Langkau ke kandungan utama

Dalam diam dia berbicara dan mendidik

Meskipun kami jarang dan hampir tidak bercakap, tetapi beliau memenuhi tanggungjawab sebagai ayah dengan cara tersendiri. Ayah menjadikan apa yang dilihat dan disentuh untuk memahami tingkah laku dan personaliti anaknya.

Antara saya dan ayah kami ada persamaan iaitu suka mengambil gambar. Bezanya ayah menggunakan kamera hitam-putih yang perlu dilihat dari atas. Posisi imej dalam kamera itu terbalik dan perlu digunakan secara manual. Kemudian ayah membeli kamera berjenama Kodak, masih lagi jenis manual dan menggunakan filem.

Pada kami berdua, penceritaan pada gambar itu lebih penting. Seninya mungkin tidak ada kerana kami berdua amatur dan tidak meluangkan masa untuk mendalaminya.

Saya tidak mempunyai sekeping foto koleksi ketika sekolah rendah. Ini menjadikan saya rugi kerana memori mengenai sekolah rendah langsung tidak ada. Mungkin itu sebabnya saya suka mengambil foto.

---

Dalam diam ayah menyelami dunia remaja saya. Setiap kali saya ke sekolah. Ayah akan masuk ke bilik dan membelek satu persatu album gambar saya di atas meja. Selama ini saya tidak terfikir ayah akan masuk ke bilik di tingkat atas dan membuka album gambar yang saya kira tidak ada apa yang menarik. Tetapi itulah cara ayah berkomunikasi dengan saya selama hayatnya.

Jika ada satu dua perkara yang kurang senang pada matanya, beliau akan menegur saya tanpa memberitahu dari mana beliau mendapat maklumat. Saya adakalanya hairan dari mana beliau mendapat maklumat. Rupa-rupanya, koleksi album saya menjadi pembocor maklumat.

Diam ayah itu bukan tanda tidak peduli, tingkah ayah punya nilai didikan yang tersendiri. Mulutnya diam, fikiran ligat berfikir apa yang terbaik untuk anak-anak. Kemudian berkomunikasi dengan gambar dan tulisan yang saya tampal pada dinding untuk memahami diri anak yang makin menginjak umurnya.

Sehinggakan saya masuk ke universiti pun, beliau tidak bercakap apa-apa. Tetapi tingkah laku yang teruja mengangkat kotak buku dan barang milik saya dari kereta ke bilik berbanding anaknya sendiri membuat saya faham bahawa beliau gembira.

Kemudian ketika saya belajar berniaga di jalanan untuk menampung persekolahan selama dua tahun,a yah tidak bercakap apa-apa. Beliau diam, datang ke arah saya ketika masih terkial-kial berlatih memasukkan air dan mengikat bungkusan air. Diambilnya plastik bungkusan air, diisikan dengan air pili dan diikat.

Beliau menunjukkan sahaja tanpa bercakap apa-apa. Kemudian berlalu, saya belajar dari apa yang saya lihat. Itulah komunikasi kami.

Komunikasi kami tidak mati. Moga doa anak yang biasa-biasa ini sampai kepadanya.

Saya tidak tahu apakah pilihan menjadi penulis, mengorbankan keseronokan mendapat wang gaji bulanan dan menangguhkan beberapa perkara penting dalam hidup untuk melalui jalan ini akan membuat beliau seronok jika ketika ini beliau masih ada lagi?

Tetapi saya mengharapkan beliau rasa begitu. Kerana saya percaya saya tidak memilih jalan sia-sia. Meskipun seorang dua yang saya kenali pernah meragui pilihan ini dan memilih jalan lain.

----

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Salam Tuan Zamri,

Ayah saya memahami benar anaknya yang seorang ini lain daripada yang lain.

Maka cara didikannya terhadap saya berbeza sekali.

Sejak kecil saya diajarnya berdikari.Saya 'tercampak' jauh daripada keluarga seawal umur 13 tahun.

Hubungan kami 'sejuk' semasa saya remaja.Seingat saya,jarang sekali kami berbual mesra antara anak dan ayah seperti orang lain.Hanya apabila saya sudah dewasa barulah wujud komunikasi yang lebih mesra di antara kami.

Ketika saya memilih 'jalan hidup yang bahagia' ini, dia diam sahaja.Ibu saya pula yang 'bising'.

"Kamu mahu kerja di sarkas?"

Namun, saya tahu ayah bangga dengan usaha saya.Bagaimana saya mengetahuinya?

Pernah sekali apabila saya pulang ke kampung,saya singgah di kedai 'hardware' untuk membeli perkakas bertukang. Ketika membayar,tauke kedai itu tiba-tiba bertanya,

"Bila kamu balik belajar badut dari Amerika?"

Aduh!Bagaimana si tauke Cina itu tahu kalau bukan ayah saya yang bercerita kepadanya.

Terima kasih.Entri tuan ini benar-benar menyentuh rasa hati saya.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...