Langkau ke kandungan utama

Badruzamani, cerita inspirasi seorang pembaca buku PTS


"Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu" petikan kata saudara Badruzamani (sumber)


Pertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dua tahun lalu di forum Wang Cyber. Dari situ saya mendapat tahu beliau memiliki buku saya melalui pembelian secara online. Melalui laman blog kendalian beliau, Badruzamani.org, kami mula berinteraksi dan beliau adalah pembaca yang memberi kekuatan kepada saya menulis kerana perspektif baru yang diberikan sebelum ini.

Selepas saya mengetahui saudara Badruzamani seorang OKU, saya sedar bahawa bekarya bukan sahaja untuk orang normal sahaja, malah individu istimewa seperti beliau memanfaatkan bahan bacaan yang baik untuk orang ramai. Kerana mengenali saudara Badruzamani, acapkali saya menulis buku non fiksyen, saya berfikir sama ada tip-tip dalam buku ini dapat membantu OKU sepertinya.

Saudara Badruzamani sudi berkongsi komen beliau mengenai buku saya. Malah beliau sudi memberi testimonial yang saya muatkan dalam laman web zamrimohamad.com. Sebenarnya saya menunggu-nunggu testimonial beliau dimasukkan ke dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai tanda terima kasih kepadanya.

Ketika menulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, kisah saudara Badruzamani menjadi inspirasi besar yang mesti saya masukkan bersama-sama dalam bab khusus beserta kisah allahyarham Ahmad Zafran. Saya mahu memberikan kejutan kepadanya menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April ini.

Sebaliknya kejutan itu kembali kepada saya.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat, 13 Febuari 2009, jam 8 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikebumikan di Syeksen 21 Shah Alam. Perkara itu dimaklumkan oleh saudara Saiful Bahri Yusof yang mengendalikan Gemilang.Myportal melalui chat box blog allahyarham pada 17 Febuari.

Blog allahyarham Badruzamani adalah antara blog tempatan yang penting kerana di situlah saya mendapat tahu entri-entri tulisan beliau mempertemukan pelanggan dan peniaga. Khususnya ketika beliau menulis mengenai penternakan arnab. Allahyarham memudahkan pertemuan dua pihak ini melalui blog beliau.

Allahyarham yang juga anak kepada mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad dianggap sebagai pelopor dan teraju utama yang mengetengahkan idea perkembangan bisnes internet melalui blog bagi golongan OKU. Inilah satu sumbangan besar beliau kepada komuniti siber tempatan, cuma masih tidak mendapat paparan media.

Blogger Sang Pelangi menulis lebih lanjut mengenai beliau. Klik di sini
Manakala ini pula catatan Catzer, klik di sini

Terima kasih atas dukungan kuat kepada karyaku dengan kepercayaan tanpa berbelah bagi. Ceritamu yang memberi inspirasi akan kekal tersisip dalam tulisan sebagai caraku mengenangmu dan menceritakan kebaikan serta kekuatanmu.

Beliau bukan sahaja penyokong kuat hasil tulisan saya, malah pemberi kekuatan karya yang baik terbitan PTS dan penyubur budaya membaca buku-buku yang baik dalam bahasa Melayu di negara ini.

Al Fatihah kepada allahyarham Badruzamani.

Ulasan

aranam berkata…
Salam.

Saya amat terharu membaca entri ini. Al Fatihah kepada allahyarham.
GuwaSufi berkata…
Salam...

Ini kali pertama saya meninggalkan kata2 di laman ini. Biasanya saya hanya menjenguk2 sahaja. tapi kali ini saya tersa mahu berkata-kata pula di sini setelah membaca entri ringkas ini.

Tidak saya kenal siapakah Allahyarham. Namun, saya begitu terharu dengan entri Tuan Zambri ini. Semoga Tuhan menjemput Allahyarham ke Raudhah Jannah-Nya.

Dan semoga para penulis terus bangkit utk menyedarkan serta memandaikan umat Melayu.
Masayu Ahmad berkata…
Al- Fatihah

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Tanpa Nama berkata…
(T___T)
Tanpa Nama berkata…
Kata-kata hikmah dr Arwah akan sentiasa dikenang.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...