Langkau ke kandungan utama

Saya rasa seperti mahu mula menulis semula

Assalam alaikum wbt

Saya doakan Tuan dan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan dan diberi pertolongan Allah dalam perjuangan tanpa noktah ini.

Tuan dan Puan yang saya hormati,

Saya baru tiba ke rumah selepas program pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang menganjurkan majlis IFTAR Ramadhan 2009 (Berbuka Puasa) untuk penggiat industri latihan dan bina insan tanahair. Pencerahan minda dengan ilmu yang bermanfaat.



Sekarang baru berkesempatan menyemak peti emel dan saya menerima emel di bawah.

Saya berterima kasih kepada pihak PTS kerana memberi keizinan sehingga terbitnya buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Melalui respon pembaca ini, saya harapkan ia menjadi ibadah yang berpahala dan membantu lebih ramai lagi yang mahu mempelajari seni penulisan dan menjana pendapatan yang halal untuk diri mereka dan kepada ahli keluarga mereka.

Di sini saya kongsikan emel pembaca tersebut yang saya baca pada jam 12.58 pagi ini.


-----

from Yusainiza Binti Paul Mohd Yusof
to zamrimohamad@gmail.com
date Mon, Sep 7, 2009 at 1:02 AM
subject Ilmu menjadi penulis
mailed-by tnb.com.my

Salam En. Zamri,

Syabas saya ucapkan di atas kejayaan tuan sebagai anak melayu yg banyak menolong dan berkongsi ilmu dengan orang ramai tentang skill penulisan.

Kebanyakan yang saya perhatikan orang ramai di luar sana hanya mahu menyimpan ilmu untuk diri sendiri.



Alhamdulillah, bulan lepas saya berjaya mendapatkan senaskah buku yang tuan tulis iaitu Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Saya tidak langsung mengenali tuan dan apa yang membuatkan saya membeli buku tuan adalah kerana hasrat saya ingin mendapatkan buah fikiran dan khidmat nasihat tentang kemahiran menulis.

Telah lama saya cari bahan-bahan untuk dibuat rujukan. Maklumlah, saya bukannya dari latar belakang keluarga usahawan mahupun dikelilingi oleh rakan-rakan yang suka menulis yang boleh berkongsi ilmu.

Memang ada beberapa rakan yang berkarier sebagai wartawan, tetapi saya malu bertanya.

Untuk makluman tuan, setelah hampir sebulan saya membeli buku tuan itu, saya tidak terus membaca. Buku itu saya biarkan di atas meja studi saya. Saya melihatnya setiap hari tetapi masih bertangguh masa membukanya.

Sehinggalah minggu lepas, saya telah mengambil cuti kerana ingin berehat dari kesibukan tugas di pejabat. Barulah tergerak hati saya mengambil buku tersebut, lalu membuka dan mula membacanya. Semasa saya sedang menaip email ini kepada tuan, saya belum lagi habis membaca buku tersebut dan hanya baru sampai ke bab 15 berjudul Jangan Bunuh Peluang.

Baru sampai ke bab 15 ini, sudah cukup banyak ilmu saya terima dan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.

Saya rasa seperti mahu mula menulis semula. Kadang kala rasa mahu menangis.

Mungkin saya dapat rasakan keikhlasan tuan sewaktu menulis buku tersebut.

Sekarang, saya nekad menghabiskan membaca buku ini seberapa segera sebelum saya mengambil langkah seterusnya samada membeli buku tuan yang lain atau menghadiri kursus-kursus yang tuan anjurkan. Saya berharap minat menulis saya ini, tidaklah sekadar angan-angan kosong dan berhenti di separuh jalan sahaja.

Jutaan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang tuan berikan.

Salam,

Yuspaul

-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Cikgu Solleh berkata…
Yusainiza, anda telah memilih buku yang sesuai untuk memulakan langkah menulis. Semoga anda berjaya menulis, saya juga seperti saudara, sedang bertatih , tetapi kita perlu melalui pelbagai rintangan sebelum dapat berjalan laju seperti Tuan Zamri dan rakan-rakannya. Saya amat mencemburui mereka yang telah menghasilkan buku. Inilah cabaran saya yang paling besar sebelum hujung tahun ini. Selamat menulis.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...