Sebulan sebelum saya menulis entri ini. Saya sudah berjanji kepada pembaca dan kepada diri sendiri. Saya hargai lontaran dan pandangan yang diberi bagi setiap entri yang ditulis. Pembaca blog ini suka diam-diam sahaja.
Saya sangka tidak ada orang baca blog ini. Ketika menghadiri program Maskara menonton persembahan Dewangga Sakti beberapa minggu lalu, ada seorang dua yang menyapa dan memberitahu saya mereka mengikuti blog saya.
Oh, rupa-rupanya saya tidak gila bercakap seorang diri dalam blog ini sejak tahun 2006.
Saya suka membayangkan blog ini seperti satu pohon besar. Di mana kita bertemu di bawah pohon itu, dari jauh saya lihat saudara datang dengan senyuman dan lambaian. Kita sama-sama duduk di bawah pohon itu bercerita mengenai hidup kita. Kemudian datang teman-teman lain berlari-lari dan ikut serta dalam cerita kita.
Saya sudah ikat janji. Pada teman-teman di bawah pohon ini dan pada diri sendiri. Saya hargai bicara mereka, suara hati mereka dan suka duka pengalaman hidup mereka. Saya sudah niat di hati bahawa saya mahu hadiahkan sesuatu yang saya suka kepada mereka.
Ya, saya suka buku. Kata orang, benda yang kita suka, sukar kita hendak lepaskan. Tapi benda yang kita suka dan kita rela lepaskan, itu namanya didik diri agar melembutkan hati.
Saya sudah janji pada teman-teman di bawah pokok bahawa saya mahukan hadiahkan buku yang saya suka kepada teman yang bicaranya pada petang itu paling menyentuh hati saya.
Mengapa saya hadiahkan buku?
Ia simbolik bahawa kita sentiasa percaya dan yakin kebaikan dalam buku itu adalah kebaikan kepada dirinya. Kita gembira jika penerimanya dipayungi kebaikan dan kegembiraan.
Tahun ini saya mahu memulakan langkah memberi semula apa yang saya terima sejak kecil sehingga sekarang. Setiap bulan saya berniat mahu memilih satu komen pembaca yang bertuah untuk menerima hadiah buku sama ada hasil tulisan sendiri atau pun hasil tulisan lain.
Moga-moga budaya menghadiahkan buku ini menjadi budaya dan sebahagian cara hidup kita.
Sebagai permulaan saya memilih komen ini,
Insya Allah, akan datang saya akan memilih satu lagi komen berkualiti dan penuh nilai pengalaman, pandangan peribadi dan sudut pandang pembaca yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca lain.
Nota: Bagi mereka yang ingin melihat video komen dan judul buku yang diterima pengirim komen, klik di sini

- Ketika saya masih tadika, arwah ayah saya menghadiahkan saya sesuatu yang mengembangkan imaginasi. Set buku kanak-kanak yang dibalut akhbar menjadi dunia imaginasi saya.
- Ketika saya sekolah rendah, sepupu saya menghadiahkan sekotak buku cerita. Saya tidak tahu sama ada ia buku yang mahu dibuang atau pun mahu diberi kepada saya kerana saya sendiri. Pastinya, buku-buku dalam kotak kertas itu membuat saya bernafsu membaca satu persatu buku. Ketika itu popular dengan buku cerita nabi yang mempunyai kad ucapan hari raya di belakangnya.
- Ketika saya di sekolah rendah, guru menghadiahkan saya senaskah buku cerita kerana saya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan. Hadiah buku yang disaksikan oleh ibu bapa lain yang datang.
- Ketika saya di universiti, rakan sebilik saya suka menghadiahkan buku-buku yang selesai dibacanya. Buku yang bukan murah harganya diberi tanpa rasa berat hati. Ya, saya masih terpandang-pandang almari bajunya yang penuh buku dan baju-bajunya dilipat, diletak dalam laci katil.
- Tidak dilupakan ada hadiah yang diletakkan di hadapan perpustakaan universiti yang tidak mahu diambil oleh pegawai perpustakaan. Selama beberapa hari ia dibiarkan di situ. Tuakng cuci pun tidak mahu mengambilnya untuk dijual sebagai kertas terpakai.
- Saya kira itu hadiah untuk saya, selepas beberapa hari saya melihat ia dibiarkan dalam kotak yang sudah koyak.
- Jam satu pagi, saya dan rakan saya membawa beg baju, mengisi buku-buku itu dan dibawa pulang. Kami agih-agihkan hadiah itu sesama kami.
- Selepas buku Khadijah di Hati Rasulullah terbit, saya dapati pengulas buku yang juga pembeli buku ini membeli bukan sahaja untuk diri. Ada yang membeli kerana mahu dihadiahkan kepada suami dan ada pula rakan-rakan yang membeli untuk rakan yang lain. Pada saya buku adalah hadiah yang paling indah dan jujur maknanya.
Ia simbolik bahawa kita sentiasa percaya dan yakin kebaikan dalam buku itu adalah kebaikan kepada dirinya. Kita gembira jika penerimanya dipayungi kebaikan dan kegembiraan.
Tahun ini saya mahu memulakan langkah memberi semula apa yang saya terima sejak kecil sehingga sekarang. Setiap bulan saya berniat mahu memilih satu komen pembaca yang bertuah untuk menerima hadiah buku sama ada hasil tulisan sendiri atau pun hasil tulisan lain.
Moga-moga budaya menghadiahkan buku ini menjadi budaya dan sebahagian cara hidup kita.
Sebagai permulaan saya memilih komen ini,
Insya Allah, akan datang saya akan memilih satu lagi komen berkualiti dan penuh nilai pengalaman, pandangan peribadi dan sudut pandang pembaca yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca lain.
Nota: Bagi mereka yang ingin melihat video komen dan judul buku yang diterima pengirim komen, klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Ulasan
Diam tidak bermakna tidak mengikuti perkembangan. Saya mengikuti perkembangan blog ini hampir setiap hari, tetapi berlalu begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak.
Tersentak jua apabila baca blog ni, ingatkan tidak akan mendapat blog dari tuan lagi. Blog ni lah penghibur hati saya.
Apabila umur dah semakin senja, kita perlu teman untuk bercerita.Kecangihan telekomunikasi membuatkan kita tidak ada masa untuk bercerita walaupun dengan keluarga sendiri.
membaca coretan tuan ttg 'hadiah buku' menggamit kenangan saya yg hampir sama. teringat bgaimana minat membaca saya disuburkan oleh mak saya. antaranya, buku cerita nabi itu lah. sehingga sekarangpun saya masih memilikinya.
saya juga kumpul wang saku untuk beli buku cerita siri penyiasatan yg popular ketika itu, siri salma & 3 sahabat.
cerita kutip buku lama di universiti tu pun pernah saya lalui. ttpi waktu itu saya cuma ambil buku yg dpt saya manfaati, tak terfikir pula kalau ambil semua....saya boleh jual balik! hahaha
sekarang, setelah berkeluarga, selain belikan buku utk anak2, sy juga lebih senang menghadiahkan anak sahabat2 saya dgn buku2 yg dapat mereka manfaati.
sy dah baca cara buat duit sbg penulis bebas, dan hampir tamat buku penulis bestseller...
walaupun sekadar menulis di blog secara suka2, saya dapati, dua2 buku tersebut amat berguna! namun masih ada yg perlu saya baiki dr segi gaya penulisan & penguasaan bahasa.
moga dibukakan pintu rezekiNYA untuk saya, dan dimurahkan rezkiNYA untuk Tuan.
wassalam.