus Ariff


Cerpen fiksyen sains beliau pernah tersiar di Dewan Kosmik bertajuk Komando 2069 dan Gapura Dimensi sebelum terbitnya novel sulung Sayap Adinila. Novel Sayap Adinila merupakan novel pertama dalam siri Saga Empayar Kristal.

Artikel-artikel tulisannya juga pernah muncul dalam majalah Milenia Muslim, Forward dan Dewan. Isu-isu yang dikupas meliputi seni & budaya, sains & teknologi, dan kembara.

Beliau juga terlibat dalam kejurulatihan dan bimbingan penulis meliputi organisasi swasta dan kerajaan.

Tetapi ini terhad kepada enam orang sahaja agar ia lebih bersifat personal dan eksklusif untuk anda. Ia bergantung kepada first come first serve.

Pendaftaran dibuat berdasarkan First Come First Serve. Ini bermakna peserta akan dianjakkan ke tarikh selepas itu apabila bengkel pada 28 Februari sudah penuh.

Pendaftaran di http://www.kursuspenulisan.com

Berjumpa kita di bengkel penulis bebas pada 28 Februari ini.

Selasa, Februari 16, 2010

Berlaku sekali sahaja dalam sejarah kursus penulisan

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------

Cerita pertama

Tiga hari dua malam jauh dari akses internet, suara dan visual televisyen serta deringan telefon. Saya bersama-sama tim Akademi Penulis mengasingkan diri jauh ke Kuala Lurau, menjelajahi potensi dan membongkar rahsia baru dalam dunia penulisan.

Di bawah pimpinan tuan Fauzul Naim Ishak, tim Akademi Penulis berada di Kuala Lurau bagi membincangkan, menyusun dan memantapkan gerak kerja untuk keperluan bengkel-bengkel penulisan di bawah Akademi Penulis.







Saya mengendalikan bengkel penulisan rencana dan berita, profession sejak tahun 2001 lagi. Menulis secara bebas, menjadi kolumnis dan membimbing para penulis bebas lain. Saya anggap berada di sini adalah satu persediaan penting bagi bengkel penulisan rencana dan berita di hotel Vistana pada 19 Mac sehingga 21 Mac 2010.

Selama tiga hari para peserta akan berkampung di hotel ini dan didedahkan secara teliti apakah keperluan dan strategi bagi menjadi penulis bebas sama ada untuk tujuan peribadi mahu pun bisnes.

Bengkel ini akan diadakan pada bulan Mac, Klik informasi di sini

------------

Cerita kedua

Sekiranya mahu mengikuti kursus penulisan ekspress, tarikh terdekat adalah pada 28 Februari ini. Kursus penulisan sehari ini saya kendalikan bersama-sama tuan Muhammad Firdaus Bin Ariff.

Kursus penulisan bersama tuam Muhammad Firdaus ini diadakan buat kali kelima berturut-turut.

Dalam kelompok tidak melebihi enam orang, ia bertujuan diadakan dalam bentuk coaching kumpulan kecil bagi memastikan tuan dan puan mendapat impak yang tinggi.

Bagi bengkel 28 Februari ini, seorang penulis bebas datang dari Sarawak bagi berkongsi rahsia dan strateginya selama sejam sebagai pembuka kursus penulisan ini.

Pada 28 Februari ini, saya akan mengadakan satu lagi bengkel penulisan rencana akhbar dan majalah untuk penulis bebas.

Ketika ini kami sedang mengusahakan sesuatu. Istimewanya pada 28 Februari, seorang penulis bebas yang sudah menempa nama dalam majalah komersial akan berkongsi strateginya selama sejam. Beliau datang jauh dari Sarawak.

Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja dalam sejarah bengkel penulis bebas anjuran kami. Tidak ada yang kedua atau ketiga selepas itu.

Mengapa?

Ini kerana beliau berada di Kuala Lumpur pada 27 Februari, maka kami mengusahakan untuk beliau sama-sama hadir ke bengkel kami pada 28 Februari sebelum beliau pulang ke Kuching, Sarawak pada hari yang sama.

Siapakah beliau?

Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya Persembahan Hebat dengan PowerPoint yang laris di pasaran.

Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam ijazah Sarjana Komunikasi Media dari University of Bradford, United Kingdom.

Tambahan pula sebagai posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Berkenaan penulisan artikel majalah, beliau pernah dan sedang menjadi kolumnis di Utusan Sarawak dan Majalah Pa&Ma. Artikel beliau juga pernah tersiar di Dewan Masyarakat, PEMIKIR, Dewan Budaya dan banyak lagi.

Inilah rahsia yang kita mahu dedahkan kepada peserta bengkel penulisan 28 Februari ini.

Insya Allah perkara ini akan kami usahakan. Tetapi ini terhad kepada enam orang sahaja agar ia lebih bersifat personal dan eksklusif untuk anda. Ia bergantung kepada first come first serve.

  • Bagi mereka yang mahu mengikuti kursus penulisan rencana ekspress pada 28 Februari ini, mohon klik di sini. Tarikh tutup dan pengesahan adalah pada 22 Februari 2010. Terhad untuk enam orang sahaja.
  • Bagi mereka yang mahu mengikuti kursus penulisan rencana anjuran Akademi Penulis pada 19 Mac ini, mohon klik di sini. Terhad untuk 35 orang sahaja.

Berjumpa kita lagi.
-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, Februari 12, 2010

Kesan pertemuan 90 minit Baca@LRT dan Bookxcess

Pintu hadapan Bookxcess di tingkat empat Amcorp Mall
Cik Puan Winnie, staf paling lama berkhidmat di Bookxcess


Rakan-rakan Baca@LRT yang dihormati dan sentiasa di hati,

Baca@LRT gelombang kedua bertema sastera memberi kesan positif kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam dunia buku secara langsung.

Kali ini kami membawakan kepada rakan-rakan pendukung Baca@LRT perkara penting yang dapat dicapai dalam pertemuan penting sejarah usaha kita bersama ini.

Seperti biasa, atas bantuan rakan-rakan dalam Baca@LRT yang menyebarkan maklumat gelombang kedua Baca@LRT, kami juga melakukan usaha yang sama melalui Facebook. Sehinggalah kami melayari Facebook Bookxcess.

Kami amat gembira dan berbesar hati atas usaha sukarela kedai buku BookXcess menyiarkan catatan berita Baca@LRT dalam Berita Harian ke dalam laman Facebook mereka.

Kepada tuan dan puan yang baru mengenali dan mengetahui nama kedai buku BookXcess, izinkan kami bercerita mengenai latar belakang kedai buku ini.

Kedai buku BookXcess mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2007. Pada awalnya mereka menyewa ruang kedai yang kecil. Fokus mereka adalah menjual majalah luar negara dalam pelbagai kategori pada harga murah bersama-sama seleksi buku luar negara.

Tidak lama kemudian, mereka menyewa sebuah ruang lebih besar sehingga tahun 2010.

Apa yang menarik mengenai falsafah perniagaan BookXcess?

Dalam pertemuan 90 minit bersama tuan Andrew dan isterinya, puan Jacqueline, perkara paling konsisten yang mereka usahakan sejak tiga tahun lalu adalah merendahkan harga buku, tujuan perniagaan ini adalah meramaikan jumlah pembaca tempatan.

Noktah.

Mereka percaya harga buku yang rendah dapat meningkatkan kadar pembacaan buku-buku berkualiti.

Noktah.

Buku ini adalah edisi kulit keras, tetapi buku baru ini berharga Rm25.00


Jangan terkejut jika anda menemui buku yang sama berkulit keras berharga 70 ringgit, dijual pada harga 24.90, buku berharga RM50.00 dijual pada harga RM19.90 meskipun di kedai buku lain ia dalam kategori bestseller dan dijual pada harga setinggi itu. Ianya buku baru.

Di BookXcess sebaliknya.

Itulah falsafah perniagaan mereka yang terpampang jelas pada plastik bungkusan, "Read More for Less."

Antara perkhidmatan kedai buku ini ialah mereka menyediakan perkhidmatan membalut buku untuk tujuan hadiah secara percuma. Meskipun buku itu berharga lima ringgit. Malah kad dan reben disediakan percuma pada buku itu.

Sekali lagi, ia adalah percuma semata-mata mahu melihat orang membaca.

Menurut Jacqueline, "Membaca mesti menjadi sesuatu yang menyeronokan. Bagi yang sudah biasa membaca, mereka suka berkongsi. Bagi yang jarang membaca, mendapat buku dalam bentuk hadiah yang cantik pasti mengubah persepsi mereka. Kami di BookXcess membantu memudahkan pembaca menyediakan perkhidmatan membalut buku sebagai hadiah agar lebih ramai suka menerima dan membaca buku."

Andrew, suami kepada pengurus kedai ini berkata pernah satu ketika satu kumpulan pekerja lelaki datang beramai-ramai membeli buku sebagai hadiah daripada syarikat untuk semua pekerja.

---------------------

Kedai buku ini pernah menganjurkan jualan murah (bukan jualan lelong) Big Bad Wolf di Amcorp Mall. Harga buku yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai bukunya yang sememangnya sangat murah berbanding kedai buku berangkai lain.

Tujuan Big Bad Wolf adalah memberi peluang mereka yang mempunyai kuasa wang yang sederhana mendapatkan buku yang berkualiti.

Big Bad Wolf menukarkan persepsi orang yang tidak membaca menjadi pembaca tegar.

Dalam salah satu testimonial yang diterima penganjur, seorang abang menjadi pembaca tegar selepas mengikut adiknya ke pesta buku ini.

Disebabkan harga buku yang murah, abangnya membeli beberapa buah buku. Menurut adiknya yang menghubungi penganjur, abangnya kini gemar membaca dan membeli buku secara berkala.

Itulah penangan Big Bad Wolf anjuran kedai buku Bookxcess

---------------------

Para pekerja di Bookxcess merdeka dari segi kreativiti. Ini dapat dilihat daripada hadiah penanda buku yang dibuat sendiri oleh pekerjanya.

Beliau menghasilkan penanda buku sebagai hadiah kepada sejumlah buku pada harga tertentu.

Inilah keseronokan yang beliau perolehi hasil daripada berkongsi sesuatu yang disukainya.

Buat tuan dan puan, kedai Bookxcess ketika ini sedang menyediakan sesuatu yang istimewa kepada kita semua pada 20 Februari kepada peminat buku yang hadir pada 20 Februari nanti.

-------------------

Ketika saya menulis entri ini, pekerja itu sedang membuat satu persatu penanda buku yang dibuat daripada manik-manik hiasan untuk dihadiahkan kepada semua penyokong Baca@LRT yang datang ke kedai buku itu setibanya kita di LRT Taman Jaya.

Ia diberikan percuma kepada penyokong Baca@LRT.

Ketika mana saya menulis entri ini, seorang pekerja di Bookxcess sedang menyediakan hiasan selamat datang menyambut kedatangan kita dari Baca@LRT ke Bookxcess.

Bilakah kali terakhir kita disambut ke kedai buku?

Ketika saya menulis entri ini, seorang pekerja sedang menghasilkan kupon berlogo Baca@LRT untuk diedarkan bersama borang keahlian percuma kepada penyokong Baca@LRT pada hari itu.

Biasanya borang itu bernilai pembelian RM100++ tetapi diberikan percuma sebagai sokongan pada pembaca tegar dan peminat buku yang mengikuti Baca@LRT.

-------------------



Pasangan suami isteri ini membuka Bookxcess bermula sebagai sebuah kedai buku kecil dan berpuas hati dengan kegembiraan orang ramai dapat membeli buku pada harga yang murah.

Perasaan gembira itu dikongsi dengan memberi kepada mereka yang menghargai dunia buku dan percaya dunia esok lebih baik kerana mereka yang berada dalam Baca@LRT bersama-sama melakukan sesuatu untuk itu.

Kata Andrew, "Hanya orang yang menghargai dunia buku dan percaya apa yang mereka buat ini untuk masa depan lebih baik bersedia memberi masa cuti mereka bersama Baca@LRT. Kerana waktu mereka itu bukan percuma, mereka datang kerana mereka benar-benar percaya."

-------------------


Kami di Baca@LRT mengucapkan terima kasih kepada Bookxcess yang menjadi kedai buku pertama yang menghubungi kami dan bertanya apakah yang dapat dibantu dalam Baca@LRT.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Bookxcess yang menghadiahkan penanda buku buatan tangan dan borang keahlian percuma bernilai pembelian RM100++ kepada penyokong Baca@LRT.

Ini bermakna penyokong Baca@LRT dapat menjadi ahli tanpa perlu berbelanja lebih RM100++ untuk mendapatkan keahlian.

Borang sah diisi pada hari itu sahaja.

-------------------

Andrew dan Jacqueline sempat berkongsi impian mereka kepada kami, "Usaha kamu ini adalah untuk menggembirakan orang lain, kamu akan dibantu tuhan. Kami juga ada impian. Satu hari nanti kami akan mempunyai bangunan sendiri yang menjual buku, majalah dan menganjurkan kelas-kelas masyarakat secara percuma. Ketika itu lebih ramai boleh menyumbang melalui skil mereka. Kami bukan kedai buku ketika itu tetapi pusat aktiviti ilmu."

Itulah Bookxcess yang konsisten dengan impian meningkatkan jumlah pembaca secara konsisten menurunkan harga buku sepanjang ia beroperasi, dari sebuah kedai kecil sehingga kini.

"Pada 20 Februari 2010, para penyokong Baca@LRT datanglah ke kedai buku kami di Amcorp Mall bagi mendapatkan hadiah penanda buku itu dan keahlian percuma. Tidak perlu membuat apa-apa pembelian, " kata Andrew kepada wakil Baca@LRT dalam pertemuan 90 minit.


-----------------------

Malah Andrew dan isterinya percaya kedai buku rangkaian lain yang mempunyai rangkaian outlet besar di seluruh negara seperti Popular dan MPH akan mendukung usaha baik ini.

Bookxcess sebagai sebuah kedai buku kecil mengakui apa yang mereka lakukan ini tidak seberapa dan tidak dapat menandingi rangkaian kedai buku seperti MPH dan Popular apabila Baca@LRT disokong mereka. Bookxcess percaya gerakan Baca@LRT akan disambut oleh kedai-kedai buku rangkaian ini.

"Tetapi kami mahu menjadi sebahagian sejarah kamu yang bersama-sama dalam Baca@LRT mengikut kemampuan kami," kata Andrew.

-------------------

Sekali lagi mereka menawarkan apa bentuk bantuan bagi merancakkan gerakan Baca@LRT pada bila-bila masa. Ketika ini melalui web, blog dan Facebook, kakitangan mereka sedang menyebarkan informasi Baca@LRT.

Malah mereka menawarkan bantuan menghubungi dan menyebarkan maklumat kepada 4000 ahli berdaftar dan 4000 tidak berdaftar (yang hanya memberi emel) untuk turun ke Baca@LRT pada 20 Februari 2010.

Kami menangguhkan bantuan sebaran informasi pada 8000 ahli Bookxcess untuk hadir pada 20 Februari ini.

Pada ketika ini tim Baca@LRT hanya akan memfokuskan pada mereka yang akan turun dan mengesahkan kehadiran melalui http://bit.ly/lrtfebruari agar suasana membaca sebagai suatu yang seronok, santai dan selesa dapat diwujudkan.

Tawaran Bookxcess melibatkan 8000 ahlinya kita tangguhkan dalam satu aktiviti mega lain.

Mungkin ini yang dikata, "Orang yang cinta buku tahu betapa seronoknya buku. Mereka tidak sabar memberitahu."

--------------------

Nota kepada mereka yang akan hadir ke gerakan Baca@LRT pada 20 Februari ini.

Bagi mereka yang sah mahu hadir pada 20 Februari, mohon diisi borang dengan mengklik di sini http://bit.ly/lrtfebruari , ia bagi memudahkan kami mengenalpasti jumlah sebenar yang hadir dan jumlah penanda buku buatan tangan yang mahu disediakan oleh Bookxcess.

Klik di sini http://bit.ly/lrtfebruari

Pada masa akan datang saya akan berkongsi wajah pemilik kedai buku Bookxcess milik suami-isteri ini. Wajah yang menyokong usaha kita semua. Menjadikan esok hari membaca buku sebagai satu gaya hidup di mana-mana.


ZAMRI MOHAMAD
Bahagian Bahasa Melayu
Penyelaras Komunikasi Baca@LRT

Selasa, Februari 09, 2010

Rahsia yang mendorong kita jadi penulis

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Pesanan Professor Emeritus Abdullah Hassan menjadi ingatan kepada diri saya sendiri. Dipetik daripada Facebook beliau.

Apabila Tuan Shahrul Nizam Junaini bertanya kepada saya bagaimana mahu menjadi penulis yang 'baik' dan prolifik, maka jawapan saya adalah begini.

1. Perlu ada dorongan. Dorongan menulis ilmu itu sebagai ibadat adalah sangat membantu.

Ada dua cerita yang mendorong dua orang yang berlainan.

  • Saya mengetahui menuliskan ilmu itu adalah ibadat. Namun, kali pertama saya diberi penjelasan yang baik adalah sekitar 20 tahun dulu.
  • Apabila Tuan Haji Zainal Abidin Safarwan, penyusun Kamus Melayu Besar Utusan, memberi tahu saya beliau sudah 36 tahun mengerjakan Kamus itu, - pada masa itu - dengan bertemankan timbunan bahan bacaan dan sebuah radio, hanya mengharapkan balasan pahala Allah, agar setiap huruf dalam bukunya itu sama seperti sebiji gandum yang akan bercambah tujuh ... dan setiap cabang berbuah 100 biji, dan setiap biji akan mengulang proses yang sama, untuk selama-lamanya.) Bayangkan berapa huruf yang Tuan tuliskan!!
  • Sahabat saya Tuan Jeniri Amir, di Universiti Malaysia Sarawak, didorong oleh suatu peristiwa sedih. Akibat menjadi penjamin pinjaman rakan baik, beliau terpaksa melangsaikan pinjaman tersebut. Beliau menulis dan menulis bagi menghasilkan wang tersebut. Itulah sesuatu yang beliau pandai melakukannya. Beliau tidak pernah menyesali nasibnya.

2. Penting! Banyakkan membaca (mendengar kuliah orang pandai), dan apabila ada banyak maklumat tentu kita akan gatal tangan mahu menulis lagi.

3. Mesti ada teknik. Itulah sebabnya penulis PTS diwajibkan menghadiri kursus Teknik KJ. Dengan teknik yang berkesan, kerja sukar menjadi mudah.

4. Mesti ada alat kerja yang baik. Alat kerja penulis adalah bahasanya. Penulis yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi akan lebih mudah mengungkapkan konsep dan proses yang tinggi dan sukar. Dalam bahasa rendah, ada konsep dan proses yang tidak dapat diungkapkan dengan baik. Itulah sebabnya PTS mewajibkan penulisnya menghadiri kursus Bahasa Melayu Tinggi.

5. Mesti ada falsafah kerja yang disuruh oleh Islam. Pendeknya, apa yang tidak disuruh oleh Islam, janganlah dibuat. Tidak perlu juga kita berdebat panjang mencuba menghalalkan apa yang tidak. Falsafah ini diserapkan dalam kursus teknik menulis dan Bahasa Melayu Tinggi. Mereka yang tidak menghadiri kursus ini mungkin tidak dapat memahami betapa pentingnya perkara-perkara ini.

Agaknya, pedoman ringkas ini perlu dibaca oleh pengarang, dan mereka yang mahu menjadi pengarang, khususnya di PTS.

Wassalam.

Menulislah, jangan sampai jadi begini!

Kredit foto wswrite


-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, Februari 01, 2010

Kursus Penulisan | Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku di Vistana capai sasaran

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------

Daripada Akademi Penulis

Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller yang berlangsung daripada 29 hingga 31 Januari 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur berakhir dengan jayanya. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.







Pada perancangan asal pihak Akademi Penulis mensasarkan penyertaan 30 orang peserta sahaja. Namun atas permintaan yang amat menggalakkan in ia dinaikkan kepada 40 orang. Jumlah kehadiran peserta dari seluruh negara adalah seramai 38 orang.

Para peserta pada kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada daripada penjawat awam berkedudukan tinggi di kementerian, doktor dan pakar perubatan, pensyarah universiti, jurutera, perunding latihan dan motivasi serta pesara. Ini menjadikannya penuh warna warni.







Sebanyak 38 proposal penulisan berjaya dihasilkan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Proposal-proposal ini akan diberikan khidmat perundingan khas oleh pihak Akademi Penulis dalam beberapa sesi klinik penulisan akan datang.

Pihak Akademi Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Terima kasih juga kepada semua. InsyaAllah, Bengkel Penulis 2 akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.


Nota: Sebarang jemputan bengkel penulisan anjuran Akademi Penulis untuk organisasi dan institusi, dapatlah menghubungi latihan@akademipenulis.com atau hubungi pegawai Tuan Abdul Qahhar di talian 0136288614

-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.