Langkau ke kandungan utama

E-mel pelajar sekolah di Ipoh yang menyentuh hati saya


Teruskan membaca entri di bawah

———-


Ini adalah emel terbaik daripada pembaca yang juga peserta kursus penulisan bimbingan Puan Ainon Mohd. Saya memaparkan emel ini bagi menyatakan kekaguman saya atas usaha bersungguh-sungguh beliau menulis dalam bahasa Melayu tinggi. Gaya penulisan e-mel ini mencerminkan sikap hormat dan adab yang cukup mempesona saya.

Jika inilah gaya e-mel yang ditulis, hasil karya beliau juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Salah satu ciri karya yang evergreen adalah penggunaan bahasa yang sebaik mungkin.

Tahniah kepada pelajar sekolah yang digelar Professor Kecil, Muhammad Solahuddin Azman.

Saya lampirkan salinan emel beliau di bawah.

Nota: Tahniah kepada tim PTS Professional kerana kejayaan menerbitkan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Tuan dan Puan telah membawa perubahan yang mengagumkan dalam dunia pembaca. Iaitu melalui usaha memandaikan bangsa.

From: Muhammad Solahuddin Azman
Date: 2009/12/11
Subject: Minta tunjuk ajar penulisan
To: zamrimohamad@gmail.com


Assalamualaikum

Yang mulia tuan Zamri Mohamad

Semoga tuan berada dalam dakapan rahmat Allah. Saya doakan tuan agar diberikan oleh Allah kesihatan dan umur yang panjang supaya dapat meneruskan usaha dakwah, pengislahan serta pembangunan terhadap ummah. Semoga segala sumbangan tuan terhadap islam akan diterima oleh Allah dan dikira sebagai jihad di jalan Allah.

'Barang siapa yang berusaha menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia di jalan Allah.'

Riwayat Bukhari dan Muslim


'Barang siapa meminta kepada Allah akan kesyahidan dengan kebenaran pasti ia akan diberi darjah syahid meskipun ia mati di atas tempat ia tidur'
Riwayat Muslim

Saya juga mendoakan agar perjuangan tuan dan rakan penulis PTS yang lain sentiasa berada di atas jalan yang diredhai Allah dan rasulnya. Insya Allah.



Nama saya Muhammad Solahuddin bin Azman, Puan Ainon pernah menggelar saya 'profesor kecil'. Baru-baru ini saya telah menghadiri setiap siri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Puan Ainon di Taman Permata. Saya datang bersama keluarga saya dari Ipoh. Pada bengkel yang pertama iaitu Bengkel Teknik Surah Yusuf saya datang bersama sebahagian ahli group usrah remaja KRJ ipoh.

Jika tuan masih ingat kita pernah bertemu secara dekat beberapa kali semasa bengkel penulisan tersebut. Diantaranya semasa sarapan pagi sebelum masuk kelas. Jika tuan masih tidak cam nanti saya akan masukkan gambar saya dalam facebook saya.

Tuan, ada satu berita baik. Group usrah saya dan beberapa group usrah yang lain sudah merancang mahu menulis buku. Kami target mahu menulis sekurang-kurangnya satu buku bagi satu tahun.Kami mahu menulis buku dari remaja untuk remaja.

Dewasa ini gejala sosial begitu berleluasa, masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja sudah paras kritikal. Masalah zina, anak luar nikah, dan pembuangan bayi meningkat saban hari. Justeru Kelab Remaja JIM (KRJ) yang bernaung dibawah NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah mengambil inisiatif bagi membendung virus ini dari merosakkan muda-mudi Islam.

Salah satu usaha yang KRJ jalankan adalah menganjurkan kempen dan seminar 'Anda Bijak Jauhi Zina' (ABJZ). Ia bermula di Johor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor. Kini hampir setiap negeri KRJ pernah menganjurkan seminar ini. Antara Objektif kempen adalah;

1. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca dan perkara-perkara yang membawa seseorang itu terjebak dengan gejala zina.

2. Mengendalikan satu program untuk generasi muda bagi membina jati diri seterusnya boleh dijadikan bagi remaja untuk panduanmembentengi diri daripada terlibat dengan gejala sosial khususnya zina .

3. Menyedarkan peserta tentang bahaya zina dunia dan akhirat.

4. Memupuk kesedaran dalam ahli masyarakat, agensi kerajaan, agensi swasta dan gabungan NGO untuk sama-sama berganding bahu mencegah kemungkaran (zina)

Sebenarnya kami mahu mengadaptasikan modul dan bahan seminar ini supaya lebih ramai lagi remaja dapat kesedaran mengenai bahayanya mendekati zina. Harapan kami melalui melalui buku ini supaya ia menjadi titik tolak kepada dakwah dan jihad kami dalam bidang penulisan.

Tuan yang mulia

Sesungguhnya Alquran pernah menyarankan supaya orang yang tidak tahu bertanya kepada orang yang tahu ataupun yang ahli dalam sesuatu bidang. Hasrat kami tuan dapat menjadi mentor online untuk buku sulung kami ini. Jika boleh, tuan berilah tunjuk ajar kepada kami supaya kami kelak kami menjadi penulis berjaya yang menyampaikan risalah islam kepada masyarakat seterusnya dunia. Jika bukan kami generasi muda siapa lagi yang mahu meneruskan usaha dakwah di masa akan datang.

Sesungguhnya tiadalah apa yang dapat kami balas jasa tuan. Biarlah Allah yang membalasnya. Kami berdoa agar Allah melimpahi rahmatnya keatas tuan. Tuan, buku tuan 'Tip-tip Menjadi Penulis Bestseller' telah saya dapatkan disebuah kedai buku di Ipoh.

Buku ini amat berguna untuk penulis dan bakal penulis. Saya rasa setiap penulis dan bakal penulis wajib memiliki buku ini sebagai panduan penulisan buku ilmiah. Mabruk saya ucapkan atas kejayaan tuan menghasilakan buku yang cukup hebat.

Saya sudah aplikasikan nasihat tuan kepada saya agar membuat blog. Dari situ seseorang itu dapat mengasah bakat penulisan beliau. Sekarang saya sudah punyai sebuah blog rexduat-studio.blogspot.com. Cuma saya tidak punyai cukup masa untuk blogging lantaran kesibukan dengan organisasi.

Di sini sahajalah dahulu surat saya. Harapan saya dan rakan-rakan, tuan sudi menjadi mentor online kami. Barakallahu fik.

Wassalam


------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...