Isnin, Julai 27, 2009

Corat-coret Bengkel Praktikal Penulis Bestseller dua minggu berturut-turut di Wisma DPI-Invergold.

Semalam telah berlangsung Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di Wisma DPI-Invergold. Ini adalah bengkel kedua dalam masa dua minggu, dua kali Sabtu Ahad berturut-turut. Minggu lepas di adakan pada 18 & 19 Julai dan kali ini 25 & 26 Julai 2009.

Pada kali ini, seramai 18 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada kaunselor, pegawai kanan GLC, pengarah pusat IPTA, guru, pensyarah dan ada pesara. Kebanyakannya datang dengan penuh semangat membara bagi menjadikan penulisan sebagai salah satu kerjaya dan kaedah menyalurkan perjuangan.

Bengkel hari ini meliputi sesi motivasi penulisan, pelan operasi penulisan dan petangnya KJ Metode : Teknik Menulis untuk Orang Sibuk. Bersama ini disertakan koleksi gambar sehari bengkel buat tatapan umum.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel-bengkel anjuran kami boleh hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

Nota: Dalam bengkel ini memperlihatkan banyak soalan dikemukakan berkaitan seni penulisan super dan strategi pemasaran buku di internet.





























Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates