Ahad, September 27, 2009

Tip Penulisan Diari | Dorong, rangsang dan rahsia

Menulis diari adalah satu praktis yang dilakukan majoriti pemimpin dunia. Kajian mendapati individu yang menulis diari 12 peratus lebih bahagia.

Diari penulis mengandungi perkara-perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya. Juga intipati pertemuan dengan orang lain di sekitar.

Ia dapat dijadikan bahan penulisan rencana atau buku. Jangan direkod, jangan ditulis catatan malang, negatif dan aib diri. Ia memberi kesan kepada imej diri pada masa akan datang. Malah, agama kita melarang perkara aib didedahkan. Cukup dengan azam dan bersungguh-sungguh berubah.


-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Jumaat, September 25, 2009

Tip Penulisan di Aidifitri | Pasang telinga catat semuanya

Hari Raya ini adalah hari terbaik untuk mendapatkan cerita pengalaman dan tip-tip daripada saudara mara sama ada berbentuk cerita keluarga, bisnes, kerja dan apa sahaja. Buka telinga dan catat secara kasar.

Simpan dan tulis semula dalam buku atau rencana sebagai penambah rasa topik yang dibincangkan.

Kaedah ini saya gunakan ketika menulis buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan 12 buku yang lain.





-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, September 24, 2009

Enam tahun barulah buku-buku ini direalisasikan








Kertas kuning contengan mengandungi idea bisnes internet pada tahun 2003. Ketika itu saya hanya tahu gunakan Geocities sahaja! Masih lagi memikirkan offline dibawa ke online. Ditulis dalam Bahasa Inggeris, tidak tahulah kenapa begitu.

----

Lebih banyak membuka kotak dan fail buruk di rumah, lebih banyak bahan saya jumpa.

Apa yang berlaku tahun 2009 seolah-olah sudah dirancang bermula tahun 2001 sehingga 2004 lalu. Banyak yang saya lupa!

Rupa-rupanya terbitnya buku Internet Marketing pada tahun 2009 (Buat Duit dengan YouTube, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat duit dengan Google terbitan PTS Professional adalah angan-angan pada tahun 2003!

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, September 21, 2009

Sembilan cerita di Aidilfitri

Tanya anak buah saya berumur 10 tahun kepada ayahnya, "Ayah kenapa ramai orang di kubur. Wajib pergikah setiap pagi raya?"

Jawab ayah, "Kita ke kubur sebagai kasih sayang kita pada mereka. Pada hari ini seksa kubur sudah kembali. Doa ahli keluarga dapat mengurangkan beban itu. Keduanya, tanda kasih kepada diri kita, ingatan kita juga akan bersama mereka."

Lampu merah bertukar hijau, kenderaan yang berhenti lama di simpang bergerak kembali.

"Tapi kita mesti datang sebagai tetamu yang beradab. Iaitu dengan menutup aurat dan menjaga pergaulan," sambung si ayah.

------

Cerita dua

Apabila berada di rumah itu. Saya melihat episod cerita lama. Dahulu penghuni rumah ini adalah guru kepada ibu saya, ketika mana mereka menggunakan papan batu dan kapur sebagai pen dan buku nota pelajar.

Hari ini saya adalah anak kepada ibu itu melihat wajah guru yang pernah mengajar ibunya 50 tahun lampau. Guru ini jugalah yang menandatangani borang ketika kemasukkan saya ke universiti.

Malam ini kami bertakbir di rumahnya.

Ya Allah besar jasa guru ini pada keluarga saya.

-------

Cerita tiga

Baru selesai takbir dari rumah ke rumah sejak jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Di sini hujan renyai-renyai. Dari rumah berkeluarga, yang hanya ada nenek tua, cikgu kepada ibu saya ketika kecil dan jiran-jiran semuanya kami jengah. Cuma sudah kurang orang tua. Mungkinkah tradisi ini akan hilang selepas ini?

Terima kasih atas kiriman sms rakan-rakan.


-------

Cerita empat

Saudara saya di UIA, Ubaida M.A Al Qudsi , bekas pelajar UIAM di kuliah yang sama (komunikasi) yang bakal konvo tahun ini selepas Eid dilaporkan syahid di Palestin selepas dua minggu cedera ditembak tentera Israel. Beliau penggerak aktif Al Aqsa Society.

Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.


-------


Cerita lima

Dalam Remaja@PTS One, saya menulis satu episod cerita benar hari raya yang berlaku kepada rakan saya lama dahulu. Kisah Mek Senah Pening Kepala Lagi yang berhadapan dengan sikap cucunya. Serta beberapa buah cerita pembangunan jiwa yang pasti menyeronokkan hati anak dan adik yang mendapat buku ini sebagai duit raya.

Dapatkan di kedai buku berdekatan.

Pos Malaysia baru sahaja menghantarnya lima minit lalu. Terima kasih kepada tim PTS One iaitu Cik Puan Mazlia Murad, Puan Rafiza, Cik Puan Haryani Kamilan, Cik Puan Husna Adnan dan Tuan Nor Azri Nor Azmi atas kiriman buku dan surat cetakkan komputer canggih yang tidak memerlukan tandatangan.


----------

Cerita enam

Tip membina pengaruh ketika hari raya

Rene Descartes adalah seorang ahli matematik, saintis dan tokoh falsafah yang masyhur berbangsa Perancis

Dalam kemasyuhuran dan keupayaan intelek beliau yang diraikan seluruh dunia. Beliau memberi nasihat iaitu menghormati kepercayaan dan nilai kebaikan seorang kanak-kanak.

Nasihat ini berkait rapat dengan pengalaman hidup Descartes ketika kecil. Pada satu hari, salah seorang saudara maranya berkata bahawa ahli keluarga yang lain akan datang ke rumah pada hari itu. Descartes disuruh memakai pakaian yang cantik bagi menyambut kedatangan ahli keluarga seorang lagi.

Gelagat Descartes menjadi jenaka kepada saudara maranya. Rupa-rupanya ahli keluarga yang disebut tidak muncul sebaliknya ia menjadi jenaka dan hiburan mereka ke atas Descartes. Mereka berbohong bagi menghiburkan diri.

Situasi ini memberi kesan pada kepercayaan Descaters terhadap orang yang lebih tua. Apabila dewasa, situasi ini memberi pengajaran pada Descartes terhadap nilai menghormati orang lain khususnya pada kanak-kanak.


Petikan buku 30 Strategi Membina Pengaruh (PTS Millenia)

--------

Cerita tujuh

Anak-anak kampung tidak bermain gitar di hujung jalan kampung menuju ke surau pada Ramadan dan menjelang Raya. Tetapi apabila sampai masanya tetap menyambut hari raya. Songkok di kepala, rambut terjurai hingga ke bahu. Rock Raya namanya! Itulah Raya 80-an. Lateral sungguh. Selamat hari raya kepada semua!


--------

Cerita lapan

Sejak kebelakangan ini, kecenderungan kakak dan abang membawa adik-adik dan anak buah ke kedai buku telah berlaku pada musim cuti raya sambil mereka berjalan di kompleks membeli belah.

Bagi mereka yang bergelar kakak dan abang yang mahu memberi Che Pau raya tahun ini.
Saya cadangkan buku berjudul Kad Raya dari Syurga (Komik-M), sebuah komik yang akan menyentuh hati adik-adik kita.

Inilah pemberian istimewa dari hati kita yang menyayangi mereka. Klik pautan.

--------

Cerita sembilan

Ada ayah dan ibu yang gembira apabila anak mereka membakar duit raya yang diberikan.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ahad, September 20, 2009

Tip Memulakan Perniagaan Cara Mamak


Rancangan Memulakan Perniagaan mendedahkan bagaimana peluang perniagaan berkembang dalam perniagaan India Muslim di Malaysia.

Rakaman tiga siri video di bawah dipetik daripada buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional. Dapatkan naskhah terhad secara online di sini http://tinyurl.com/bisnesmamak

Lontarkan komen saudara di blog ini

Nota: Subscriber melalui emel mungkin tidak dapat menonton melalui emel. Klik di sini









-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, September 19, 2009

Puan Ainon | Penulis dan Bisnes Fiksyen

Petikan Bimbingan Panduan Menulis Cerita yang Sedap dibaca oleh Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd pada 23 Ogos 2009 di Sekolah al Ikhlas, Taman Permata, Hulu Klang, Kuala Lumpur.






Lontarkan komen saudara di blog ini

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Khamis, September 17, 2009

Dapatkah kita ubah orang lain menerima kita?


Tip Penulisan

Seorang penulis tidak ada upaya mengubah orang lain tetapi berusaha merangsang perubahan dengan memberi buah fikiran. Mudah-mudahan dengan asbab usaha kita, Allah memperkenankan hasil itu menjadi hasil yang positif kepada diri dan orang lain.



-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, September 16, 2009

Siapa yang kaya dan siapa yang bergaya

Peribahasa untuk hari ini | Pelanggan bergaya, peniaga beraya. Maksudnya....

Klik untuk paparan imej lebih jelas



Lontarkan komen saudara di blog ini

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Isnin, September 14, 2009

Apa yang kita lakukan akan kembali semula

Sebahagian daripada apa yang kita lakukan akan kembali semula hari dalam bentuk hasil.

Soalnya apakah yang kita lakukan dahulu merupakan usaha yang membawa hasil yang kita inginkan hari ini baik dalam soal berkarya mahupun dalam soal bisnes sekali pun.

Apa yang kita buat hari ini juga akan menjadi sesuatu yang bernama hasil apabila tiba tempoh matangnya kelak. Bila, itulah tempoh yang sering menjadi tanda tanya.

Saya temui catatan lama sekitar lima tahun lalu dan melihat apakah hasilnya selepas lima tahun itu berlalu.


Ketika mengemas bilik di rumah kampung, terjumpa diari lama berwarna hitam. Rupa-rupanya buku pertama yang berjudul Memahami Bahasa Cinta Lelaki (judul yang diberi oleh mentor, Puan Ainon) yang ditulis pertengahan 2006 telah ditulis sejak Disember 2004 berjudul Fenomena Cinta. Sudah dua tahun ke hadapan sebelum ditulis semula dengan judul baru dan diterbitkan oleh PTS Millenia.

-----


Masih lagi catatan dari diari hitam 2004. 10 Disember 2004, saya bertemu dengan saudara Zarifi dalam satu majlis pemimpin pelajar. Saya senyum membacanya kerana Zarifi adalah abang kepada Hariri Daud, editor PTS Islamika. Tarikh ini di mana saudara Amin Idris penulis Magnet Diri terbitan PTS Millenia baru sahaja sembuh dari kemalangan (tangan berbalut) dan bercuti panjang.

-----

Masih lagi catatan dari diari hitam 2004. 17 Disember 2004, bertemu pelancong Perancis dalam perjalanan pulang ke Melaka. Pelancong ini bercuti 10 bulan. Merupakan seorang pustakawan di sana. Wanita ini individu penting yang membawa kepada rencana saya di Utusan Malaysia. Beliau mencadangkan kedai buku Malaysia mempunyai rak Malaysia. Iaitu karya tempatan yang diterjemah, ole-ole untuk pelancong (Pelancongan buku).


------

Apabila menemui semula diari ini saya teruja.


Diari ini ditulis pada umur 24 tahun pada malam raya selepas pulang takbir di kampung. Banyak catatan yang relevan mengenai hidup dan ada juga yang dibukukan selepas dua tahun ia tersimpan. Ketika itu PTS pun saya tidak kenal dan tidak tahu kewujudanya.

Individu-individu yang saya temui memberi poin-poin yang kemudian dikongsi dalam buku terbitan PTS. Masih banyak lagi tersimpan. Pasti akan dikongsi satu persatu. Insya Allah.

Paling penting jumpa gambar lama (dulu-dulu) semula. Mahu kembali kepada asal. Ketawa sendiri.

Nota: Menyimpan diari adalah satu perkara mencabar. Perlu dikunci mungkin.

Perkara paling menarik mengenai proses menulis diari adalah, sebahagian bahan yang relevan dapat digunakan semula. Perkara ini didedahkan secara spesifik dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Klik di sini. Hanya tinggal tiga naskhah sahaja di Book Cafe.

-------


Catatan diari hitam. Ini adalah emel pertama saya terima daripada PTS pada tahun 2004 ketika mana usaha pembangunan penulis baru rancak diadakan.

Apakah respon saya ketika itu?

Saya menolak tawaran PTS kerana isu tidak yakin karya tidak dibaca. Rujuk buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Selepas setahun, kerana SMS seorang rakan mengenai bengkel penulisan percuma. PTS sekali lagi!

Saya mengira nilai kerugian apabila kita tidak mempunyai sikap tidak yakin tanpa tanda aras yang jelas dan sistem mentor yang betul.

Pada tahun 2004, kerana keputusan mudah ini, saya kerugian 6 judul buku untuk dicetak keluar. Kerana itulah jumlah judul yang diterbitkan pada tahun 2009.

Satu ilmu baru yang saya perolehi. Semak semula sikap tidak yakin itu dengan...
  • Menggunakan tanda aras yang betul bagi menyemak semula sikap tidak yakin.
  • Perlu ada mentor bidang yang dapat dijadikan rujukan.
  • Sikap tidak yakin juga mempunyai nilai rugi wang yang besar juga meskipun ia hanya perkataan 'tidak' yang mudah.
  • Nilai kerugian dalam membuat keputusan kerana sikap tidak yakin ini sama sahaja dengan sikap melewatkan keputusan.
Isu yang sama dalam hidup. Apabila kita menolak sesuatu atas rasa ketidakyakinan yang bersandar pada tanda aras yang salah, hakikatnya kita tidak membuat keputusan yang adil kepada diri sendiri baik sama ada untuk kerjaya mahupun hidup.

Siapakah mentor yang menjadi sumber rujuk kita selama ini?

Lontarkan komen saudara di blog ini

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Ahad, September 13, 2009

Si dia yang sama, si dia yang berbeza

Gambar yang dirakam memberi perspektif yang berbeza apabila subjek diposisikan pada kedudukan tertentu.

Begitu juga dua rencana yang menyentuh topik sama memberi dua maksud yang berbeza apabila kedua-dua penulis melontarkan pandangan dari dua sudut berbeza.

Hal yang sama turut berlaku dalam dunia bisnes. Dua peniaga yang menjual produk yang sama, berniaga bersebelahan, tetapi seorang pelanggan akan melihat dua perniagaan yang sama ini menggunakan sudut pandang yang berbeza.

Oh, si dia juga dilihat dari dua sudut berbeza oleh dua lelaki yang mahu menakluk hatinya.

------

Petikan KOSMO

LONDON - Sebuah akhbar Britain menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan dengan menggunakan perspektif berlainan sekali gus membuktikan bahawa kamera boleh menyebabkan manusia terpedaya, lapor sebuah akhbar semalam.
Perbezaan jarak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan imej yang menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain dengan belon udara yang terapung di atas rumahnya.

Seorang kanak-kanak sedang bermain dengan belon udara.

Teknik serupa turut diaplikasikan untuk menghasilkan gambar seorang wanita berdiri di atas tangan rakannya di padang garam di Bolivia.

Lokasi di Quebec, Canada menunjukkan seorang wanita seolah-olah menyangga sebuah jejambat daripada runtuh.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih


Petikan KOSMO

LONDON - Seorang pesara guru, Valerie Hemsley-Flint berbelanja sehingga £500 (RM2,914) untuk membeli lebih 1,000 mentol lampu pijar untuk digunakan ketika dia membaca buku bagi tempoh 30 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Hemsley-Flint, 62, menyimpan mentol 100 watt itu berikutan langkah Kesatuan Eropah (EU) yang mewajibkan penggunaan mentol jimat tenaga mulai 1 September lalu.

Pada tarikh sama, negara-negara EU diharamkan mengimport dan melarang penjualan mentol pijar.

Menurut Hemsley-Flint, mentol jimat tenaga itu tidak sesuai untuknya kerana ia mencetuskan penyakit sawan yang dialaminya.

"Saya membuat perkiraan jika saya hidup sehingga 90 tahun seperti ibu saudara saya, saya memerlukan bekalan mentol untuk 30 tahun.

"Kini saya menyimpan 1,100 biji mentol dalam stor rumah saya," katanya.

Penduduk di Eropah digesa untuk menggunakan lampu jimat tenaga yang hanya memerlukan 23 watt tenaga elektrik tetapi mengeluarkan cahaya bersamaan 100 watt mentol jenis pijar. - Agensi

Ada komen? Lontarkan di sini

Khamis, September 10, 2009

Cerita seorang pelajar sekolah yang jahil mengurus program.

Satu cerita seorang pelajar sekolah yang jahil mengurus program.

Pada tahun 1997, dalam keadaan jahil, saya menaip kertas cadangan program motivasi belajar menggunakan kertas A4 yang bergaris menjemput Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah ke sekolah.

Sepanjang Malacca High School beroperasi (1826-1997), inilah kali pertama beliau menganjurkan program di sini melibatkan pelajar tingkatan 5 ketika itu. Ia bermula daripada angan-angan sahaja.

Selepas 12 tahun, saya berpeluang bertemu mentor jauh ini dalam program TAMRIN dua hari lalu.

Sehelai kertas kajang berisi cadangan kemudian diluluskan oleh pengetua sekolah dan membuka tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru menaja separuh program ini menjadi satu cerita yang saya terkenang sehingga kini. Apa yang penting kita mencuba dan ada orang lain bersedia membawanya ke hadapan.

Dalam hal ini, saya mesti ucapkan terima kasih kepada guru saya, Tuan Haji Rejab yang tidak malu membawa cita-cita saya pada kertas kajang itu. Meskipun ia melanggar cara formal yang sepatutnya.


Sepanjang empat tahun lalu, saya mengirimkan kad ucapan salam aidilfitri, memohon agar Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menghalalkan segala ilmunya dan mendoakan saya yang selalu menganggap beliau mentor jauh saya. Mungkin inilah doa yang Allah izinkan dipenuhi pada bulan Ramadan ini untuk saya bertemu seketika dan mendapat keberkatan daripada beliau.


Saya ingin bercerita mengenai TAMRIN.

Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia atau ringkasnya TAMRIN telah ditubuhkan pada tahun 2008.

Adalah menjadi satu keperluan untuk semua penceramah dan perunding latihan motivasi mempunyai satu landasan untuk menjaga kebajikan, melakukan kerja-kerja amal, membina jaringan, memberikan pandangan, meningkatkan tahap profesionalisme, menjaga etika dan sebagainya.

Majlis Berbuka Puasa TAMRIN yang telah di adakan di Hotel De Palma Ampang. Majlis telah berlangsung dengan jayanya pada 7 September 2009 dari pukul 3.00 ptg hingga 8.30 mlm.

Jika dilihat daripada tip penulisan dan perniagaan internet, Rangkaian kenalan baru melalui program seperti ini memberi nilai tambah pengetahuan, perpindahan satu skil ke satu skil lain dan memberi ruang dan peluang kita menambah nilai dalam hidup.

Foto : Tuan Hazali dari Waiz Malaysia
Location: De Palma Hotel







-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Rabu, September 09, 2009

Kursus Penulisan | Sembang maya melalui Facebook


Dalam beberapa keadaan saya bersembang maya melalui Facebook berkenaan strategi penulisan dan perniagaan online secara gerila. Mereka yang mengikuti Facebook saya dari masa ke semasa akan menerima tip penulisan yang saya kemaskini pada status. Sertai di facebook.com/zamrimohamad

Hari ini saya berkongsi kepada para pembaca sembang maya bersama salah seorang pembaca di Facebook, Tuan Shukor Subahir.


-----

Petikan blog beliau

Sedikit informasi mengenai diri saya; nama penuh saya ialah Abd Shukor Bin Md Subahir..di internet saya dikenali sebagai Shukor.

Saya sudah pun berumahtangga. Saya merupakan anak jati Johor, tetapi sekarang menetap di Kuala Lumpur.

Saya merupakan seorang juruteknik di salah sebuah institusi perubatan negara.

Di samping itu, saya menjalankan perniagaan internet secara separuh masa. Saya memang minat berniaga.

Saya mempunyai impian untuk menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa.

Pengalaman saya dalam bidang perniagaan bermula sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Saya masih ingat pengalaman pertama saya di mana secara tidak langsung saya telah terlibat dalam satu perniagaan. Ketika itu merupakan musim di mana ramai pelajar-pelajar lelaki suka bermainan `tindan pemadam getah’.

Saya merupakan orang yang sering menang dalam permainan itu dan hadiah yang saya dapat ialah pemadam getah milik pemain-pemain lain.

Disebabkan terlalu banyak pemadam getah yang telah saya menangi, saya telah mengambil peluang dengan menjual pemadam getah yang telah saya menangi kepada rakan-rakan saya yang bertanding.

Apabila salah seorang dari mereka kalah, mereka pasti membeli pemadam yang mempunyai pelbagai corak daripada saya untuk bermain lagi. Mudah bukan?
Hasil yang saya dapat saya buat duit belanja sekolah Tetapi, tidak berapa lama kemudian saya terpaksa berhenti berniaga sebab teruk saya kena dimarahi mak saya

Ternyata definisi perniagaan adalah sangat luas dan sesiapa sahaja sama ada mempunyai modal yang besar atau kecil boleh menceburinya.

Contohnya perniagaan internet. Saya mula menceburkan diri dalam perniagaan internet pada tahun 2007.

Pada masa itu, saya lebih terarah kepada program `Google Adsense’. Memang saya akui, dahulu saya seperti orang lain juga yang mengatakan pendapatan di internet ni karut belaka.

Tetapi selepas saya menceburkan diri dalam bidang ini walaupun atas dasar suka-suka, akaun bank mula terisi. Di situlah minda saya mula berkembang.

Twitter: http://twitter.com/Shukor
Facebook: http://www.facebook.com/people/Shukor-Subahir/1273272166

----

Berikut merupakan petikan sembang maya saya dan Tuan Shukor Subahir mengenai tip penulisan.


----

Shukor
Assalam alaikum saudara Zamri. Apa khabar?
12:09pm

Zamri

Waalaikum salam wbt, khabar baik tuan, Apa khabar?
12:09pm

Shukor
Khabar baik, masih belum terlambat nak ucap selamat berpuasa. :)
12:10pm

Zamri
Hahah samalah kita, sempat lagi, ada sepuluh hari.
12:11pm

Shukor
Saya mahu minta pendapat dan pandangan sikit boleh?
12:12pm

Zamri
Boleh, jika ada yang saya mampu jawab saya jawab.
12:15pm

Shukor
  • Macam mana tuan mendapat idea menulis? Jika sudah ada idea, bagaimana dikembangkan jadi sebuah buku. Walaupun kita bukan pakar dalam tajuk yang kita hasilkan? Maaf, panjang soalan saya ini. :)
12:16pm

Zamri
Panjang persoalan itu, saya kena sentuh 3 perkara iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Secara ringkas begini. 12:17pm

Shukor
Baiklah.
12:17pm

Zamri
  • Pertama sekali mesti ada kemahuan menulis.
  • Jika tidak ada kemahuan, betapa menarik pun tawaran dunia penulisan tidak akan mengiurkan kita.
  • Seperkara lagi, bersedia untuk menulis walaupun tidak ada imbuhan pada peringkat awal. Menulis kerana mahu menulis.
  • Barulah kemudian merancang kepada penulisan yang membawa imbalan pada jangka pendek dan panjang.
  • Jika isu dapatkan idea ini, biasanya bergantung kepada cara kita menggunakan seluruh deria kita.
  • Keduanya, mendapatkan respon orang apa isu dibincangkan, dari situ kita terjemah dalam bentuk penulisan.
  • Dari aspek komersial, sangat bergantung pada keperluan editor kerana mereka yang membuat kajian pasaran.
  • Pernah saya menulis artikel semata-mata hanya melihat papan tanda sahaja, wajah orang yang sama setiap kali dan banyak lagi.
  • Tapi paling penting, penulis wajib ada perpustakaan sendiri, itu modal untuk berkarya. Mesti ada pelaburan untuk diri sendiri.
  • Kedua, jenis buku pilihan di rumah sedikit sebanyak menunjukkan bidang yang kita minat dan dapat dikembangkan dalam bentuk penulisan.
  • Jika mahu menulis perkara bukan pakar, sumber rujukan dan maklum balas penting. Di sini pentingnya, buku, internet, orang awam dan pakar rujuk
12:23pm

Shukor
Baru saya tahu.
12:23pm

Zamri
Misalnya saya menulis buku Rahsia Bisnes Mamak.
12:23pm

Shukor
Banyak aspek perlu diambil kira.
12:24pm

Zamri
  • Pada peringkat awal, saya bukan pakar, tetapi saya pilih tuan Faisal Sharbuddin yang berlatar belakang India Muslim dan keluarga bisnes Mamak, menjadi penulis bersama. Saya kaji dan tulis, beliau buat saringan setiap satu fakta.. Begitulah kerjanya. Buku berkredibiliti dan berautoriti kerana ia melalui proses yang diyakini dan betul. 12:24pm


Shukor
Terima kasih banyak-banyak atas penerangan.
12:24pm

Zamri
12:25pm

Shukor
Baru saya faham sekarang.
12:25pm

Zamri
Sama-sama moga-moga ia bermanfaat kepada tuan.
12:26pm

Shukor
Insyaallah, memang dalam perancangan mahu membeli buku tuan.
12:28pm

Zamri
  • Saya menerima soalan-soalan seperti ini dan itu mendorong pada penghasilan buku itu semoga ramai dapat berkarya dan menyebarkan ilmu yang memandaikan bangsa, seperti kata tuan guru kepada saya. 12:29pm

Shukor
Ya, ilmu yang dimanfaatkan untuk bangsa kita
12:34pm

Shukor
Saya doakan tuan dapat hasilkan lebih banyak buku yang mendorong orang lain untuk berjaya. Insyaallah!
12:36pm

Zamri
Terima kasih tuan, doa tuan sebagai saudara Muslim adalah yang paling penting dalam hidup saya. Di situlah kekuatan untuk saya berkarya. Semoga saya berpeluang membaca buku Tuan pada masa akan datang.

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


Selasa, September 08, 2009

Saya rasa seperti mahu mula menulis semula

Assalam alaikum wbt

Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan dan diberi pertolongan Allah dalam perjuangan tanpa noktah ini.

Tuan dan Puan yang saya hormati,

Saya baru tiba ke rumah selepas program pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang menganjurkan majlis IFTAR Ramadhan 2009 (Berbuka Puasa) untuk penggiat industri latihan dan bina insan tanahair. Pencerahan minda dengan ilmu yang bermanfaat.



Sekarang baru berkesempatan menyemak peti emel dan saya menerima emel di bawah.

Saya berterima kasih kepada pihak PTS kerana memberi keizinan sehingga terbitnya buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Melalui respon pembaca ini, saya harapkan ia menjadi ibadah yang berpahala dan membantu lebih ramai lagi yang mahu mempelajari seni penulisan dan menjana pendapatan yang halal untuk diri mereka dan kepada ahli keluarga mereka.

Di sini saya kongsikan emel pembaca tersebut yang saya baca pada jam 12.58 pagi ini.


-----

from Yusainiza Binti Paul Mohd Yusof
to zamrimohamad@gmail.com
date Mon, Sep 7, 2009 at 1:02 AM
subject Ilmu menjadi penulis
mailed-by tnb.com.my

Salam En. Zamri,

Syabas saya ucapkan di atas kejayaan tuan sebagai anak melayu yg banyak menolong dan berkongsi ilmu dengan orang ramai tentang skill penulisan.

Kebanyakan yang saya perhatikan orang ramai di luar sana hanya mahu menyimpan ilmu untuk diri sendiri.



Alhamdulillah, bulan lepas saya berjaya mendapatkan senaskah buku yang tuan tulis iaitu Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Saya tidak langsung mengenali tuan dan apa yang membuatkan saya membeli buku tuan adalah kerana hasrat saya ingin mendapatkan buah fikiran dan khidmat nasihat tentang kemahiran menulis.

Telah lama saya cari bahan-bahan untuk dibuat rujukan. Maklumlah, saya bukannya dari latar belakang keluarga usahawan mahupun dikelilingi oleh rakan-rakan yang suka menulis yang boleh berkongsi ilmu.

Memang ada beberapa rakan yang berkarier sebagai wartawan, tetapi saya malu bertanya.

Untuk makluman tuan, setelah hampir sebulan saya membeli buku tuan itu, saya tidak terus membaca. Buku itu saya biarkan di atas meja studi saya. Saya melihatnya setiap hari tetapi masih bertangguh masa membukanya.

Sehinggalah minggu lepas, saya telah mengambil cuti kerana ingin berehat dari kesibukan tugas di pejabat. Barulah tergerak hati saya mengambil buku tersebut, lalu membuka dan mula membacanya. Semasa saya sedang menaip email ini kepada tuan, saya belum lagi habis membaca buku tersebut dan hanya baru sampai ke bab 15 berjudul Jangan Bunuh Peluang.

Baru sampai ke bab 15 ini, sudah cukup banyak ilmu saya terima dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.

Saya rasa seperti mahu mula menulis semula. Kadang kala rasa mahu menangis.

Mungkin saya dapat rasakan keikhlasan tuan sewaktu menulis buku tersebut.

Sekarang, saya nekad menghabiskan membaca buku ini seberapa segera sebelum saya mengambil langkah seterusnya samada membeli buku tuan yang lain atau menghadiri kursus-kursus yang tuan anjurkan. Saya berharap minat menulis saya ini, tidaklah sekadar angan-angan kosong dan berhenti di separuh jalan sahaja.

Jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang tuan berikan.

Salam,

Yuspaul

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sabtu, September 05, 2009

30 strategi menjadi individu berpengaruh

Buku terbaru Zamri Mohamad dan Haeqal Zulqarnain


"Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya." Huzaidi Hadis

---

Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan.

Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.”

Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.

Dia percaya kurangnya hadiah hamper dari rakan-rakan sejawat dalam kedudukan yang setara, bermakna sudah kurang pengaruh dan hormat orang pada suaminya.

Kami mendengar cerita ini dan berfikir betapa mudah kuasa pengaruh dan pesona individu pegawai tinggi ini berkurangan sama seperti kurangnya hamper yang diterima sebelum ini.

-----

Meskipun beliau seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang berpengaruh, melatih beribu orang menjadi pegawai, sebenarnya beliau tidak menjadi inspirasi kepada yang lain.

Ini dapat dilihat melalui perbualan ahli keluarga mengenai usaha mencapai cita-cita hidup dan menjadi individu yang berketrampilan. Tidak ada ahli keluarga dan saudara mara menyebut nama beliau sebagai contoh inspirasi.

Kami percaya beliau seorang yang baik. Tetapi beliau tidak berpeluang mempelajari seni membina pengaruh yang jauh lebih kekal berbanding kekalnya seseorang duduk dalam jawatan tinggi.

Cerita beliau membuat kami terfikir apa yang menyebabkan kita mudah diinspirasi, terdorong dan bercita-cita menjadikan seseorang itu sebagai model menjadi individu yang lebih baik.

Apakah kuasa pengaruh yang digunakan sehingga berjaya memberi inspirasi ketika hidup mahupun ketika tiada lagi. Kuasa pengaruh yang dimiliki memberi kesan baik kepada keluarga dan rakan-rakan meskipun individu itu sudah tidak ada lagi.

Cerita bekas pegawai tinggi ini jauh berbeza berbanding cerita seorang lelaki yang miskin, tidak berpendidikan tinggi malah cacat kakinya.

Hidup dan mati beliau memberi pengaruh besar kepada orang lain kerana satu sumbangan kecil yang diberikan. Kisah ini dan resipi pengaruh yang digunakan kami dedahkan dalam satu bab khusus buku ini.

Buku ini ditulis bagi mendedahkan amalan yang dilakukan oleh pelbagai individu biasa-biasa dan tokoh dunia yang berjaya mencipta pengaruh tersendiri dan memanjangkan hayat pengaruhnya.

Kita tidak dapat lari daripada melihat sejarah individu-individu ini bagi mempelajari resipi kejayaan membina pengaruh yang positif.

Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan di mana kita akan pergi selepas ini.”

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu.

Pengaruh alat membongkar potensi diri dan orang lain

Pengaruh menjadi tool atau alat yang mendorong diri dan orang lain membuat keputusan, memenuhi tanggungjawab dan mengubah seseorang dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.

Kita memerlukan satu model yang bagi membina dan mengurus pengaruh. Pada peringkat umur dan peranan sosial yang pelbagai, pengaruh adalah satu elemen yang perlu ada bagi memenuhi keperluan tertentu.

  • Seorang bapa menggunakan pengaruh ke atas anak-anak apabila mendidik mereka bagaimana membuat keputusan dalam hidup.
  • Seorang suami menggunakan pengaruh bagi mencipta keyakinan dalam hati isteri untuk sama-sama memperjuangkan apa yang dia percaya.
  • Seorang ketua organisasi menggunakan pengaruh bagi memastikan semua orang di bawahnya bekerjasama mencapai matlamat.
  • Seorang imam ketika solat mempunyai pengaruhnya sendiri sehinggakan orang lain percaya, suka dan bersedia dipimpin oleh beliau ketika sembahyang berjemaah.

Pengaruh menjadi ibadah dan insuran sosial jika kita tahu apa dan bagaimana ia perlu dilakukan. Pengaruh menjadi beban dan tekanan jika ia digunakan bagi kepentingan yang jelas melanggar moral yang sepatutnya diimbangi sebaik mungkin.

Trilogi membongkar rahsia pengaruh

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Selepas itu kami menulis sebuah buku berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Dalam buku ini kami mendapati individu yang dapat mengurus konflik sebenarnya berupaya memanjangkan tempoh survival dan menjadikan konflik sebagai ruang dan peluang berbanding menjadikan konflik sebagai perang.

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah untuk pelbagai peringkat umur. Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, "Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.”


ZAMRI MOHAMAD
HAEQAL ZULQARNAIN

30 strategi menjadi individu berpengaruh | Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010

-----


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.