Saya petik kata-kata ini dari sebuah blog . Kerana ruangan itu selalu berubah-ubah maka saya petik dan siarkan semula ayat-ayat ini yang dapat dijadikan booster atau pendorong dalam hidup sama ada peribadi mahupun kerjaya. Semoga ia memberi manfaat pada semua. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri. Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai. Setiap jiwa y...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.