Langkau ke kandungan utama

Kegilaan yang membawa lebih ramai menyukai dunia buku.































Assalam alaikum kepada para pembaca blog.

Sepanjang penglibatan saya menjadi penulis buku, saya tidak pernah terfikir atau pun terlintas bahawa salah satu aktiviti berkaitan kerjaya menjadi penulis akan melibatkan kanak-kanak secara langsung.

Melainkan pada hari ini di Plaza Shah Alam, berlangsung program Riuh-riuh PTS Pro melibatkan keseluruhan tim PTS Professional yang turut sama-sama mendukung aspirasi industri buku dalam Bahasa Melayu.

Melalui program yang dijadualkan di bawah salah satu senarai aktiviti Mutiara Minda, pameran dan jualan buku dalam bahasa Melayu terbitan tempatan, beberapa aktiviti telah berlangsung.

Satu perkara penting dapat saya pelajari dalam aktiviti ini ialah penglibatan semua pihak dalam menjayakan aktiviti komuniti.

Dilihat daripada peranan aktiviti PTS Professional sebagai sebuah anak syarikat PTS yang menerbitkan buku-buku bisnes, pendidikan, kerjaya dan pengurusan yang bersifat serius, mereka telah membawa pendekatan baru dengan memperkenalkan karya ini dalam suasana santai dan selesa.

Riuh-riuh PTS menjadi aktiviti kekeluargaan dan lebih menarik penglibatan para penulis bersama-sama keluarga mereka dan keluar pembaca serta pengunjung cukup memeriahkan suasana.

Karakteristik penerbitan PTS Professional yang 'serius' kekal tetapi ditambah dengan elemen kemesraan. Ini menjadikan ramai pengunjung mengambil kesempatan melibatkan diri secara langsung dalam setiap aktivit pada hari Sabtu di ruang legar kompleks membeli belah ini.

Bermula dari tahun 2001 sehingga sekarang, saya tidak terfikir bahawa penulis buku yang menulis buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, Tip Menjadi Penulis Bestseller, Rahsia Bisnes Mamak yang semuanya kategori buku dewasa akan terlibat dalam permainan kanak-kanak sekolah, memberi high five pada mereka dan sama-sama mencari barang di sekitar lokasi dalam sebuah permainan santai.

Apa kesan kepada aktiviti-aktiviti ini?

Satu pendedahan baru kepada ibu-bapa, satu pengenalan awal kepada dunia buku PTS Pro kepada kanak-kanak yang gembira menerima hadiah mereka, satu corak komunikasi interaktif memberi impak kepada para pengunjung.

Satu aktiviti melibatkan ibu-bapa dan anak yang memberi kesan emosi kepada saya ialah apabila melihat bapa bersungguh-sungguh mendengar petikan buku yang dibaca oleh anaknya dan begitu teruja cuba menjawab soalan daripada penganjur berdasarkan petikan yang dibaca.



Ayah dan anak mendengar soalan
Saling berpandangan mencari jawapan.
Kedua-duanya mendapat jawapan yang tepat!



Saya gembira melihat wajah ayahnya, renungan anaknya, sentuhan akrab si ayah di bahu anak ketika berada atas pentas. Semua ini membuat saya tersenyum ketika mengambil foto-foto ini. Program seperti ini memberi acuan minda dan pembentukan persepsi yang baik dunia buku kepada kanak-kanak yang akan meningkat dewasa.



Satu model baru kepada dunia pembacaan yang diselangi dengan permainan kekeluargaan. Moga ia dapat disertai lebih ramai penulis. Tanpa jemputan rasmi, kita turun beramai-ramai apabila ada kelapangan bersama-sama mencetuskan kegilaan.

Kegilaan yang membawa lebih ramai orang menyukai dunia buku.

Nota: Ucapan tahniah kepada Mustread dengan kerjasama MPH atas inisiatif menghasilkan 30 episod program Khutub Khanah, iaitu rancangan ulasan buku lima minit pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini di Astro Oasis.





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...