Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Berapakah kos iklan oleh peniaga di internet?

Hebahan mesej tim kursusperniagaan.com Mesej daripada Emel tim Flarebiz, Adam Bernhard salah seorang jutawan Internet yang sentiasa membelanjakan lebih RM60,000 setiap bulan untuk kos pengiklanan online ke kedai online beliau. Susan Gregg-Koger seorang remaja perempuan juga mengembangkan perniagaan online beliau setelah mendapat modal RM100,000 daripada orang yang terdekat sehinggakan menjadikan beliau jutawan internet dengan menjual pakaian.

Minggu ini adalah minggu 'kegilaan' dunia buku

Assalamualaikum wbt Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja. Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan. Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka. Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira, ----- Pengumuman satu Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia. Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri. Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana. Ikuti album ...

Adakah musim memberi kesan kepada penulisan?

Catatan tim kursuspenulisan.com Assalamualaikum Buat Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dimuliakan. Mudah-mudahan diberikan kesihatan dan dikurniakan kelapangan dalam urusan seharian. Juga dibukakan pintu berkat dan kasih sayang kepada yang membaca emel ini. Ketika ini saya sedang bersiap sedia bagi mengendalikan bengkel pada 2 Oktober ini. Satu bengkel yang akan diadakan bagi memberi tip-tip penulisan kepada peserta. Ketika sedang membuat persiapan bengkel. Saya membuka salah satu akhbar online KOSMO. Sebuah berita menarik perhatian saya. Tajuknya, Sambutan raya ibu tunggal. Klik di sini http://bit.ly/9HyH0O Apa yang menarik perhatian saya mengenai berita ini. Adakah isinya? Tidak! Ia berkaitan dengan teknik menyusun jadual penulisan bermusim yang pernah saya dedahkan kepada peserta bengkel penulisan rencana di sini dahulu. Bagaimana penulis professional mencipta jadual bermusim agar mereka dapat menyiapkan artikel yang sama berkali-kali dan muncul dalam majalah atau akhbar berkali-...

Eid Potluck dan semangat penulisan selepas Ramadan

Dari meja jurulatih kursuspenulisan.com Di sekolah bimbingan Al Ikhlas, PTS menganjurkan bengkel Merancang Kejayaan Karya dalam Pasaran oleh Puan Ainon Mohd. Pada masa sama, sambutan Eid oleh peserta sendiri yang mengadakan cara potluck. Ini yang pertama kali diadakan selepas beberapa kali bengkel diadakan sejak lebih lima tahun lalu. Turut melibatkan rakan-rakan di Baca@ dan Secret Story. Serta para penulis PTS. Sembilan langkah merancang kejayaan karya dalam pasaran Tahu pasaran buku. Melihat subjek yang paling banyak di rak buku menunjukkan permintaan terhadap buku seperti itu. Memilih penerbit yang bersesuaian dengan jenis karya serta betul etikanya. Mengetahui strategi bisnes penerbit. Mengetahui USP (Unique Selling Point) penerbit. Menjadi rakan niaga penerbit. Tahu bakat sendiri. Strategi pemasaran dan penjenamaan diri penulis. Dapatkan sokongan komuniti penulis. Jalinkan hubungan hormat dan baik kepada para editor.

Trend | Guru Disease, Amerika dan internet

Catatan tim kursusperniagaan.com Amerika pernah mencatatkan kejatuhan internet marketer besar-besaran akibat apa yang dipanggil sebagai 'Guru Disease' selama tiga tahun kesan daripada lambakan produk newbie dalam pakej berbeza. Kesan kejatuhan total menjadikan mereka mengubah kepada 'Social Media' selain daripada konsistensi kumpulan penganut mazhab Tribe gagasan Seth Godin.

Shotgan | Kembali kepada fitrah komunikasi emel

Laporan tim kursusperniagaan.com Bercakap mengenai aplikasi, ia kembali menyelesaikan situasi asas dalam apa-apa keadaan. Bukan kecanggihan dan kesempurnaan sistem yang memenatkan. Ini adalah lakaran di papan putih pejabat Learning Station semalam. Perkhidmatan mailing list tempatan yang kembali kepada 'fitrah' komunikasi pemasaran. Reverse Innovation . Mesra peniaga yang berdaftar di SSM. Juga anti pengamal spam. Shotgan kecil dan konsisten. Asas ShotGan; Peniaga beretika , Pelanggan Gembira Ciri-ciri cadangan; Pengguna hanya melibatkan peniaga kecil yang mendaftar perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Shotgan bekerjasama dan melaporkan secara langsung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengekang jenayah Spam. Jumlah penghantaran emel kepada pelanggan berdasarkan laporan survey keselesaan pelanggan. Bila dan berapakah emel peniaga dalam tempoh sebulan yang dimahukan pelanggan akan diketengahkan kelak. Pengguna Shotgan adalah ...

Enam peringkat pemasaran melalui emel

Laporan tim kursusperniagaan.com Komunikasi Emel fasa (1) Permission Komunikasi Emel fasa (2) Connection Komunikasi Emel fasa (3) Awareness Komunikasi Emel fasa (4) Trust Komunikasi Emel fasa (5) Commitment Komunikasi Emel fasa (6) Share Tim kursusperniagaan.com mengenalpasti situasi pelanggan tidak gemarkan emel marketing kerana berlakunya komunikasi fasa Commitment sebagai fasa kedua. Ini amat popular diamalkan serta kerap menjadi pilihan pertama oleh peniaga yang berniaga di internet. Nota: Sedang menulis buku terbaru berkenaan pemasaran melalui emel.

Alumni kursuspenulisan.com menggegarkan kerusi organisasi

Assalamualaikum wbt Saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan dan dibukakan pintu rahmat dan berkat kepada peserta, bakal peserta dan alumni. Mudah-mudahan para malaikat sudi mengaminkan dan Allah memakbulkan doa ini. Selepas lebih seminggu kita menyambut Syawal, mudah-mudahan semua berada dalam keadaan yang ceria dalam meneruskan hubungan silaturahim ini. Alhamdulillah, tim kursuspenulisan.com melalui hal yang sama. Mudah-mudahan keceriaan hari lebaran ini memberi semangat kepada kita terus berkarya. Dalam kegembiraan Syawal ini, pihak kursuspenulisan.com meraikan kegembiraan Tuan Azrul Sani, alumni kursuspenulisan.com sesi Julai lalu. Penulisan beliau pada 21 Ogos 2010 mengenai isu dan dilema petani buah-buahan mendapat respon segera secara bertulis dalam akhbar Berita Harian. Pada 7 September 2010 Jabatan Pertanian melalui Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Pertanian telah memberi jawapan segera dan komitmen terbuka melalui kenyataan media. Inilah perubahan yang dilakukan oleh a...