Langkau ke kandungan utama

Perubahan adalah sesuatu yang indah.

Perubahan adalah sesuatu yang indah. Carl Weathers, "Change is Beautiful" dalam kempen mingguan beliau di YouTube.

Sambil membawa basikal dengan sebakul bunga, Carl mengambil sejambak bunga dan memberikan kepada seorang wanita yang khusyuk membaca. Kata Carl, "Jika kita berdua seekor beluncas, kita akan berubah keluar dari kepompong dan mempamerkan kecantikan seumpamanya. Awak berubah dan saya berubah, kita berubah. Perubahan itu adalah sesuatu yang indah."

Carl kembali membawa basikalnya yang masih penuh dengan bunga-bunga segar.

Jarang sekali perubahan dilihat sebagai sesuatu yang indah. Kerana kita seronok dan selesa melihat dan merasai sesuatu yang biasa dilalui setiap hari. Saya juga selalu terlepas pandang melihat perubahan sesuatu yang baik kerana ia mencabar jiwa yang sudah bermukim dengan kebiasaan itu. Maka hati itu mesti dipujuk dan diberitahu apa yang baik melalui perubahan ini.

Saya membaca entri sahabat saya. Beliau dan teman-teman akan berpindah ke sebuah pejabat baru, bermula bila, saya tidak tahu. Dengarnya pada bulan Ogos. Kemudian menyusul teman-teman yang lain kemudian.

----

Ibu menghubungi saya petang tadi kerana ada urusan keluarga perlu diselesaikan di Melaka. Satu pandangan mengenai perubahan daripada ibu saya ialah, "Selalu bersyukur. Kita selalu mendapat banyak perkara baik dalam hidup meskipun ada satu dalam hidup yang kita inginkan begitu sukar mahu diperolehi," itu katanya melalui telefon petang tadi.

Apa jua perubahan, kita menemui sesuatu yang baru dan meninggalkan sesuatu yang sedia ada. Satu, dua atau beratus nikmat kecil yang kita perolehi dahulu, tingkat rasa syukur itu tidak usah dilepaskan jauh. Kerana itu tandanya kita orang beringat dan melatih jiwa agar menghargai.

Perubahan adalah sesuatu yang pasti. Apakah emosi yang terbit dan menyelubungi hati kita? Pastinya sedih seketika dan senyuman sebagai penggantinya.

----

Apa perubahan bakal berlaku dalam hidup saya?


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Saya sukakan perubahan kerana ia akan membuatkan kita tidak leka dan lalai dalam zon selesa.

Dengan perubahan juga kita akan lebih mengenali diri kita.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...